Sunday, May 4, 2008

~No ChaRGe~


~Salam alaik~,Pernah x pada suatu masa,ketika itu kita sedang berehat2 sambil on9 internet& chating dgn kwn2,tetiba kedengaran suara mak kita mintak tolong macam2...."Zan,ni tolong mak basuh tandas,pastu pi buang sampah ,pastu masak nasi pastu bla..bla..bla" sampaikan kita naik meluat dan menyampah lalu mengumpat dalam hati..."ishh...x leh tengok org senang sikit, dia ingat aku ni org gaji ke...dia senang2 mengarah org seperti seorng bos".Pastu kita pon sentiasa berkira dalam segala ape yg dah kita tolong.." Basuh baju=Rm 2 satu baju,Buang sampah=Rm4 sekali buang,Basuh pinggan=Rm 3 setiap pinggan n macam2 lagi"....kita seboleh2nya nak charge je sume keje yg kita tolong atas alasan kita ni bukan org gaji diorang....huhu~.


Benarkah fenomena itu berlaku pada kita semua???Jika ia berlaku,marilah kita same2 fikirkan dan muhasabah diri kita semula....Kerana apa???Kerana kalo nak dibandingkan usaha yg kita tolong dengan jasa yg mereka curahkan kepada kita,sebenarnya usaha yg kita tolong itu tidak bernilai langsung....kerana jasa yg mereka curahkan kpd kita terlalu besar.Cuba fikirkan...bermula dgn ketika ibu mengandungkan kita,betapa sakitnya ibu kita membawa kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan walaupun dia tahu bahawa berat kita seumpama batu...x caya???Cuba buka Surah Luqman ayat ke 15...

"Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menderita kelemahan atas kelemahan dan berpisah (melahirkan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu." (Surah Luqman, ayat 15)
Kemudian,betapa sakitnya dia ketika melahirkan kita...Dia seolah2 bergelumang & menaruhkan nyawaNya dgn maut semata2 utk melihat zuriat yg amat dia sayangi ini boleh lahir untuk melihat dunia.Kemudian ayah kita pula terpaksa membayar kos kelahiran kita...ingat murah ke kos lahirkan anak ni??...silap2 boleh capai ribuan ringgit.Tp x per,demi anaknya yg tercinta,dia sanggup bayar berapa saje,walaupun berhutang dgn bank atau along....asalkan anaknya ini bisa mengenal erti sebuah kehidupan di dunia...
Kemudian,sesudah kita dilahirkan...mereka menjaga kita dgn sepenuh rasa kasih sayang....apa yg kita minta pasti dapat...Kos semasa menjaga kita ketika membesar bukan calang2 nilainya...silap2 boleh capai puluhan ribu ringgit...Kena beli berpasang2 baju setiap tahun,berpasang2 seluar setiap tahun,kasut,selipar,makanan,minuman n macam2 lagi yg mana x ternilai mahalnya kos kita semasa membesar. Kemudian,apabila kita berumur 6 tahun,mereka nak kita pandai,then masukkanlah kita ke tadika....walaupun mereka tahu,kos ke tadika sgt besar,iaitu masuk je dah boleh cecah Rm1000,
tapi x per,asalkan kita boleh jadi pandai...Then korang bayang sendirilah betapa banyaknya kos membesarkan kita...lps tadika ke sekolah rendah selama 6 tahun ,kemudian ke sekolah menengah selama 5 tahun,kemudian ke matrikulasi selama 1 tahun,kemudian ke universiti selama 5 tahun...Semuanya kos pembesaran serta pendidikan tadi semuanya fully ditanggung oleh mereka walaupun mereka sentiasa kesempitan wang,walaupun mereka terpaksa malu meminta2 pinjaman dari sanak saudara ,walaupun mereka terpaksa bekerja siang malam tanpa kenal erti penat dan lelah....Tetapi mereka hanya akan berkata "X per,asalkan semua anak2ku dapat hidup bahagia"~

So,wajarkah kita mencemik muka ketika disuruh tolong apa2...wajarkah kita meninggikan suara kita ketika bercakap dengannya...wajarkah kita mengira apa2 yg telah kita tolong untuk mengharapkan suatu ganjaran....wajarkah kita sentiasa mengingkari suruhannya....wajarkah kita ponteng kelas tutorial & kuliah utk membalas segala pengorbanannya...wajarkah kita membuat dosa supaya mereka mendapat azab diakhirat sana...Semuanya terpulang kepada kita,tepuk dada tanya iman,dan kita yang menentukan segala gerak-geri kita~

Segala pengorbanan mereka,tidak bisa dibayar dgn wang ringgit,kerana wang ringgit x dapat nak bayar nilai pengorbanan mereka...mereka akan katakan segala perbelanjaan membesarkan kita ialah ~No Charge~....tetapi sahabat2 sekalian...bayarlah segala pengorbanan kita dgn mengikut segala yg mereka suruh selagi x bertentangan dgn hukum syarak...bayarlah nilai pengorbanan mereka dgn menjadi anak yg soleh dan solehah...iaitu anak yg sentiasa beriman kpd Allah...kerana dgn menjadi anak yg soleh dan solehahlah,menjadi penawar bagi segala kepenatan dan kelelahan pengorbanan mereka sesuai dgn satu hadis yg nabi sabdakan iaitu "Sesungguhnya apabila manusia itu mati,segala amal mereka akan terputus,kecuali ilmu yg bermanfaat,amal jariah yg ikhlas dn anak2 yg soleh"~ Oleh itu,sahabat2ku,marilah kita berubah bersama2 menjadi anak yang lebih baik kerana bagi mereka tiada apa yang lebih indah selain daripada mendapat zuriat yang soleh dan solehah.


MesTi TenGoK VideO nI !!! ~MmG TeRhaRu~

No comments: