Saturday, May 31, 2008
Umar Abdul Aziz & Lim Guan En ????
Salam alaik~...Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz.
Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong,dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."
Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi.
Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."
Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri....
Balik semula kpd kisah tadi... Dalam sesi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islam pun ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.....
Bagaimana kita orang Islam?....
Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."
Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."
Harap-harap apa yang diperkatakan dapat menjadi kenyataan...Tp apepun,saya memang tabik spring kepada pemimpin Cina ini kerana sanggup berusaha mengkaji pemimpin islam terunggul pada masa dahulu...Budaya mengkaji yang wajar dicontohi...So macam mana pulak dengan orang Melayu yang beragama ISLAM???Kalo anda x kenal siapa Khalifah Umar Abdul Aziz...anda patut malu kepada pemimpin Cina itu kerana beliau bukan orang yg beragama Islam tetapi beliau tahu detail tentang selok belok kehidupan Khalifah Umar Abdul Aziz...So same2 kita muhasabah diri,dimanakah level kita dalam memupuk sifat MENGKAJI???Akhir Kalam...Wassalam
Friday, May 30, 2008
100 MaNuSiA PaLiNg TeRpEnGaRuH???
~Assalamualaikum~....
The Times, sebuah majalah terkemuka dunia telah menyenaraikan 100 orang paling berpengaruh di dunia. Pemilihan ini dijalankan secara undian di laman web rasmi majalah berkenaan. Apa yang membanggakan ialah kejayaan tokoh reformis Malaysia yang berada di kedudukan ke-9 dalam senarai pemimpin dunia paling berpengaruh.
Dunia Islam juga patut berbangga apabila beberapa pemimpin dan tokoh Islam turut berada di dalam senarai tersebut termasuklah Muqtada al-Sadr, Baitullah Mesud, Ashfaq Kayani, Sheikh Mohammed al-Maktoum, Madeeha Hasan Odhaib, Mehmet Oz, Khaled Hosseini, Ali al-Naimi, Prince al-Waleed bin Talal dan Mo Ibrahim.
Berikut merupakan senarai 100 manusia paling berpengaruh:
http://www.time.com/time/specials/2007/0,28757,1733748,00.html?iid=redirect-time100
PEMIMPIN & TOKOH REVOLUSI
Dalai Lama
Vladimir Putin
Barack Obama
Hillary Clinton
John McCain
Hu Jintao
George W. Bush
Jacob Zuma
Anwar Ibrahim
Kevin Rudd
Bartholomew I
Ben Bernanke
Muqtada al-Sadr
Robert Gates
Michelle Bachelet
Sonia Gandhi
Baitullah Mehsud
Evo Morales
Ma Ying-jeou
Ashfaq Kayani
WIRA DAN PERINTIS
Brad Pitt & Angelina Jolie
Oprah Winfrey
Oscar Pistorius
Mia Farrow
Andre Agassi
Lance Armstrong
Bob and Suzanne Wright
Peter Gabriel
Kaká
Sheik Mohammed al-Maktoum
Yoani Sánchez
Madeeha Hasan Odhaib
Randy Pausch
Lorena Ochoa
Tony Blair
Alexis Sinduhije
Aung San Suu Kyi
George Mitchell
PEMBINA & EMPAYAR
Indra Nooyi
Ali al-Naimi
Rupert Murdoch
Steve Jobs
Radiohead
John Chambers
Jeff Bezos
Jay Adelson
Steve Ballmer
Jamie Dimon
Prince Alwaleed bin Talal
Lou Jiwei
Neelie Kroes
Jeffrey Immelt
Karl Lagerfeld
Lloyd Blankfein
Carlos Slim
Mo Ibrahim
Ratan Tata
Cynthia Carroll
Carine Roitfeld
Michael Arrington
Tahniahlah kepada sesiapa yang namanya tersenarai dalam senarai ini~Huhu~...Apepun,Sehebat mana pun seseorang tu...Dia perlu ingat bahawa dia hanyalah seorang manusia...Yang sentiasa lemah dan X berdaya...Kerana Tuhanlah yang berkuasa menentukan segala-galanya!!!!Wassalam~
Thursday, May 29, 2008
~ AlaHai ToK iMaM ~
Salam alaik~...Beberapa minggu lepas kita sume dikejutkan dengan satu berita tergempar iaitu...Imam Masjid Negeri Arau,Muridi Mohammad diperdaya Sindiket SMS AF6...Beliau telah kerugian sebanyak RM 240 daripada akaun simpanannya setelah dengan begitu baik hatinya memberikan nombor akaun miliknya kepada sindiket yang menyamar sebagai wakil Astro...
Setelah sedar dirinya ditipu n tertipu...maka dia segera membuat laporan di Balai Polis Arau...Menurut Polis itu,sepanjang tempoh 4 bulan ini...pihaknya sudah menerima 12 kes yang hampir sama dengan apa yang menimpa tok imam ni....dan polis menyatakan bahawa penipuan SMS AF ni bukan perkara baru berlaku dan sudah lama berlaku...Apepun,ucapan takziah diucapkan kepada tok imam ini kerana berjaya tertipu dengan tipuan yang melibatkan program maksiat itu...X sangka pulak ye, tok imam pun boleh minat AF 6 ..Huhu~
Anda sume dapat rasakan x apa yang saya Rasakan???Anda sume x terasa pelik ke???Dalam banyak2 12 kes yang sama berlaku,napa ye tetiba hanya kes Tok imam ni je yang kuar paper...Dah tu duit yang dia hilang pun bukannya banyak sangat pun sampai ribuan atau puluh ribuan pun...tetapi hanya RM 240!!!~Huhu~...Tapi senang2 je kuar paper !!!Anda rasa kenapa???
Bagi saya,fenomena pelik ni berlaku kerana seorang Tok Imam ialah Tok Imam!!!Dan Tok Imam adalah termasuk dalam Golongan Agama!!!Pasal tu lerr senang masuk paper...Huhu~Kerana apa???Kerana Golongan Agama memang sentiasa dihighlightkan dalam masyarakat kita...Cuba anda sume fikirkan...Dalam satu sekolah,ada 2 kes curi...Kes Curi 1 melibatkan seorang yang mmg kaki pukul,selalu ponteng dan selalu merokok di kawasan sekolah...Dan Kes Curi 2 pula melibatkan seorang yang mmg selalu pergi Surau,selalu bagi tazkirah dan selalu membaca Al-Quran dimana sahaja....So anda rasa Kes mana yang menjadi isu paling sensasi kat sekolah itu??Adakah kes curi 1 atau kes curi ke-2???Pastinya kes ke2 kan!!!Kerana orang yang mencuri tu mempunyai background agama...Maka masyarakat seakan x percaya orang yang mempunyai background agama boleh membuat jenayah sedemikian rupa kerana mereka yakin bahawa agama dapat menjaga seseorang dari melakukan kesalahan jenayah!!!Tetapi perkara yang sebaliknya pula berlaku...Maka timbullah rasa kekeliruan mereka terhadap agama Islam hanya kerana kesalahan yang dilakukan oleh "Ikon2 Islam" ini.....
Begitulah kuatnya pengaruh dan beratnya amanah orang yang memikul 'Ikon Islam'...Kerana dimana2 sahaja pasti menjadi tumpuan lebih2 dalam melakukan kesalahan walaupun kesalahan yang dilakukan x delah sebesar mana..tetapi hebohnya boleh sampai ke hujung dunia...Jadi nasihat saya supaya sume 'Ikon Islam' perlu menjaga setiap gerak-geri kita....kerana masyarakat menilai Islam berdasarkan gerak-geri kita...So elakkan diri kita daripada menjadi fitnah buruk terhadap nama Islam...Akhir kalam,wassalam.
"Islam itu datang dalam keadaan PELIK dan akan kembali dalam keadaan yang PELIK...Maka beruntunglah orang2 yang PELIK itu "(Hadis)
Tuesday, May 27, 2008
DewaN RakyaT ??? Pulau Batu Putih ??? Malaysia Menangis???
ISU "SIAPA BABI NEGARA"
ISU "BIGFOOT" & "BIG MONKEY"
Thursday, May 22, 2008
KeGaGaLaN !!! TarBiYaH Vs AGeN<>KeKuFuRaN???
~Salam alaik~..Alhamdulillah...syukur kpd Allah kerana dia masih sangat2 sayangkan kita kerana masih lagi menghidupkan kita dalam keadaan mendapat berbagai-bagai nikmat yg melimpah-ruah darinya...Dah lame rasenya x update blog ni...Sian dia~huhu~...Sejak akhir2 ini,memang saya akui x de mood utk menulis kerana dalam diri saya telah tercetus satu peperangan gara2 diuji dengan satu tamparan dugaan yg bernama KEGAGALAN!!!
Huh...Mmg frustlah bila kita alami tamparan kegagalan ni....Yelah sapelah kat dunia ni yg x frust & sedih bila gagal dalam satu perkara kan?...Mmg lumrah manusia yg normal utk bersedih dan kecewa bila mana satu dugaan atau kegagalan itu menimpa dirinya..Nasihat saya,~cepat2lah jumpa doktor ~kalau sesiapa yang x sedih dan gembira terlompat2 ketika mendapat kegagalan~Huhu~...Pada masa nilah,makhluk bertanduk x kira yg gemuk ke, yg pendek ke,yg kurus ke,yg tinggi ke....sumenya tersengih2 melihat kita kerana depa sume tahu time nilah manusia berada dalam ~weak zone~...So apalagi,diorang pun watlah "syura" diorang untuk melancarkan strategi "Membisikan Bisikan Evil" kpd hati2 manusia !!!
Maka datanglah Setan yg GEMUK ...Dibisikkannya"ko ni, aku tengok study bukan main nak rak,pagi petang malam ko study,time org rehat tengahhari n lepas habis kuliah,ko x rehat mcm org lain,ko sibuk plak nak pegi library untuk sambung study....tp aku tengok result ko tetap fail jgk....Cuba ko tengok si polan tu,aku tengok dia x sangat pon...blaja pun,kelas selalu on off...tutor pun x selalu wat ,balik kuliah terus tido, x pun main gitar...tp result dia gempak je...Nilah tandanya Allah x sayangkan ko....Dia x adil kat ko....Dia lebih suka tengok ko gagal "
Lepas tu,datang pula makhluk bertanduk yg PENDEK...Maka dia pun membisik "Hah,tulah ko,nak sangat jadi NTP(AJK Surau)...Pastu jadi ketua syukbah akademik NTP pulak tu...Lain kali ukurlah baju dengan badan dulu....Ni,otak x bijak tp berangan nak pegang jawatan...Wat nota untuk orang,wat program tu,wat program ni... last2 diri sendiri yang kantoi...Kan dah malu & menyesal skrg !!!
Lastly...datanglah makhluk bertanduk yang TINGGI...Depa pun bisik "Aku peliklah...nape agaknya ye orang mcm ko ni,yg selalu turun surau,selalu bagi tazkirah,selalu wat qiamulail, gagal dalam exam ye???Nak kate x usaha,usaha jgk....Cuba ko tengok kat si &%*$# tu,Aku tengok dia tu nak datang surau...susah nak mampus,sembahyang pun selalu on off...apelagi qiamulail,harapan giler lah dia nak buat....Tp dia tu senang je score dalam exam...gempak je resultnya !!! "
Maka bertubi2lah serangan bisikan demi bisikan bersilih ganti dilakukan oleh makhluk tercela itu...Tetapi dek kerana iman ni senipis kulit bawang,terkadang hatiku mengiyekan sume bisikan itu menyebabkan hatiku meradang...nafsuku memberontak...egoku meninggi...lalu kusalahkan sume yg Kurasakan yg menganggu studyku !!! ("Usrah surau,Meeting NTP,Meeting Syukbah Akademik,Program NTP,Buat Nota Syukbah Akademik ,Halaqah,Daurah, Rehlah,MABIT, Briefing Usrah, Kena Uruskan Kelas Tambahan bagi NTP,Kena Uruskan Study Group NTP, Kena Uruskan Program Peningkatan Akademik NTP,Kena Rezor Nota NTP,dan macam2 lagi") Kusalahkan semua perkara tu bulat2 sebagai punca kegagalanku ...tanpa sebarang pertimbangan yang rasional...Dada yang terbuka...Fikiran yg waras...Menyebabkan perasaan ku kian lama kian sedih,sensara dan derita.
TIDAK!!!! Tiba2 imanku yang senipis kulit bawang tu menjerit !!! ....Barulah aku tersedar dari lamunan kekufuran...Astagfirullah hal azim...Ya Allah byknya dosaku kepadamu..Baru diuji dengan sedikit ujian,aku dah seolah2 kufur kpdmu...Aku rasa bersalah giler...kerana telah menjadikan gerak kerja dakwahku di matrik sebagai alasan punca kegagalanku...seolah2 aku x ikhlas melakukannya...Aku bersangka buruk terhadapmu kerana seolah2 x yakin atas Qada' dan Qadar yang telah Kau tentukan....
Alhamdulillah kuucapkan...kau terlalu sayangkan aku...Kau sedarkan aku dari mimpi ngeri itu...Kini diriku lebih tenang dengan tarbiyah dari "Surat Cintamu"....kerana dalam "SuratCinta" itu kau telah mengajarku erti "Manisnya Sebuah Kegagalan"...Kau telah memujukku dengan begitu lembut supaya aku jangan bersedih apabila mendapat satu musibah ketika mana aku membaca Surah Ali Imran ayat ke 139 iaitu maksudnya "Janganlah kamu lemah dan Janganlah kamu bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu adalah orang2 yang beriman"(3:139)...Dan aku merasakan Kau ingin memberiku peluang untuk menjadi orang yang paling beruntung kat dunia ketika mana Kau berjanji dalam..surah Al-Baqarah ayat ke 155 "Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,JIWA,dan buah-buahan...Dan sampaikanlah berita gembira kepada Orang-orang yang BERSABAR"(2:155)
Tetapi persoalannya,siapakah orang yang dikatakan "Bersabar" itu???Lihat ayat seterusnya iaitu Surah Al-Baqarah ayat ke 156 iaitu "Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka akan berkata "Innalillai Wa Innahi Raajiun" iaitu (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali)"(2:156)...Maksudnya disini,bilamana kita mendapat apa2 musibah sekalipun...x kiralah kegagalan ke..kematian ke..kecederaan ke...kita x boleh untuk bersangka buruk kpd Allah atau kita x redha dgn ape yang berlaku...Tetapi yang kita perlu lakukan ialah BERSABAR dengan cara kita mengakui bahawa "Kita ini milik Allah dan Kpd Allah jugak kita dikembalikan"...Maksudnya bahawa kita ni sangat lemah dan kita terima sahaja atau redha dengan semua ketentuan Allah kerana kita tahu bahawa Allah berkuasa menentukan segala-galanya...Moga2 kita sume tergolong dalam golongan itu...Amin~
Monday, May 5, 2008
~ApaBiLa UkhuWaH BeRTauT~
~Salam alaik~...Kabare sume??Semoga semuanya sihat2 belaka ye...Lebih2 lagi, sihat dari segi iman...yelah,waktu cutilah katakan~huhu~.Bak kata orang waktu cuti inilah ramai yang syahid ...bukan syahid di medang perang tapi syahid imannya coz kecundang dgn seribu satu dugaan yang dihamparkan ketika cuti ini.Betol x??~Tipulh sape yg kate tidak~huhu~.
Tetapi didalam Quran ,Allah ada menyatakan,Bila mana kesabaran kita mula hilang,Bila mana iman kita mula tercalar,Bila mana kita ni hilang pedoman,ada baiknya kita berjumpa dgn orang2 yang beriman sesuai dengan Surah Al-kahf ayat ke 28 iaitu" Dan bersabarlah engkau(Muhammad) bersama orang2 yang menyeru tuhannya pada pagi dan senja hari dgn mengharap keredaaNya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan persiapan kehidupan dunia.....(18:28).Dimana kalau kita relate dgn suasana dan keadaan kita ketika cuti ini yg mana time cuti nilah kita byk main game...mutabaah mmg down giler...selalu wat perkara sia2...hanya mengikut nafsu n selera mata...ada baiknya kita berjumpa dgn org beriman untuk charge balik iman kita....
Saya menyatakan setinggi kesyukuran,kerana alhamdulillah pada sabtu yang lalu,halaqah ikut negeri sepertimana telah yg diarahkan dapat diadakan...walaupun yang hadir tidaklah seramai pengunjung "Jom Heboh"...cuma 7 orang je...Walaupun tidaklah diadakan di hotel atau tempat2 yg up standart tetapi hanya wat di Masjid KLCC atau nama glamournya~Masjid As-Syakirin~...tetapi alhamdulillah ia berjaya juga diadakan.Time nilah nak lepaskan rindu yg amat kpd sahabat2 sefikrah~yelah,dah lame x jumpa kan~huhu~...Tetapi yang paling penting ialah dapat charge balik iman yg mula down akibat ~penangan cuti ini~.
Walaupun hasrat untuk ke Masjid As-Syakirin diselubungi dgn byk liku2 halangan serta dugaan,tetapi syukur,segalanya dapat ditepis oleh penuh berhati2....Cuba bayangkan,Zul tinggal kat Tanjung Karang tu....jauh giler,kalo x silap...perjalanan amik masa 2 jam setengah jugak...Kalolah orang biasa,confirmlah diorang mesti kate,"Giler apa nak pergi KLCC semata2 untuk datang Halaqah"....tapi dia dgn penuh cekal,alhamdulillah dia bukan saja dpt datang ke Masjid As-Syakirin,tetapi boleh tarik sorang kawan dia ikut join skali...Hebat2~mas'ul sapelah tu???huhu~
X tengok plak kisah Afif,dia lagi kesian,coz dgn saiz badan dia yg agak ~comel~....mak dia macam takut2 nak bagi dia keluar...coz takut kena culik..ditambah pulak dia tinggal kat banting...mmg jauh dari KL....tp alhamdulilah,dengan teknik belitan lidah & teknik pusaran otak yg telah dipelajari...dia berjaya jugak pujuk mak dia...Walaubagaimanapun,keselamatan dia perlu diutamakan jugak,saya terpaksa pegi Klang untuk amik dia..coz takut jgk kalo apa2 berlaku kat dia....
Bagi saya pula,ermm...bagi pihak ayah,mmg ayah sentiasa bagi kelonggaran dgn alasan "Anak lelaki kena selalu keluar rumah..biar banyak pengalaman"..haha..memang syok giler,dapat ayah sporting mcm itu....tapi yang susahnya dari pihak emaklah...mmg selalu jgk kena disoal-siasat sebelum dapat kebenaran untuk keluar....lagi2 dia penah kaitkan saya dgn istilah "taksub agama"...ntahlah x tau napa...tapi,x perlah ,tulah tandanya dia sayang kita coz takut masuk ajaran2 sesat.... apapun perkara ni mesti take time n slow2 diberi kefahaman..tp apepun,alhamdulilah berjaya jugak melepaskan diri utk keluar..haha..susah jgk ye nak wat keje baik ni..ade je halangan~.
Apepun,semasa halaqah,semua amik kesempatanlah utk citerkan pengalaman masing2 ttg ~kehidupan di rumah~....byklah yg saya dgr,kat umah susah nak bangun subuh,selalu subuh gajah..iman selalu down,baca Quran ciput je dlm sehari,n macam2 lagi...Tp alhamdulillah,sedikit sebanyak,hati yg sakit ini terubat dek nasihat dari sahabat sefikrah...
Satu peristiwa yang saya x dapat lupakan semasa dalam perjalanan ketika nak balik iaitu semasa kat kaunter komuter KL Sentral,time tu afif nak beli tiket,then dia pun cakaplah "Akak,tiket dewasa ke Klang satu"....then akak tu waat muka pelik...dia x caya afif ni sebaya dgn kitorang coz bdn dia yg agak comel~huhu~...n dgn baik hatinya akak tu bg tiket ~Kanak-kanak~...Cis!!!Kurang Ajar Afif....pandai ambil kesempatan!!!~Haha~...mmg lawak bila teringat balik...Apepun ,alangkah bahagianya jika ukhuwah terjalin keranaNya kerana ~tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaanNya~
Sunday, May 4, 2008
~No ChaRGe~
~Salam alaik~,Pernah x pada suatu masa,ketika itu kita sedang berehat2 sambil on9 internet& chating dgn kwn2,tetiba kedengaran suara mak kita mintak tolong macam2...."Zan,ni tolong mak basuh tandas,pastu pi buang sampah ,pastu masak nasi pastu bla..bla..bla" sampaikan kita naik meluat dan menyampah lalu mengumpat dalam hati..."ishh...x leh tengok org senang sikit, dia ingat aku ni org gaji ke...dia senang2 mengarah org seperti seorng bos".Pastu kita pon sentiasa berkira dalam segala ape yg dah kita tolong.." Basuh baju=Rm 2 satu baju,Buang sampah=Rm4 sekali buang,Basuh pinggan=Rm 3 setiap pinggan n macam2 lagi"....kita seboleh2nya nak charge je sume keje yg kita tolong atas alasan kita ni bukan org gaji diorang....huhu~.
Benarkah fenomena itu berlaku pada kita semua???Jika ia berlaku,marilah kita same2 fikirkan dan muhasabah diri kita semula....Kerana apa???Kerana kalo nak dibandingkan usaha yg kita tolong dengan jasa yg mereka curahkan kepada kita,sebenarnya usaha yg kita tolong itu tidak bernilai langsung....kerana jasa yg mereka curahkan kpd kita terlalu besar.Cuba fikirkan...bermula dgn ketika ibu mengandungkan kita,betapa sakitnya ibu kita membawa kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan walaupun dia tahu bahawa berat kita seumpama batu...x caya???Cuba buka Surah Luqman ayat ke 15...
"Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menderita kelemahan atas kelemahan dan berpisah (melahirkan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu." (Surah Luqman, ayat 15)
tapi x per,asalkan kita boleh jadi pandai...Then korang bayang sendirilah betapa banyaknya kos membesarkan kita...lps tadika ke sekolah rendah selama 6 tahun ,kemudian ke sekolah menengah selama 5 tahun,kemudian ke matrikulasi selama 1 tahun,kemudian ke universiti selama 5 tahun...Semuanya kos pembesaran serta pendidikan tadi semuanya fully ditanggung oleh mereka walaupun mereka sentiasa kesempitan wang,walaupun mereka terpaksa malu meminta2 pinjaman dari sanak saudara ,walaupun mereka terpaksa bekerja siang malam tanpa kenal erti penat dan lelah....Tetapi mereka hanya akan berkata "X per,asalkan semua anak2ku dapat hidup bahagia"~
So,wajarkah kita mencemik muka ketika disuruh tolong apa2...wajarkah kita meninggikan suara kita ketika bercakap dengannya...wajarkah kita mengira apa2 yg telah kita tolong untuk mengharapkan suatu ganjaran....wajarkah kita sentiasa mengingkari suruhannya....wajarkah kita ponteng kelas tutorial & kuliah utk membalas segala pengorbanannya...wajarkah kita membuat dosa supaya mereka mendapat azab diakhirat sana...Semuanya terpulang kepada kita,tepuk dada tanya iman,dan kita yang menentukan segala gerak-geri kita~
Friday, May 2, 2008
H4P4??? ~PraKTiKuMkU~
~Salam alaik~…Alhamdulillah,akhirnya berjaya jgk tulis entry yg ke-3 ni….Kalo nak diikutkan hati,mmg malas giler coz otak asyik mindset nak tido je….huhu~.Tp Alhamdulillah syukur coz Allah masih memberikan kekuatan kpd tangan utk menaip di blog ni sekaligus menumbangkan n menewaskan nafsu malas yg ada pd diri…..Erm,dlm melayari cuti yg panjang ni,teringat pulak member2 praktikum H4P4 yg amat saya sayangi.Banyak giler kenangan manis dan kenangan masam bersama dgn diorang.Tp mestilah terkenang kenangan yg manis je…yg masam2 tu wat2 lupe sudae,huhu~.Bila ckp psl kenangan ni teringat pulak ttg satu lagu Ammar yg bertajuk ukhuwah yg mane antara bait yg menarik dlm lirik lagu ini ialah “Sewaktu kita bersama,saling setia menimba ilmu.Tanpa mengenal erti penat jemu.Ingatkah kau lagi???Kita bersama memijak onak duri,di tanah gersang,mengutip semangat suci,Kini segalanya tersurat dalam sanubari.”
Thursday, May 1, 2008
QuRaNiC GeNeRaTiON???AdA ApA DeNgAnNya???
Quranic Generation???Ape benda tu???Huhu~Kalo nak ditranslate ke B.Melayu mestilah bunyinya= “Generasi Quran”…yg tu bdk darjah satu pun tahu~Haha~.Tp ape yg ana faham dari Quranic Generation ialah satu generasi yang mane menggunakan Quran sebagai panduan dalam hidupnya .Ana teringat satu hadis yg amat popular mase ana belajar Syariah time form 5 iaitu dalam hadis ni,nabi bersabda “Sesungguhnya aku tinggalkan kamu 2 perkara yang mana jika kamu ikut,kamu x akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-sunnah”,Kalau diamati betul2, hadis ini terkandung maksud yang begitu mendalam iaitu sebelum nabi wafat,nabi x tinggalkan pun wasiat jawatan ke,harta ke mahupun pengaruhnYa kpd kita bagi meneruskan kehidupan tetapi apa yang nabi wasiatkan kpd kita ialah hanyalah sebuah kitab yg mana diturunkan 1400 tahun yg lalu,x lain x bukan ialah Al-Quran sebagai pegangan kita semua.
Tetapi,persoalannya,adakah kita dah berbuat sepertimana yg nabi sabdakan?iaitu menjadikan turasan Al-Quran sebagai pegangan hidup kita?Erm..kalo nak dilihat pada zaman yg moden serba mencabar ini,masyarakat semakin sukar utk mendekati kitab yg namenya Quran ini,apatah lagi untuk berbuat sepertimana yg Quran ajarkan.Ana teringat satu hadis yg seolah2 telah menggambarkan apa yg berlaku pada zaman skrg…iaitu nabi bersabda, “….Sudah hampir tiba satu masa(hari kiamat)dimana tidak tinggal al-Quran itu kecuali hanya tulisannya…..”(Riwayat Baihaqi).Cukup menggerukan bukan hadis ini,seolah2 hari kiamat dah mmg betul2 hampir coz mmg telah menjadi realiti masakini bahawa Quran tu hanya tinggal pada tulisan sahaja…tiada penghayatan & pengajaran yg diambil daripada “surat cinta ilahi” ni. Then,yg sedihnya,hanya sedikit je golongan manusia yg menjadikan Quran sebagai sahabat karibnya dan bahan bacaan utama no 1 dalam hidupnya. Kita lebih suka untuk menjadikan majalah hiburan seperti Mangga,Kreko,Utopia,Mastika,Urtv, & lain sebagai
bahan bacaan no 1 dalam hati kita.Betul x???~Kesian kan kat Quran…...~X ramai yg nak baca dia~ ;(
Cuba kita muhasabah diri kita,agak2nya dalam satu hari,berapa muka agaknya ye kita baca Kitab Allah yg suci ni??Adakah hanya satu muka???…atau x baca langsung dlm satu hari???Kalo begitulah jawapan kita,kita patut berasa sangat malu dan bersalah kpd manusia yg sangat2 menyayangi kita iaitu junjungan Nabi Muhammad s.a.w ….kerana nabi telah rela diseksa dgn pelbagai azab dan seksaan semata2 membawa risalah Quran untuk umatnya merasai kenikmatan mukjizat Quran,tetapi malangnya,umatnya x tahu menghargai langsung pengorbanan yg telah baginda lakukan dgn membaca Quran sekadar ala kadar atau sambil lewa,Satu muka sehari baginya sudah memadai.
Ana suka berkongsi kekaguman ana terhadap seorang doktor.Kalo nak diikutkan kerjaya sebagai seorang doktor,pastinya begitu sibuk mengubati penyakit,tetapi doktor ni x menjadikan kesibukannya sebagai satu alasan,dalam sibuk2 dia pun,dia boleh mengkhatamkan satu Quran dalam masa sebulan.Mcm x logik kan?Dia akan pastikan setiap hari,dia akan membaca sekurang2nya satu juzuk setengah.Mcm ajaib kan??Ana pun mase mula2 dgr mcm x caya je…ade jgk ye org hebat camtu,bace sehari satu juzuk setengah.Huh..mmg kagum habislah…tapi bak kate org putih..~nothing immposible~ Semuanya bergantung kpd diri kita juga…kita yang menentukannya.Nak tau apa rahsianya???smpaikan dia mampu baca Quran sehari satu juz???Dia kate konsepnya mudah je….Benda ni kena konsisten…iaitu setiap kali lepas sembahyang je,wajib bace sekurang2nya 5 muka.So solat kita ada 5 waktukan…bila 5 didarabkan dgn 5………5x5=25 jadilah 25 muka.Kalo nak diikutkan 25 muka pun dah lebih satu juzuk dah.....
Mudahkan konsepnya??Yg penting mesti tanam keazaman&displin dlm diri utk kosisten baca 5 muka setiap kali selepas solat….~Katakan “Yakin Boleh!!!”
Akhir kata,ana mengharapkan kita semua dapat mengubah diri kita bersama2 kearah kebaikan sepertimana yg dinyatakan dlm surah Al-Maidah ayat ke 48(5:48) iaitu “….Berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan…..” dan menjadi golongan yg disabdakan oleh nabi dalam satu hadis iaitu “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya” .Ingatlah bahawa jika kita menjadikan Quran sebagai sahabat karib kita semasa didunia ni,Semasa di akhirat kelak,diwaktu kita didalam kesusahan ,Al-Quran itu pula yg akan menjadi sahabat karib kita dgn memberikan kita syafaat utk memasuki syurga yg kekal selama-lamanya…… InsyaAllah.