Thursday, May 1, 2008

QuRaNiC GeNeRaTiON???AdA ApA DeNgAnNya???

~Salam alaik~…Apa khabar iman sahabat2 sume???Moga2 iman kita semua sentiasa terjaga walaupun pada waktu cuti ni terhampar seribu satu dugaan buat iman kita yg ~yazid wa yangkuz~ ini kan??.Ermm…Mesti sume tertanya2 kan nape nama Blog ni “Quranic Generation”???Mcm x ade name lain plak kan~huhu~.Then ade pula yg kata “Cubalah ubah name lain yg sesuai & uptodate dgn jiwa& umur kita coz kita kan masih muda,kalo letak name quran2 ni mcm sesuai untuk org tua je”Huhu~…Syukranlah kpd yg memberi pendapat....Tetapi apepon,masing2 ade pendapat sendiri & bebas mempertahankan &berpegang kpd pendapat masing2.Bagi ana,tujuan ana gunakan nama “Quranic Generation” ialah kerana ana sangat2 mengimpikan agar wujudnya dan lahirnya Quranic Generation atau generasi Quran dalam masyarakat kita lebih2 lagi bagi golongan muda &remaja.InsyaAllah,moga2 impian ana termakbul walaupun halangan laluannya berliku2~Huhu.

Quranic Generation???Ape benda tu???Huhu~Kalo nak ditranslate ke B.Melayu mestilah bunyinya= “Generasi Quran”…yg tu bdk darjah satu pun tahu~Haha~.Tp ape yg ana faham dari Quranic Generation ialah satu generasi yang mane menggunakan Quran sebagai panduan dalam hidupnya .Ana teringat satu hadis yg amat popular mase ana belajar Syariah time form 5 iaitu dalam hadis ni,nabi bersabda “Sesungguhnya aku tinggalkan kamu 2 perkara yang mana jika kamu ikut,kamu x akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-sunnah”,Kalau diamati betul2, hadis ini terkandung maksud yang begitu mendalam iaitu sebelum nabi wafat,nabi x tinggalkan pun wasiat jawatan ke,harta ke mahupun pengaruhnYa kpd kita bagi meneruskan kehidupan tetapi apa yang nabi wasiatkan kpd kita ialah hanyalah sebuah kitab yg mana diturunkan 1400 tahun yg lalu,x lain x bukan ialah Al-Quran sebagai pegangan kita semua.

Tetapi,persoalannya,adakah kita dah berbuat sepertimana yg nabi sabdakan?iaitu menjadikan turasan Al-Quran sebagai pegangan hidup kita?Erm..kalo nak dilihat pada zaman yg moden serba mencabar ini,masyarakat semakin sukar utk mendekati kitab yg namenya Quran ini,apatah lagi untuk berbuat sepertimana yg Quran ajarkan.Ana teringat satu hadis yg seolah2 telah menggambarkan apa yg berlaku pada zaman skrg…iaitu nabi bersabda, “….Sudah hampir tiba satu masa(hari kiamat)dimana tidak tinggal al-Quran itu kecuali hanya tulisannya…..”(Riwayat Baihaqi).Cukup menggerukan bukan hadis ini,seolah2 hari kiamat dah mmg betul2 hampir coz mmg telah menjadi realiti masakini bahawa Quran tu hanya tinggal pada tulisan sahaja…tiada penghayatan & pengajaran yg diambil daripada “surat cinta ilahi” ni. Then,yg sedihnya,hanya sedikit je golongan manusia yg menjadikan Quran sebagai sahabat karibnya dan bahan bacaan utama no 1 dalam hidupnya. Kita lebih suka untuk menjadikan majalah hiburan seperti Mangga,Kreko,Utopia,Mastika,Urtv, & lain sebagai
bahan bacaan no 1 dalam hati kita.Betul x???~Kesian kan kat Quran…...~X ramai yg nak baca dia~ ;(

Cuba kita muhasabah diri kita,agak2nya dalam satu hari,berapa muka agaknya ye kita baca Kitab Allah yg suci ni??Adakah hanya satu muka???…atau x baca langsung dlm satu hari???Kalo begitulah jawapan kita,kita patut berasa sangat malu dan bersalah kpd manusia yg sangat2 menyayangi kita iaitu junjungan Nabi Muhammad s.a.w ….kerana nabi telah rela diseksa dgn pelbagai azab dan seksaan semata2 membawa risalah Quran untuk umatnya merasai kenikmatan mukjizat Quran,tetapi malangnya,umatnya x tahu menghargai langsung pengorbanan yg telah baginda lakukan dgn membaca Quran sekadar ala kadar atau sambil lewa,Satu muka sehari baginya sudah memadai.

Ana suka berkongsi kekaguman ana terhadap seorang doktor.Kalo nak diikutkan kerjaya sebagai seorang doktor,pastinya begitu sibuk mengubati penyakit,tetapi doktor ni x menjadikan kesibukannya sebagai satu alasan,dalam sibuk2 dia pun,dia boleh mengkhatamkan satu Quran dalam masa sebulan.Mcm x logik kan?Dia akan pastikan setiap hari,dia akan membaca sekurang2nya satu juzuk setengah.Mcm ajaib kan??Ana pun mase mula2 dgr mcm x caya je…ade jgk ye org hebat camtu,bace sehari satu juzuk setengah.Huh..mmg kagum habislah…tapi bak kate org putih..~nothing immposible~ Semuanya bergantung kpd diri kita juga…kita yang menentukannya.Nak tau apa rahsianya???smpaikan dia mampu baca Quran sehari satu juz???Dia kate konsepnya mudah je….Benda ni kena konsisten…iaitu setiap kali lepas sembahyang je,wajib bace sekurang2nya 5 muka.So solat kita ada 5 waktukan…bila 5 didarabkan dgn 5………5x5=25 jadilah 25 muka.Kalo nak diikutkan 25 muka pun dah lebih satu juzuk dah.....
Mudahkan konsepnya??Yg penting mesti tanam keazaman&displin dlm diri utk kosisten baca 5 muka setiap kali selepas solat….~Katakan “Yakin Boleh!!!”


Akhir kata,ana mengharapkan kita semua dapat mengubah diri kita bersama2 kearah kebaikan sepertimana yg dinyatakan dlm surah Al-Maidah ayat ke 48(5:48) iaitu “….Berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan…..” dan menjadi golongan yg disabdakan oleh nabi dalam satu hadis iaitu “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya” .Ingatlah bahawa jika kita menjadikan Quran sebagai sahabat karib kita semasa didunia ni,Semasa di akhirat kelak,diwaktu kita didalam kesusahan ,Al-Quran itu pula yg akan menjadi sahabat karib kita dgn memberikan kita syafaat utk memasuki syurga yg kekal selama-lamanya…… InsyaAllah.

No comments: