Thursday, May 29, 2008

~ AlaHai ToK iMaM ~


Salam alaik~...Beberapa minggu lepas kita sume dikejutkan dengan satu berita tergempar iaitu...Imam Masjid Negeri Arau,Muridi Mohammad diperdaya Sindiket SMS AF6...Beliau telah kerugian sebanyak RM 240 daripada akaun simpanannya setelah dengan begitu baik hatinya memberikan nombor akaun miliknya kepada sindiket yang menyamar sebagai wakil Astro...

Setelah sedar dirinya ditipu n tertipu...maka dia segera membuat laporan di Balai Polis Arau...Menurut Polis itu,sepanjang tempoh 4 bulan ini...pihaknya sudah menerima 12 kes yang hampir sama dengan apa yang menimpa tok imam ni....dan polis menyatakan bahawa penipuan SMS AF ni bukan perkara baru berlaku dan sudah lama berlaku...Apepun,ucapan takziah diucapkan kepada tok imam ini kerana berjaya tertipu dengan tipuan yang melibatkan program maksiat itu...X sangka pulak ye, tok imam pun boleh minat AF 6 ..Huhu~

Anda sume dapat rasakan x apa yang saya Rasakan???Anda sume x terasa pelik ke???Dalam banyak2 12 kes yang sama berlaku,napa ye tetiba hanya kes Tok imam ni je yang kuar paper...Dah tu duit yang dia hilang pun bukannya banyak sangat pun sampai ribuan atau puluh ribuan pun...tetapi hanya RM 240!!!~Huhu~...Tapi senang2 je kuar paper !!!Anda rasa kenapa???

Bagi saya,fenomena pelik ni berlaku kerana seorang Tok Imam ialah Tok Imam!!!Dan Tok Imam adalah termasuk dalam Golongan Agama!!!Pasal tu lerr senang masuk paper...Huhu~Kerana apa???Kerana Golongan Agama memang sentiasa dihighlightkan dalam masyarakat kita...Cuba anda sume fikirkan...Dalam satu sekolah,ada 2 kes curi...Kes Curi 1 melibatkan seorang yang mmg kaki pukul,selalu ponteng dan selalu merokok di kawasan sekolah...Dan Kes Curi 2 pula melibatkan seorang yang mmg selalu pergi Surau,selalu bagi tazkirah dan selalu membaca Al-Quran dimana sahaja....So anda rasa Kes mana yang menjadi isu paling sensasi kat sekolah itu??Adakah kes curi 1 atau kes curi ke-2???Pastinya kes ke2 kan!!!Kerana orang yang mencuri tu mempunyai background agama...Maka masyarakat seakan x percaya orang yang mempunyai background agama boleh membuat jenayah sedemikian rupa kerana mereka yakin bahawa agama dapat menjaga seseorang dari melakukan kesalahan jenayah!!!Tetapi perkara yang sebaliknya pula berlaku...Maka timbullah rasa kekeliruan mereka terhadap agama Islam hanya kerana kesalahan yang dilakukan oleh "Ikon2 Islam" ini.....

Begitulah kuatnya pengaruh dan beratnya amanah orang yang memikul 'Ikon Islam'...Kerana dimana2 sahaja pasti menjadi tumpuan lebih2 dalam melakukan kesalahan walaupun kesalahan yang dilakukan x delah sebesar mana..tetapi hebohnya boleh sampai ke hujung dunia...Jadi nasihat saya supaya sume 'Ikon Islam' perlu menjaga setiap gerak-geri kita....kerana masyarakat menilai Islam berdasarkan gerak-geri kita...So elakkan diri kita daripada menjadi fitnah buruk terhadap nama Islam...Akhir kalam,wassalam.


"Islam itu datang dalam keadaan PELIK dan akan kembali dalam keadaan yang PELIK...Maka beruntunglah orang2 yang PELIK itu "(Hadis)




2 comments:

aliar0ney said...

iyep,tepat skali...mmg bile menjadi ikon ni kite ade pengaruh dan amanah yg perlu di jaga, tapi kl bukan ikon pun mmg kite sendiri patut mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab tersebut,kan?

Bashir IbnDzul said...

salam..
huhu memalukan tul tok imam ni..
diam2 je sudah le.. heh
last2 kena batang hidung sendiri gak..