Friday, February 11, 2011

::Apa yang anda Perjuangkan ??? ::


Assalamualaikum~ Salam 1 Akidah, Islam didahulukan ,Al-Quran dan Sunnah diutamakan.Apa khabar iman sahabat2 sekalian?Moga2 dalam apa jua keadaan samada senang, susah, frust,tension dan lain2, iman sahabat2 tidak berkurang malah  sentiasa meningkat~InsyaAllah J

Setinggi2  kesyukuran kita perlu panjatkan kepada Allah kerana kita masih dapat hidup dalam keadaan yang aman,tenang dan bahagia di negara Malaysia yang tercinta ini.Tiada peperangan,tiada rusuhan dan  tiada pergaduhan yang berleluasa berlaku di negara kita sebagaimana berlakunya di Negara kelahiran Firaun yang kini sedang menhadapi Revolusi Mesir yang mempunyai misi menjatuhkan pemimpin yang bernama Hosni Mubarak.

Revolusi Mesir dalam menjatuhkan Hosni Mubarak 

Sama2lah kita doakan agar perjuangan saudara seislam di sana tidak sia2 dan mencapai kemenangan serta moga2 kepimpinan Mesir akan dipegang oleh Ikhwanul Muslimin yang akhirnya akan membawa kepada pemerintahan Islam seterusnya Khilafah Islamiyyah..InsyaAllah!

Sahabat2 sekalian,pada artikel kali ini saya berkongsi dengan sahabat2 tentang hakikat bahawa hidup ini merupakan satu perjuangan.Maksudnya,kita dihidupkan didunia ini bukan dengan saja2 sahaja iaitu tiada tujuan dan tiada matlamat seperti mana yang Allah firmankan :

Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu secara main-main sahaja ……(Al-Mukminun :115)

Tetapi kehidupan kita didunia ini, sebenarnya ada  perjuangan yang perlu kita perjuangkan bagi merealisasikan  matlamat hidup.Tapi persoalanya,apa yang kita nak perjuangkan dalam hidup?

Bagi menjawab persoalan itu,saya suka mengaitkan dengan satu kata2 iaitu ‘WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET” iaitu apa yang anda pandang@niatkan,itulah yang akan anda dapat.Jadi kunci nak tengok apa yang kita perjuangkan ialah dengan melihat bagaimana cara kita memandang sesuatu.

Sasuke yang ingin membalas dendam kepada abangnya.

Sebagai contoh,kita ambil watak Sasuke di dalam anime Naruto.Sasuke memandang hidupnya adalah sebagai tempat untuk membalas dendam keatas abangnya dan kesengsaraan hidupnya yang dirasai ketika kecil iaitu ketika seluruh keluarga dan  puak Uchiha dibunuh.Jadi perjuangan hidupnya ialah  hanya membunuh abangnya dan membalas dendam atas kesengsaraan hidupnya.

Luffy yang bercita2 menjadi Pirate King


Contoh kedua ialah watak utama dalam anime One Piece iaitu ‘Monkey D.Luffy’.Dia memandang bahawa tujuan hidupnya adalah untuk menjadi Pirate King menggantikan Gol D. Roger .Jadi perjuangannya hidupnya adalah mengalahkan kesemua pirate di dunia lalu akhirnya menjadi Pirate King.

Apa yang anda dapat pelajari dari kedua-dua perjuangan  diatas?Bagi anda,apa lagi yang Sasuke nak perjuangkan jika dia telah berjaya membunuh abangnya iaitu Uchiha Itachi ? .Apa lagi yang Monkey D Luffy nak perjuangkan jika dia sudah berjaya menjadi Pirate King?Kedua-duanya sudah tiada yang nak perjuangkan  setelah mencapai matlamat.Jadi kesimpulannya kedua-dua perjuangan itu bersifat sementara dan hanya perjuangan untuk jangka masa pendek.

La Ilaha illa Allah

Jadi,apakah perjuangan sebenar yang perlu kita perjuangkan?Itulah perjuangan yang mempunyai jangka masa yang panjang iaitu matlamatnya bukan sahaja terhad selamat semasa hidup didunia malah ia juga untuk mencapai kebahagiaan selepas mati di akhirat.Perjuangan itu adalah  perjuangan  bermatlamatkan dan menegakkan  pada kalimah yang sering kita lafazkan  dalam solat iaitu kalimah  syahadatain -‘LAILAHA ILLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ iaitu  Tiada Tuhan Selain Allah & Nabi Muhammad Pesuruh Allah’.

Sahabat2 sekalian,perjuangan inilah yang telah diperjuangkan oleh Rasulullah,para sahabat dan semua mujadid dan mujahidah islam.Perjuangan inilah yang menyebabkan mereka sanggup diseksa,dipenjara,dipulau,dan diancam dengan pelbagai ancaman dan seksaan.

Persoalannya,kita sebagai Guru Pelatih IPG TAA,bagaimanakah cara untuk kita memperjuangkan Islam?Jawapannya mudah sahaja iaitu kita cuba mempersoalkan kepada diri anda,apa yang dapat  kita sumbangkan kepada Islam?Untuk kita sebagai seorang student,cara yang paling terbaik untuk kita sumbangkan kepada Islam ialah mendalami ilmu islam itu sendiri dan level seterusnya ialah kita menyampaikan ilmu Islam tersebut  kepada orang lain supaya orang ramai dapat melihat tentang kecantikan Islam.

Perjumpaan pertama Smart Group tahun 2011


Jadi untuk di medan kita di IPG TAA,cara terbaik untuk anda perjuangkan Islam dalam konteks mendalami ilmu agama adalah anda mengikuti satu kumpulan yang diikat seperti ikatan satu keluarga iaitu USRAH atau  SMART GROUP.Anda bukan sahaja dapat mengenali keindahan Islam  malah dapat merasai kemanisan berukhuwah.Jadi,kepada sahabat2 yang masih belum mengikuti Smart Group atau pernah mengikuti  pada MPPB semasa semester 1 tapi terlepas setelah lama tidak mengikutinya,marilah berazam beramai-ramai untuk join Smart Group pada tahun ini.Usrah Smart Group itu Best !! J 


*Artikel ini merupakan artikel Lajnah Tarbiyah ,PISA IPG Tengku Ampuan Afzan bagi mengajak guru pelatih yang lain mengikuti Usrah atau Smart Group.

No comments: