Saturday, September 4, 2010

::Program Pemantapan Dakwah & Tanzim::


Salam alaik dan salam ramadan kepada sahabat2 semua..Syukur kita panjatkan kerana sedar tak sedar kita telah berada pada Zon Keemasan iaitu Zon LailatulQadar..Moga2 kita merebut peluang untuk mengutip sebanyak mungkin emas pada penghujung Ramadan ini.

Alhamdulillah,semasa saya melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di Pasir Mas,Kelantan,banyak masa dipenuhi dengan aktiviti.Saya telah dijemput oleh sahabat saya yang merupakan Alumni SMKA Lati untuk memberi pengisian kepada BADAR SMKA LATI 2010 dan tajuk yang telah diberikan ialah "Tuntutan Dakwah& Tanzim".

Pada mulanya,saya nak menolak jemputan itu,kerana diri saya pun masih tak faqih tentang dakwah dan tanzim.Inikan pula nak sampaikan ceramah yang berkaitan dengan itu.Tapi setelah beberapa kali dipujuk,akhirnya saya akur.Saya berpegang kepada prinsip 'Semakin banyak memberi,semakin banyak yang akan kita perolehi'.InsyaAllah.

Dalam mencari bahan sebagai persediaan memberi pengisian,saya banyak merujuk sebuah buku yang bertajuk 'Al-Muntalaq' iaitu karangan Muhammad Ahmad ar-Rasyid.Buku ini rupanya sangat2 menarik untuk dibaca dan dijadikan panduan.Al-Muntalaq bermaksud :Langkah bermula dan buku ini sangat memberi panduan kepada para daie yang baru nak berjinak2 dengan agenda dakwah.

Sebenarnya,daripada apa yang saya dapat tahu dari sahabat saya yang juga alumni SMKA Lati ini,BADAR SMKA Lati mengalami beberapa masalah.Satunya,sangat sedikit bilangan di kalangan mereka yang hendak menggerakkan dakwah di SMKA Lati...masing2 tak nak terlibat dengan penglibatan dalam BADAR..Jadi,hanya sedikit sahaja bilangan ahli dalam BADAR.Kesian diorang ,sebab tu depa lemah semangat.

Yang kedua ialah dari segi kepimpinan dalam berorganisasi...Pengerusi dan jawatan MT lain yang dipilih memegang jawatan itu dalam keadaan paksa rela..disebabkan tiada yang mahu menjadi,maka jawatan itu telah diberi secara paksa rela kepada seseorang...Jadi bila hati tidak MAHU,adakah ia bisa bergerak kearah MAMPU? Berat nanang !!!~huhu~..dan akhirnya menghasilkan masalah lain dalam tanzim BADAR iaitu budaya kurang cakna dan kurang berdisplin dalam berorganisasi....

Ok,Seperti yang dipersetujui oleh kedua2 pihak,program ini berlangsung pada 30 Ogos 2010 iaitu hari Isnin bermula pada pukul 2.15 petang.Maknanya lepas balik dari sekolah untuk jalankan PBS..terus pi ke SMKA Lati..huhu..memang perlukan mujahadah juga tu...huhu.

Tepat pukul 2.15 ptg saya sampai di Dewan Makan SMKA Lati,hanya beberapa orang sahaja yang datang.Oleh itu, kami menunggu ketibaan semua ahli Badar hadir sebelum memulakan program,akhirnya program bermula pada pukul 2.40 ptg.Mungkin ini antara kelemahan kita yang menggerakkan Islam iaitu lemah dalam pengurusan masa.



Saya memulakan pengisian saya dengan pengenalan tentang dakwah dan mentadabur satu ayat Quran iaitu Surah At-Taubah ayat 24 sebagai penegasan betapa pentingnya kita berdakwah:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).(Surah At-Taubah:24)

Saya mengaitkan ayat tersebut dengan Tauhid Uluhiyah.Tauhid Uluhiyah ialah meyakini bahawa Allah sahaja sebagai tempat pengabdian dan sembahan.Dengan erti kata lain ialah kita mencintai Allah dan menjadikan kecintaan kita itu menjadikan hanya Dia yang kita sembah dan abdikan.Dan apabila kita mengatakan tentang cinta,Cinta memerlukan satu bukti dan tidak dinamakan cinta jika tiada satu pembuktian.

Dan bukti bagi suatu kecintaan hanyalah satu iaitu PENGORBANAN.Dan Allah telah tetapkan kepada manusia senarai mengikut turutan iaitu perkara yang perlu kita Korbankan sebagai tanda keimanan kita kepada Allah dan ia telah jelas dinyatakan dalam ayat Quran yang saya tadabur tadi iaitu Surah At-Taubah ayat 24.

Mengikut ayat tersebut,berikut merupakan turutan perkara yang perlu manusia lakukan pengorbanan:

1.Allah
2.Rasulullah
3.Jihad
4.Ibu Bapa
5.Anak-anak
6.Sanak saudara
7.Isteri@Suami
8.keluarga kerabat
9.Harta benda
10.Perniagaan
11.Tempat Tinggal

Tegasnya,yang berada pada no 4 iaitu ibubapa sehingga no 11 iaitu tempat tinggal tidak boleh mendahului kedudukan no 1,2,dan 3.Pengorbanan kpd no 1,2,3 iaitu Allah,Rasul dan jihad tidak boleh berada dibawah .Ia mesti berada di ranking no 1,2 dan 3.Dan pada akhir ayat itu Allah telah menegaskan barang siapa yang mendahulukan perkara lain megatasi no 1,2 dan 3 iaitu pegorbanan kepada Allah,Rasul dan Jihad maka tunggulah bahawa Allah akan menurunkan azab kepada mereka..Nauzubillahi min Zalik..

Yang saya nak tekankan ialah tentang besarnya prioriti jihad dalam ranking pengorbanan yang perlu kita lakukan.Dan ulama' telah mentafsirkan Jihad itu dalam erti kata 'Amal Ma'ruf &Nahi Mungkar..itulah yang dikatakan -->Dakwah..So,konklusinya, betapa besarnya prioriti Dakwah dalam kita beriman dengan Tauhid Uluhiyah.Jadi persoalannya adakah kita benar2 telah mengorbankan diri kita kepada Allah,Rasul dan Jihad iaitu dakwah?Apabila berlaku pertindihan kepentingan diri dan kepentingan dakwah,adakah anda bersedia untuk menginfakkan diri utk kepentingan dakwah?huhu~Berat sungguh nak jawab soalan ini....


Dalam pengisian saya juga,saya banyak menunjukkan video2 yang berkaitan dengan pentingnya peranan dakwah kepada masyarakat,keluarga dan diri.Sebab takut depa ni ngantuk kan dengar ceramah..dahlah puasa,buat waktu petang pula tu..tu pasal tayang banyak video..Perkara kedua yang saya buat penekanan ialah tentang kepentingan pengorbanan dalam berdakwah dan analogi 3 pekerja yang menjawab persoalan kerana apa kita berdakwah.

Sedang asyik saya memberi pengisian,tetiba saya mendapat arahan dari urusetia untuk menangguhkan pengisian tersebut kerana berlaku beberapa masalah..iaitu,pada ketika itu,kat SMKA Lati tu tak ada air,jadi ramai pelajar yang berulang alik dari rumah ke sekolah...dan ramai diantara mereka yang naik bas,dan bas terakhir yang lalu kat situ ialah pada pukul 4 ptg..dan akhirnya pengisian itu ditunda kepada hari Rabu petang iaitu 1 September 2010..huhu.~


Dan pada hari rabu tersebut,saya lebih menfokuskan terhadap permasalahan tanzim.Saya memulakan set induksi dengan menggunakan teknik sumbang saran keatas gambar sebuah bangunan berkembar yang dinamakan KLCC...Saya suruh mereka memikirkan bila melihat bangunan KLCC dan apa kaitannya dengan tanzim iaitu secara khususnya organisasi BADAR?

Alhamdulillah,ada yang memberi respon yang tepat.Ibrah dari gambar ini ialah,kita perlu belajar dari kekukuhan yang ada pada bangunan KLCC tersebut.Kenapa KLCC boleh jadi bangunan yang kukuh?kerana ia mempunyai basement yang kuat...Apa yang menjadikan basementnya kuat?kerana basement atau pasak yang ditanam dibawah tanah bagi bangunan KLCC adalah 2 kali ganda panjangnya dari panjang bangunan yang kelihatan diatas tanah...sebab itu,bangunan itu menjadi kukuh...

So apa kaitannya kekukuhan KLCC dengan tanzim atau organisasi?Sebenarnya buat pengetahuan sahabat2 semua,Allah itu Maha Bijaksana,Dia telah terlebih dahulu mengajar kita untuk belajar dari kekukuhan sesebuah bangunan iairu analogi yang sangat indah jika difikirkan...Cuba selak pada Surah As-Saff ayat ke 4 iaitu:


Dalam firman Allah diatas,Allah menyatakan bahawa Dia suka kepada satu golongan yang membela agama-Nya..yang mana,ciri orang yang membela agama-Nya ialah berada dalam barisan yang tersusun rapi sepertimana kukuhnya satu bangunan..Subhanallah~

Jadi bagaimana nak wujudkan tanzim yang tersusun sepertimana kukuhnya sesebuah bangunan?Jawapannya ialah back to the basic...kukuhkan asas tanzim tersebut..Apa asas bagi tanzim yang kukuh?Antaranya ialah mempunyai Visi dan Misi yang jelas..iaitu menjadikan Allah sebagai tujuan..ia secara tidak langsung sangat berkait dengan akidah islamiah...Selain itu,Visi dan Misi juga perlu jelas ,spesifik,sesuai dgn waqi' dan mempunyai hala tuju yang jelas...kemudian,mempunyai perancangan yang tersusun..iaitu mempunyai perancangan yang lepas(sbg kayu ukur kejayaan perancangan semasa dan akan datang),Perancangan semasa dan perancangan akan datang..

Selain itu, kekuatan ukhuwah diantara anggota organisasi sangat memainkan peranan yang penting..Sebenarnya ada banyak lagi..tapi saya pun sebenarnya masih jahil dalam bab ini..huhu~Kalau nak diikutkan,organisasi yang saya pegang sekarang pun sangat kecil iaitu Lajnah Tarbiyah Biro Kerohanian JPP iaitu lajnah yang menguruskan pengurusan usrah..tu pun masih belum teratur dan masih ada banyak kelemahan dari segi perancangan dan perlaksanaan program..X per2..belajar sikit2~huhu..


Selepas itu,untuk slot kedua..saya telah membahagikan mereka kepada 4 kumpulan untuk menganalisis organisasi yang sedia ada atau dikenali sistem SWOT iaitu menganalisis kekuatan,kelemahan,peluang dan ancaman tanzim BADAR tersebut.Alhamdulillah,ia berjalan lancar.Antara masalah terbesar mereka ialah :

1)dari segi perancangan iaitu tiada perancangan program yang tersusun.

2)dari segi displin iaitu ramai yang x dapat beri komitmen untuk hadir ke mesyuarat,perjumpaan dan program menyebabkan banyak rancangan dan agenda organisasi tergendala dan ramai juga tidak dapat beri komitment terhadap taklifan yang diberikan oleh Pengerusi dan MT....

3)dari segi ukhuwah iaitu wujud beberapa perbezaan pemikiran dalam satu organisasi menyebabkan sukranya untuk melaksanakan wahdatulfikr iaitu kesatuan pemikiran...

Moga2 dengan program yang dilaksanakan,BADAR SMKA Lati dapat mengorak langkah maju kehadapan untuk memacu dakwah dan tarbiyah di bumi mereka bagi mewujudkan Biah Solehah..InsyaAllah.Bagi diriku juga,ia satu muhasabah yang baik tentang pengurusan organisasi iaitu pengurusan Usrah di bumi Afzan..walaupun usrah di bumi Afzan masih dalam keadaan baru nak membangun,masih belum mantap dan masih banyak kelompongan tapi insyaAllah akanku cuba sedaya mungkin untuk cuba memantapkannya agar tarbiyah akan terus menghijau di Bumi Afzan..InsyaAllah :)

No comments: