Saturday, June 26, 2010

Kuasa Percaya dan Berjaya!!(Siri 2)

Salam alaik~..Ini merupakan sambungan bagi artikel Kuasa Percaya dan berjaya Siri 1..Aduhai banyak pulak kan siri2nya..~hehe..Moga2 kita terutamanya diri saya dapat mengambil manfaat daripada artikel ini.
Sahabat2 sekalian,ramai manusia gagal untuk berjaya kerana terdapat pelbagai kekangan dalam diri sendiri.Kekangan yang paling besar dalam diri manusia untuk berjaya adalah SOAL KEMAMPUAN UNTUK PERCAYA PADA DIRI SENDIRI .Maksudnya ramai orang gagal kerana tidak tahu bahawa dirinya istimewa ,dirinya ada kemampuan,dirinya ada kelebihan...Oleh kerana itulah,mereka tidak dapat membuat anjakan paradigma(cara melihat) untuk memburu kejayaan yang lebih tinggi.

Saya suka untuk berkongsi satu kisah yang sering disebut2 oleh Ustaz Hasrizal didalam ceramahnya iaitu dalam satu program motivasi yang telah diadakan di sekolah pedalaman di negeri di nun utara.Pelajar2 di sekolah itu,mereka tidak mempunyai masalah disiplin dan akhlak yang serius tetapi masalah mereka ialah MASALAH KEPERCAYAAN.Mereka tidak percaya bahawa diri mereka istimewa kerana mereka hanya percaya,mereka hanyalah anak orang susah yang tinggal di kampung pedalaman.

Apabila ustaz tanya,apa cita2 pelajar tersebut,maka pelajar tersebut menjawab cita2 mereka yang paling besar ialah untuk bekerja di kilang di Kulim.Seorang lagi pelajar apabila ditanya,apa cita2 apabila besar,jawab pelajar itu,dia nak bekerja dengan TNB tak kisah jadi engineer ke tukang elektrik ke..yang penting nak kerja dengan TNB..Apabila ditanya kenapa nak sangat kerja dengan TNB?Pelajar itu menjawab :kerana hari2 bila pergi sekolah,nampak tiang elektrik TNB..itulah sumber inspirasinya..Aduhai~hehe.


Berdasarkan kisah tersebut,kita dapat simpulkan bahawa apabila kepercayaan kita terhadap diri rendah maka level bagi apa matlamat yang kita ingin capai juga rendah.Maksudnya bila kita percaya kita tidak akan cemerlang dalam exam,maka kita akan sentiasa target pointer yang rendah sebagai matlamat kita..Bila kita percaya kita tidak layak untuk berdakwah,maka target kita akan rendah iaitu hanya jaga diri sendiri shj & tak nak jaga tepi kain orang lain...Bila kita percaya bahawa diri kita seorang yang malas,maka kesudahannya kita akan malas sampai bila2.

Tapi persoalannya,adakah ini yang telah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita iaitu tidak mempunyai wawasan,tidak proaktif untuk mencipta kejayaan..Adakah itu yang nabi ajarkan?Oh..tentu sekali tidak...nabi tidak bersikap begitu dan tidak mengajarkan sikap itu kepada umatnya..Tetapi sikap sebenar nabi adalah berjiwa besar..matlamatnya tinggi...sentiasa proaktif berlumba2 memburu kejayaan.Buktinya?Lihatlah betapa tingginya motivasi nabi dalam janjinya tentang penaklukan Kota Konstantinople yang telah saya kupas pada artikel Kuasa Percaya dan Berjaya !! (Siri 1).Subhanallah !!

Jadi apa solusinya dalam menyelesaikan masalah ini?Allah telah menjawab persoalan itu pada Surah Ar-Ra'du ayat ke 11:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu yang ada pada sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.....(Ar-Ra'du :11)

Sahabat2 sekalian,dalam firman Allah diatas,ada satu perkataan yang menjadi kata kunci dan kuasa bagi menyelesaian semua masalah yang berlaku iaitu BERUBAH.Tetapi di dalam kehidupan, perkataan BERUBAH itulah yang merupakan sesuatu yang lebih susah daripada susah sehingga ada orang yang lebih selesa untuk hidup susah berbanding mengambil tindakan untuk membuat satu PERUBAHAN..Ish3x..Untuk lebih kelihatan jelas dan lebih praktikal,suka untuk saya berkongsi satu analogi iaitu berkaitan ''Baby Elephant Syndrom''.


Pernahkah sahabat2 semua pergi ke sarkas?Pernah x jumpa seekor gajah dewasa yang keadaannya sama seperti didalam gambar diatas iaitu kakinya dirantai dengan satu rantai?Pelik kan,kenapelah gajah tu hanya boleh terikat dengan satu rantai yang rasanya sangat mudah untuk dilepaskan?dan kenapa gajah itu tidak mahu melepaskan diri ?Nak tahu jawapannya?Tunggu selepas ini...~Hehe...

Jawapannya ialah kerana gajah tersebut mempunyai sejarah silam ketika kecil..iaitu semasa kecil,anak gajah itu telah dirantai..dan naluri sebagai seekor anak gajah, dia telah memberontak untuk melepaskan diri...anak gajah itu cuba untuk lepaskan diri..tapi tak berjaya.Anak gajah itu mencuba sekali lagi,tak berjaya juga..akhirnya selepas 7 tahun,anak gajah telah menjadi bapa gajah...dan bapa gajah itu sudah berhenti untuk mencuba lepaskan diri dari rantai tersebut kerana bapa gajah itu telah meyakini dalam kepalanya bahawa dia tidak akan boleh melepaskan diri dari rantai tersebut walaupun pada hakikatnya dia sangat2 mampu melepaskan diri.

Kesimpulan dari kisah itu ialah bapa gajah tersebut behenti melepaskan diri daripada rantai itu bukan kerana rantai itu kuat tetapi sebenarnya FIKIRAN gajah berkenaan yang telah merantai gajah tersebut dari melepaskan diri dari rantai itu...kerana fikiran yang merantai tersebut terbit hasil ketidakmampuan gajah tersebut untuk PERCAYA bahawa dia sudah mempunyai kekuatan untuk melepaskan diri dari rantai tersebut.


Adakah anda pernah merasai sepertimana yang telah dirasai oleh gajah tersebut?Bagi saya,terlalu banyak contoh sekeliling yang boleh dikaitkan dengan analogi gajah tersebut..Contohnya,dalam aspek dakwah iaitu pengalaman dalam mengajak orang berbuat kebaikan..contoh yang lebih spesifik lagi mengajak orang ke surau..iaitu semasa percubaan pertama kita mengajak orang ke surau,dia x datang..keesokannya pula kita ajak lagi,dia x datang juga,keesokan harinya lagi,kita ajak lagi supaya pergi ke surau,x datang juga...dan berterusanlah kita ajak dia ke surau..Jika ada orang yang tension dan berputus asa untuk teruskan,maka situasinya sama seperti analogi gajah tersebut..Ish3x...sukarnya...

Apepun, yang penting, kita perlu sentiasa berazam dan berusaha untuk percaya kemampuan diri dan akhirnya berjaya tanpa berputus asa, tak kira masa ,walau dimana kita berada.Itulah Kuasa Percaya dan Berjaya !!Wassalam.

No comments: