Tuesday, June 22, 2010

Kuasa Percaya dan Berjaya!!(Siri 1)

''Abang ,maaflah,saya tak yakinlah untuk jadi Naqib...Saya dahlah bukan pelajar Pend.Islam,pastu kurang ilmu pulak tu...Manalah layak untuk menjadi Naqib pelajar baru''kata seorang junior yang terpilih menjadi Naqib bagi MPPB.

''Ala..aku x layaklah nak berdakwah..aku dah lah x pandai nak cakap,pastu ilmu aku pun kurang..aku memang x akan layak sampai bila2 sebab masih x ada keyakinan diri''kata seorang pelajar apabila ditawarkan untuk menjadi AJK persatuan dakwah.

''Kenapa ye aku asyik dapat pointer rendah je dalam Exam...mungkin dah memang takdir saya dilahirkan untuk gagal''monolog seorang mahasiswa apabila gagal dalam exam.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sahabat2 sekalian,dialog diatas merupakan dialog biasa yang sering didengari dan diungkapkan oleh kita dalam kehidupan seharian..Betul x?~terutamanya diri sayalah..Hehe~..Ia seolah2 memberi hipotesis atau kesimpulan awal bahawa kita tidak akan berjaya dalam apa yang cuba nak diusahakan... Masalah apakah yang menyebabkan kita menjadi sebegitu rupa?Itulah dia masalah KRISIS KEYAKINAN !! Tidak yakin atas potensi yang ada pada diri...Tidak yakin atas kelebihan yang ada pada diri..hanya fokus melihat kelemahan diri sahaja ..Jadi itulah penghalang utama saya dan kita untuk berjaya..~Aduhai~

Sahabat2 sekalian,dalam kita mencari weak zone dan titik penyelesaian bagi masalah ini,saya suka berkongsi dengan sahabat2 semua dengan satu kisah motivasi iaitu berkenaan dengan cara motivasi Rasulullah & Penaklukan Kota Konstantinople...Disebabkan saya merupakan seorang Guru pelatih Institut Pendidikan Guru(IPG) saya untuk memulakan kisah ini dengan unsur pedagogi iaitu set induksi.~Hehe.~...Set Induksi ini dimulakan dengan peristiwa satu perang yang berlaku pada zaman Rasulullah dan perang ini merupakan perang yang penting dalam Sirah ..iaitu Perang Khandak atau Perang Al-Ahzab(bersekutu).


Ketika Perang Khandak,nabi dan para sahabat berada dalam keadaan yang tertekan..dimana,dalam perang berkenaan,orang islam di Madinah telah dikepung oleh tentera puak Arab yang bergabung di seluruh semenanjung Arab.Dinamakan perang Al-Ahzab kerana semua puak arab dan yahudi bersekutu dalam menentang orang islam di Madinah.Cuba bayangkan 10 000 tentera musyrikin Mekah melawan 3000 tentera Muslimin..Betapa getir dan tertekannya Rasulullah dan para sahabat ketika itu.

Lalu dalam Perang itu,satu idea bernas yang telah dicetuskan oleh seorang sahabat nabi iaitu Salman Al-Farisi..beliau telah mencadangkan agar menggali parit yang dinamakan Parit Khandak disepanjang keliling kawasan di Madinah...dan ketika Rasulullah dan para sahabat sedang menggali parit..ada satu peristiwa yang saya nak highlightkan..iaitu Nabi telah menyebutkan sesuatu berkenaan soal PERCAYA UNTUK BERJAYA untuk memotivasikan para sahabat..iaitu ''Pada satu hari nanti,Kota Konstantinople akan ditakluki..dan Raja pada masa itu adalah sebaik2 raja dan tentera pada masa itu adalah sebaik2 tentera"(Mafhum hadis riwayat Imam Ahmad)

Dan ketika nabi mengungkapkan hadis tersebut..para sahabat telah memberikan reaksi yang sangat terkejut..Nak digambarkan betapa terkejutnya para sahabat..seperti mana kita,pada musim Fifa World Cup 2010 di Afrika Selatan ini,Jurulatih pasukan Bola Sepak Malaysia sekarang iaitu K.Raja Gopal telah mengumumkan ''Pasukan Malaysia akan masuk pusingan Final dan seterusnya menjadi pasukan JUARA Fifa WorldCup tahun ini"...Apa reaksi kita?Mesti kita kata...''Biar betul pasukan Malaysia akan jadi juara!!lawan Thailand pun kalah..pastu dalam Asia pun dalam ranking yang terbawah..Boleh ke ni pasukan Malaysia dapat menjulang kejuaraan Fifa Worldcup 2010 ni"...Haa,begitulah reaksi para sahabat ketika itu...



Seolah2 tidak percaya apa yang telah dungkapkan oleh Rasulullah ketika itu kerana pada masa itu,mereka adalah satu komuniti kecil di Madinah yang hidup bagai telur dihujung tanduk terutamanya ketika berada didalam kepungan..tetapi kota yang dikatakan oleh Rasulullah iaitu Kota Konstantinople merupakan kota yang paling terbesar ketika itu..itulah Kota yang nak ditakluki oleh mereka.Ish3x,dashyat betul.

Sahabat2 sekalian,kalau nak tahu,itulah cara Rasulullah memotivasikan para sahabat...iatu PERCAYA SEBELUM MELIHAT SESUATU...kerana percaya selepas melihat sesuatu,itu tiada nilai yang significant..tetapi yang hebat ialah PERCAYA SEBELUM MELIHAT SESUATU..DAN KITA BEKERJA UNTUK MELIHAT APA YANG KITA PERCAYA....itulah yang telah diajarkan oleh Rasulullah iaitu baginda tidak berbohong kerana apabila Rasulullah sebut,ia pasti akan berlaku...sahabat meyakininya dan mereka BEKERJA UNTUK MELIHAT APA YANG MEREKA PERCAYA...

Kemudian,pelbagai usaha telah dilakukan orang Islam...terlalu banyak percubaan dalam menakluki Kota Konstantinople..tetapi berakhir dengan kegagalan...Diantaranya,5 percubaan semasa zaman Kerajaan Umayyah, 1 percubaan semasa zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 percubaan semasa zaman Kerajaan Usmaniyah.Semua usaha ini dilakukan semata-mata untuk merealisasikan apa yang Rasulullah janjikan dalam hadisnya.

Dan didalam satu percubaan menakluki kota itu pada zaman Kerajaan Umayyah,seorang sahabat nabi iaitu Abu Ayyub Al-Ansary telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Konstantinople diatas wasiatnya sendiri.Apabila ditanya,kenapa beliau ingin dimakamkan di situ,maka beliau menjawab ''Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik2 raja yang mengetuai sebaik2 tentera semasa membebaskan Kota Konstantinople.Subhanallah~


Akhirnya penantian penaklukan Kota Konstantinople berakhir...bukan 20 tahun,bukan 80 tahun,bukan 180 tahun,dan bukan juga 280 tahun tetapi penantian itu mengambil masa yang sangat panjang iaitu selama 800 tahun.Pada tahun 1453,akhirnya janji Rasulullah tertunai iaitu Kota Konstantinople ditakluki di tangan manusia Biasa yang Luar Biasa...iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh,Sultan ke 7 kerajaan Turki Uthmaniah ketika beliau berumur 21 tahun...Ish,jelesnya,sama umur dgnku..hehe.

Sahabat 2 sekalian,main point yang saya nak bawa pada artikel ini ialah orang yang HEBAT ialah orang yang Percaya Sebelum Melihat Sesuatu dan dia bekerja untuk melihat apa yang dia percaya...Ungkapan ini menjawab persoalan dan penantian yang sentiasa berlegar2 difikiran para daie dan pembawa Islam iaitu ''Dalam aku buat kerja dakwah ni,bilalah agaknya ye,aku dapat lihat Islam akan tertegak di muka bumi Allah ni''..Jadi jawapannya ialah PERCAYA BAHAWA ISLAM ITU AKAN TERTEGAK DAN TERUS BEKERJA TANPA BERASA PENAT&LELAH UNTUK MELIHAT APA YANG KITA PERCAYA!!!InsyaAllah.

---->Bersambung kpd Siri Ke-2

1 comment:

Petunjuk Ketenangan said...

kupasan yang menarik... tahniah! mohon di copy & paste ye~