Wednesday, December 30, 2009

Kenangan di Kem Bina Sahsiah 2009

Salam alaik~ Apa khabar iman sahabat2 sekalian?Moga2 iman kita sentiasa diupdate sepertimana terupdatenya Anti Virus Kaspersky...Dah lama rasanya blog ini tidak diupdate...dah bersawang dah pun..~Huhu~...Dalam keadaan sedar tak sedar,cuti akhir tahun dah nak berakhir..tinggal beberapa hari je lagi saya akan kembali mencari permata ilmu di bumi Afzan.

Bila muhasabah balik,alhamdulillah,cuti pada tahun ini agak padat terisi.Apabila start cuti akhir tahun je iaitu pada 21 November 09,saya terus ke Kedah dengan beberapa orang sahabat untuk mengikuti Kursus Fasilitator bagi Program Kem Bina Sahsiah iaitu kursus yang wajib untuk diikuti oleh semua yang akan menjadi fasilitator bagi Kem Bina Sahsiah...kemudian cuti balik ke rumah selama seminggu sempena cuti raya haji...

Kemudian saya ke Kedah semula untuk menjadi fasilitator/urusetia bagi Kem Bina Sahsiah bermula 1 Disember -21 Disember 09...tetapi disebabkan ada beberapa kerja yang belum selesai,saya terpaksa balik ke rumah seminggu lewat iaitu pd 27 Disember 2009...dan yang lebih mengejutkan saya perlu masuk maktab pada 3 Disember 2009...maknanya,saya hanya berada di rumah selama 2 minggu sahaja..Aduhai~..Satu ujian buat diriku...Moga2 Allah memudahkan segala urusan.

Termasuk tahun ini,sudah 2 kali saya menjadi penggerak bagi Kem Bina Sahsiah ini.tetapi pada tahun ini,peranan saya di Kem Bina Sahsiah ini bebeza sikit dengan tahun lepas..Kalau pada tahun lepas,saya menjadi fasilitator yang tugasnya mendampingi peserta pada setiap masa,tetapi,pada tahun ini,disebabkan kekurangan urusetia di dalam kem ini dan saya sudah menjadi fasilitator pada tahun lepas,maka saya menjadi urusetia bagi unit fotografi...maknanya fully tugas dalam kem itu ialah mengambil gambar bagi setiap aktiviti...

Mula2 ingat ,bila jadi urusetia boleh relaks2 sikit..rupa2nya tak...sama je sibuknya dengan jadi fasilitator.Bermula dengan kerja wajib setiap hari..mengambil gambar setiap masa,kemudian ditambah dengan kerja kena buat name tag bagi setiap peserta dan fasilitator dan kerja terakhir ialah kena buat video yang menggambarkan keseluruhan program bagi ketiga2 fasa di dalam kem itu yang akan dijual dalam bentuk CD.Bagi saya kerja yang paling mencabar ialah time nak wat video.

Cuba bayanglah...sehari,saya dan 3 ahli lain dalam unit fotografi akan tangkap gambar dalam lingkungan 60 gambar..dan saya diarahkan untuk buat video bagi fasa 2 dan 3 yang mana jumlah hari dalam fasa 2 dan 3 ialah 14 hari...maknanya saya perlu teliti dan tengok sebanyak 60 gambar x 14 hari =840 gambar...Subhanallah,Banyaknya!!.. tetapi,apepun,alhamdulillah,
akhirnya saya berjaya menyiapkan video bagi kedua2 fasa itu..walaupun terpaksa berjaga tidak tidur malam untuk beberapa hari...tetapi inilah yang dikatakan tarbiyah...Syukur kepadamu Ya Allah kerana mengurniakan tarbiyah ini kepadaku


Perkara yang paling best bila jadi urusetia,saya dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan team urusetia yang bertugas di bilik gerakan..kalau tahun lepas,time jadi fasilitator.nak tegur depa kat bilik gerakan pun segan...alhamdulillah,tahun ni x segan lagi....Saya juga rasa beruntung bila dapat kenal dengan lebih rapat penggerak2 induk kem ini iaitu abang rashidi(ketua sekretariat KBS),ustaz nasaie(Kem komanden),ustaz kamal(Timb Kem Komanden),abg hisyam(unit Riadah),abg amirul(Ketua Fasilitator),kak chaq(Naib Sekretariat), kak syazwani(Setiausaha),kak hazani(Naib Kem Komanden),kak hazwani(Penolong Ketua Fasilitator),kak nadia(Setiausaha),kak amy(Setiausaha),kak yan(Unit Fotografi) dan syakirah(Unit Fotografi).Suasana kat bilik gerakan itu memang sentiasa ceria...memang best bila dengar depa borak..lagi2 bila ada ustaz nasaie,abg kamal,abg hisyam dan abg amirul...memang senyum dan gelak sakan dalam bilik gerakan itu..

Pada Kem Bina Sahsiah pada tahun ini,terdapat beberapa penambaikan yang telah dilakukan berbanding tahun lepas...Antaranya ialah Kursus Fasilitator telah diadakan buat pertama kalinya...sebelum ni,x pernah pun ada kursus fasilitator...Then,perjalanan program pada fasa ke-2 iaitu semasa di Gunung Jerai pada tahun ini lebih teratur daripada tahun lepas...kerana pada tahun ini,Persatuan NISA' turut membantu dalam menyelia beberapa modul yang menarik kepada peserta2..

Pada kem kali ini jugak banyak babak modul lakonan spontan yang berjaya dilakonkan oleh Unit Amal terutamanya di Gunung Jerai.Antara lakonan yang berjaya ialah modul kehilangan seorang peserta yang bernama Hadi .Nak dipendekkan cerita,semasa malam pada hari kedua di gunung jerai tu,ahli kumpulan Hadi tu laporkan kat Kem Komanden yang Hadi telah hilang...Pastu kecoh dan gempar satu kem tu..masing2 sibuk mencari Hadi...Cari punya cari,masih X jumpa juga kelibat Hadi tu...Pastu Kem Komanden suruh semua solat hajat dan baca surah yasin..Kalu nak diikutkan time tu dah pukul 2 pagi dah...akhirnya semua tidur pukul 2.40 pagi...Sian budak2 sebab terpaksa tidur lewat...


Pastu,esok pagi,semua peserta diarahkan untuk cari Hadi di dalam Hutan,kat dalam hutan,semua peserta kena panggil nama hadi..alasannya mana tau dia tersesat didalam Hutan...Begitulah serba sikit kronologi modul lakonan yang telah dirancang oleh Unit Amal.Hadi yang hilang itu telah disorokkan oleh Unit Amal.Sebenarnya kehilangan Hadi didalam Kem itu adalah salah satu modul untuk mengeratkan ukhuwah sesama peserta dan secara tak langsung menyebabkan mereka saling menjaga dan ambil berat sesama mereka...Inilah uniknya Kem Bina Sahsiah.

Pada Kem Bina Sahsiah pada tahun ini,apa yang saya lihat,peserta perempuan mempunyai rekod masalah yang lebih serius berbanding lelaki...Apabila saya melihat rekod masalah perempuan,saya terkejut sebab X sangka ada yang telah jauh tepesong dari akidah...ada seorang peserta perempuan ni,dia budak punk,selalu amalkan free sex..kiranya bohsialah...then disebabkan dia nak mengekalkan perawan,dia belajar ilmu perawan.Pastu dia ni pernah sembah tengkorak dan pakai salib...Nauzubillahi minzalik...Moga2 dia akan berubah selepas mengikuti Kem ini..

Ini adalah sedikit gambaran betapa jauhnya masyarakat dari penerapan nilai2 Islam dalam kehidupan mereka..betapa ceteknya kefahaman pemuda-pemudi zaman sekarang tentang agama yang sedang mereka anuti...bukankah ada satu pepatah yang mengatakan "jika kita nak tengok keadaan sama ada huru hara atau damainya zaman akan datang,lihatlah pemuda dan pemudi pada hari ini".. Jadi persoalannya sekarang,apa peranan kita?Wallahu Alam..

Cabaran Gunung Jerai 1

Cabaran Gunung Jerai 2