Monday, December 8, 2008

~CeRPeN SePaHiT MaDu~

Oleh:Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya. .." Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya....."

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

" Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ya sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri. "Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?"Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Fikri.

*** "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [QS al-Taubah 9:24]

Friday, October 17, 2008

~Erti Warna-warni Kehidupan~

Setelah Diri Diwarnai Dengan Warna-warni Keimanan,Kita Juga Ingin Mewarnai Orang Lain Untuk Merasa Keindahan Warna-Warni Yang Telah Kita Rasai

Friday, October 3, 2008

Kenapa ye kita Raya??


Teringat pula masa saya kecik2 dulu,time tu saya merasakan hari yang paling best dalam hidup saya ialah Hari Raya...Sebab apa ye??Erm,coz time raya itulah saya dapat makan macam2 makanan favourite saya sebab,memang menjadi kewajiban setiap hari raya,emak dan nenek akan memasak lemang,ketupat,rendang daging,ayam kicap,ayam merah,soto dan sebagainya untuk dijadikan juadah di pagi raya..Sedapnya!! ..Then,time raya nilah jugak saya berpeluang untuk main mercun dan bunga api..Bestnya!!Mercun yang paling saya suka main ialah mercun roket..coz saya suka sangat bila tengok benda berapi yang terbang...macam pelik pulak kan?~huhu~

Lepas tu,tiap-tiap kali nak raya jugak,abah akan belikan saya baju raya baru...selalunya abah akan belikan 2 @ 3 pasang...Memang happy habislah dapat pakai baju baru..terasa nak melompat-lompat je~huhu~..Dan perkara terakhir yang membuatkan diri saya sangat 'bahagia' sewaktu hari raya ialah x lain x bukan time dapat duit raya~Yahoo!!..kadang2 sebab nak duit raya lebihlah,saya sanggup buat muka x malu,pergi beraya kat kampung lain semata2 untuk kutip duit raya~aduhai~..Apepun,semua perkara yang best2 itu menjadi kenangan terindah dalam diari hidup saya lalu menyebabkan saya sentiasa merindui dan ternanti2 munculnya Hari Raya saban setiap tahun...

Namun,ketika itu tiba2 timbul persoalan dalam diri saya.."Kenapa ye saya menyambut Hari Raya"??Apa pentingnya Hari Raya kepada saya??So,saya pun mencari makna saya menyambut Hari Raya dengan menggunakan observation persekitaran yang saya lihat disekeliling saya. Maka dengan menggunakan akal seorang budak yang berumur 8 tahun,saya membuat kesimpulan bahawa Saya perlu menyambut hari raya sebab hari raya adalah hari untuk saya bergembira kerana time itu sajalah saya boleh makan banyak makanan yang sedap2,saya dapat baju raya baru,dapat main mercun roket dan yang paling best,saya dapat banyak duit raya!!Yahoo!!!...Maka definisi itu saya pegang dan sematkan dalam hati bagi menjadi penguat bagi mendapat keseronokan di Hari Raya.

Tetapi,kini,apabila saya semakin meningkat menjadi dewasa,apabila saya sudah tersentuh dengan sentuhan tarbiah..Barulah saya mengetahui hakikat sebenar "kenapa kita menyambut hari raya".Kita menyambut hari raya bukanlah sepertimana yang saya fikirkan semasa kecil iaitu..Bila ingat Hari Raya je..mesti automatik ingat nak makan juadah makanan yang sedap2 spt lemang,ketupat,rendang,X pun ingat nak main mercun,dapat beli baju baru dan dapat duit raya.Bukan itu semua!!!So kita tukar mindset kita kepada hakikat sebenar.

Hakikat sebenar yang saya maksudkan ialah...Kita beraya di Hari Raya adalah kerana kita meraikan satu kemenangan!!!Kemenangan apa pulak ni???Erm..kalau nak tahu,apa yang dimaksudkan dengan kemenangan itu,Jom sama2 kita selongkar balik tujuan utama kita berpuasa sebagaimana termaktub dalam Surat Cintanya pada Surah Al-Baqarah,ayat ke-183.

"Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 terdahulu daripada kamu,MUDAH-MUDAHAN KAMU BERTAQWA"(2:183)

So dalam ayat diatas,Saya cuma ingin meng'Bold'kan di hujung ayat itu iaitu "Mudah-mudahan kamu bertaqwa". Ayat itu telah menyatakan tujuan utama berpuasa iaitu untuk menjadi orang yang bertaqwa.Berbalik kepada maksud kemenangan itu,So kita dapat merumuskan bahawa Kemenangan yang dimaksudkan adalah kemenangan orang2 yang berpuasa dan dengan puasanya itu,dia menjadi orang yang bertaqwa.

So kita boleh buat hipotesis bahawa orang yang benar2 layak menyambut Hari Raya hanyalah orang2 yang puasanya menjadikanya bertaqwa!!!Setuju x dengan statement itu??Mesti ramai x setuju kan...Biasalah,perkara yang benar pasti ditentangi ramai...Memang adat dalam perjuangan..

Kadang2 sedih jugak bila tengok gelagat masyarakat kita beraya...Macam2 gaya dan cara..Bagi mereka,Hari Raya ni hanya hari suka2 kosong...Hari untuk berhibur dengan pelbagai lagu2 raya,Filem hindustan,filem melayu yang ntah apa2 dan bermacam2 lagi.Kalo tengok TV time raya,memang hancur habis,ramai artis yang mendefinisikan hari raya dengan cara memakai baju yang x cukup kainnya...Aduhai masyarakat~Bilalah agaknya mentality kita semua akan berubah?Alangkah baiknya jika kita semua tahu akan hakikat sebenar tentang Hari Raya..Moga2 menjadi kenyataan..Amiin

Sunday, September 28, 2008

~Panorama Teratak Baruku~

Salam alaik~Kabare sume?Pada entry kali ni jom sama2 melawat Teratak Baruku ~Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan~...So apa lagi...JOM LAWAT!!! hehe


Pintu Masuk Utama



Pejabat Pengurusan


Pandangan Dari Atas


Dewan Kuliah

Blok Akademik





Tempat Lepakku~Surau As-Syafie~


Tangga ke Blok Akademik...Kat tepi tu ade air terjun..Cantik!!~Huhu~

Jambatan Gantung yang Unik

Pagi tu berkabus giler..terasa macam kat London je


Uihh..Gayatnya jambatan tu!!~hehe~

Wednesday, July 2, 2008

~Alhamdulillah...~


Salam alaik~...Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana dia sangat menyayangiku....Setelah 2 bulan kumenunggu satu penantian... akhirnya terjawab juga penantian itu...Alhamdulillah diriku bakal menjadi seorang cikgu..Huhu~...Bestnya!! Coz saya telah menerima Tawaran Untuk Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Perguruan Tengku Afzan,
Pahang.Alhamdulillah,syukur2....Dan course yang diberi ialah Pendidikan Islam dan Al-Quran..~Aduhai..Jadi Ustaz Lah ni..~Huhu~...



Kurasa diriku mempunyai perasaan yang sangat2 takut....Takut apabila merenungkan isi dan intipati sepotong ayat pada Surat Cintanya pada Surah Yunus ayat ke12 iaitu "Dan apabila manusia ditimpa bahaya,dia akan berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring,duduk dan berdiri,tetapi sesudah Kami hilangkan bahaya itu darinya,dia kembali sesat seolah2 dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya..."(10:12)....Uihh~Seram sejuk bila menyelami ayat itu dengan mendalam...Seolah2 ingin ditujukan tepat padaKu sorang....Moga2 ku Dijauhkan daripada tergolong dalam golongan yang celaka itu yang mana ketika susah,Dia berdoa bagai nak rak...gayanya seperti seorang pengemis yg X makan 10 hari mengemis di jalanan...Tetapi apabila sudah mendapat nikmat,Dia berlagak seolah2 X pernah berdoa kepada Allah...Ya Allah,
JauhkanlahKu dari golongan ini...Moga2 Kumenjadi hambaMU yang tahu erti bersyukur...


Selain itu,Sebenarnya nikmat yang kuperoleh ni membuatkanKu berfikir panjang...Bukanku X bersyukur dengan nikmat yang diberi tetapi terkadang ia tertanya2 dalam diriku...adakah diri ini layak memikul amanah sebagai "ikon agama" ??Sudah bersediakah diri ini untuk menggalas tanggungjawab dan bebanan gerak kerja dakwah "golongan agama"???Adakah tindakan mengambil course agama ini benar2 keranaNya atau sekadar backup dikala tidak berjaya???Sudah bersediakah menerima segala respon dari segenap masyarakat??Semua persoalan itu bermain2 difikiranku...Sehingga kadang diriku bingung memikirkan sume persoalan itu....


Apepun,Kurasa ada baiknya,Ku berserah kepadanya...Coz dia yang merancang segalanya2kan...Kuharap agar diriku Kuat untuk menerima dan menghadapi Segala perancanganNya agar Ku terpilih menjadi hambanya yang lulus dalam Segala ujian di Dunia untuk mendapatkan Syurga di Akhirat sana...Aminn

Thursday, June 26, 2008

~Epilog Seorang Aku~


Salam alaik~...Alhamdulillah kuUcapkan kerana Allah masih sangat2 sayangkan diriku ini...Masih banyak lagi nikmat diberikan kepadaKu walaupun ada sedikit yang X kukecapi...Tapi terkadang hati ni sentiasa memberontak...Pelbagai soalan berlegar di fikiranku...Tapi alhamdulillah apabila Kudengar satu lirik lagu ni...Seolah2 menjawab segala persoalan yang bermain2 difikiranku...Cuba teka lagu ape???Mesti sume X tau kan???~Huhu~...Jawapannya ialah Lagu nyayian Mestica yg bertajuk Rahmat Ujian....Nampak je rentak macam pop rock...Tapi liriknya memang sentimental habis...Kadang2 membuatkan mataku berkaca(Malunya)~Huhu~Jom same hayati liriknya....

Rahmat Ujian



Dalam derita ada bahagia ...
Dalam gembira mungkin terselit duka ...
Tak siapa tahu ...
Tak siapa pinta ujian bertamu ...
Bibir mudah mengucap sabar ...
Tapi hatilah yang remuk menderita ...
Insan memandang mempunyai berbagai taksiran ...
Segala takdir terimalah dengan hati terbuka ...
Walau terseksa ada hikmahnya ...
Harus ada rasa bersyukur ...
Di setiap kali ujian menjelma ...
Itu jelasnya membuktikan ...
Allah mengasihimu setiap masa ...
Diuji tahap keimanan ...
sedangkan ramai terbiar dilalaikan ...
hanya yang terpilih sahaja ...
antara berjuta mendapat rahmatNya ...
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan ...
Bersyukur dan tabahlah menghadapi ...
Segala ujian diberi ...
maka bersyukurlah selalu ...

Lirik lagu diatas seolah2 memahami keadaan diriku sekarang...Memang kadang2 kita senang mengatakan dimulut...declare diri bahawa kita tengah bersabar...Tapi sebenarnya...Hati kita still remuk menderita...Yelah, mana x deritanya kalo tengok kawan2 kita yang sama2 makan,tido,belajar dengan kita berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,sedangkan kita X..~Huhu~


Apepun,tabahkan dirimu wahai Aku ,InsyaAllah dalam derita tu terkandung banyak rahmat dan hikmah yang kau x terlihat...Dalam banyak2 manusia lain,Kau manusia bertuah wahai Aku,Allah telah memilihmu untuk terima Rahmat Ujian ni...Mgkn Dia nak Kau lebih dekat dengannya...Mungkin Dia nak Kau bersyukur dengan nikmat yang Kau X syukuri sebelum ini....Ataupun mungkin Dia mahu menghadiahkan Hadiah yang lebih besar pada masa akan datang??Sape tau kan??~So sentiasalah bersangka baik kpdNya....Coz Dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk hamba2nya...

Ketahuilah wahai Aku...Sesungguhnya Dia amat2 merinduimu...Merindui untuk mendengar rintahan dan luahan hati hamba2nya...Merindui untuk mendengar segala keluhan hamba2nya...Merindui akan kesetiaanmu kpdNya....Maka pergunakanlah masa keemasan ini untuk mendekatkan diri kepadanya...Gunakanlah peluang ini untuk memohon keampunan kepadanya....Gunakanlah peluang ini untuk sentiasa mengingatinya...Kerana peluang yang Dia beri hanya sekali...X ramai yang dapat Peluang2 keemasan sepertimana yang Kau perolehi...Maka wahai Aku,bersyukurlah dengan Rahmat Ujian yang diberi....Supaya Kau bisa bertemu denganNya di Syurga Firdausi pada satu hari nanti....

Begitulah Epilog Seorang Aku...Epilog Cinta Seorang Hamba kepada Tuhannya...Epilog Rintihan hati Seorang Hamba yang diuji...dengan berbagai2 Perhiasan duniawi...Moga2ku tergolong dalam golongan yang lulus dengan cemerlang dalam "Ujian"nya supayaku dapat menghidu harumnya bau Syurga Firdausi Mu....Aminn~

Tuesday, June 24, 2008

~Berjuanglah Wahai adik2Ku ~


~Salam alaik~...Pekabau semua??Skrg ni mmg tengah semangat giler nak update blog ni...Ntahlah.. X tau nape..Tapi mmg normallah semangat sentiasa pasang n surut...Sama jugak macam iman kita...Ada kalanya naik melambung mcm harga minyak dan ada kalanya turun mendadak macam hujan turun dari langit..Tapi apepun kita yang menentukan sama ada ia naik mahupun turun..Betul x??~Huhu~..Erm...Sebenarnya entry ni adalah sambungan bagi entry yang lepas yang bertajuk~Reunion Evo 0206~...Nape ye??Sebab lepas balik dari Reunion tu...Alhamdulillah,saya terus bergegas pergi ke satu program yang diadakan di Sebuah Masjid di Ampang....Uihh,Jauhnya!!!(Yeke...Kajang---> Ampang jauh???~Huhu~)

Mesti sume tertanya2 kan...Program ape tu??Program ~Jom Heboh~ ke??Program "Jom Ke Konsert Ella dan Mas Idayu" ke???~Aduhai~..Mestilah bukan...X kan program2 maksiat tu wat kat Masjid kan...Huhu~...Erm,Sebenarnya saya mengikuti Program Pengisian Remaja yang disupport oleh Masjid itu...~Huhu~...Alhamdulillah ramai jugak ikhwah yg datang...Memang seronok bila mana kita bertemu seseorang atas dasar iman...Terasa plak Iman kita yang selalu Low ni dicharge secara automatik~Huhu~

Program selama 3 hari 2 malam itu memang sangat2 memberi kesan dan input yang banyak pada diriku...Ada 2 pengisian yang diadakan sepanjang program itu yang mana diisi oleh Ikhwah2 senior...Alhamdulillah ade 2 bahan yang diberi semasa pengisian yang membuatkanku lebih jelas dan faham tentang islam iaitu Konsep Syahadatain dan Peranan Syabab@ Pemuda dalam membawa Risalah Islam...Best tau tajuk ni!!!Rugi sape x dengar~Huhu~....



Ape yang membutkan saya kagum ialah dari segi Pengorbanan yang dibuat oleh Ikhwah senior itu...Cukup2 Hebat...Cuba bayangkan dia sanggup datang dari Perak ke KL semata2 untuk mengisi pengisian yang X sampai 3 jam pun...Then bila mana kami beri sedikit imbuhan kpdnya untuk dia menanggung tambang bas dan sebagainya...Dia menolak kemudian dia berkata sambil tersenyum"X per..Ni untuk agama Allah jugak,Kalo x kita yang nak pikul tanggungjawab ni,Sape lagi yang sanggup nak pikul kan??"...Uihh...Terasa diri seolah2 terkena kejutan elektrik apabila mendengar kata2 itu...Seolah2 dia berpegang teguh dengan JanjiNya pada Surah At-Taubah ayat ke 20..."Orang2 yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan HARTA dan JIWA mereka adalah lebih tinggi darjatnya disisi Allah....."(9:20)..Respeklah Lu, Bro!!!!


Then,Apa yang specialnya program ini ialah Masjid dimana tempat program kami diadakan juga mempunyai Sebuah Sekolah Tahfiz...So dapatlah kami bertemu dengan "Para Pembawa Quran Cilik" yang average umurnya darjah 5 ke form 2...Bestnya!!!~Huhu~...Terasa kerdil dan insaf akan diri ini bilamana berdepan dengan mereka..Yelah depa sume dah hafal satu Quran...Saya hafal Yasin pun masih terangkak2...Sedey je!!!Tapi apepun memang tabik springlah kat adik2 yang comel ni...Coz apa yang saya dapat tahu,Mereka sume ni mmg Rela Hati untuk datang belajar kat Sekolah Tahfiz ni...Mean,bukan paksaan atau tekanan dari keluargalah...Pengorbanan yang perlu disanjungi...coz bila mana masuk je kat Sekolah Tahfiz ni,mmg totally sepanjang hari akan menghafal Quran...So terpaksalah X mengikuti pengajian akademik seperti pelajar2 lain...Syabas adik2Ku!!!



Dalam kesempatan yang berharga ini,dapatlah sedikit sebanyakku menyelami kehidupan diorang...Kulihat Mmg tiap2 detik kehidupan mereka disitu,pasti bersama dengan Quran..Ish3x..Hebat2...Alhamdulilah di kesempatan itu dapat jugakku berborak dengan salah seorang daripada mereka...Tp malangnya X ingat name adik tu..tp Just panggil 'Adik' Sudae...~Huhu~...

Saya: Assalamualaikum,adik,busy x skrg?

Adik : Waalaikumussalam...bang,X delah...ni tengah waktu rehat...X de wat apepun..

Saya :Eh,dik Meh duduk sebelah abg sini...boleh borak2...Abg pun tgh boring ni...

Adik :Ok2...nak borak pasal ape??

Saya :Erm...dah lama ke belajar kat sini??

Adik :X delah lame sangat baru setahun je kat sini...

Saya :Lame jgklah tu...Mesti dah hafal banyak kan??

Adik : X delah banyak sangat...Baru 10 Juzuk je...

Saya :Banyaklah tu...Abg hafal surah Yasin pun masih sangkut2 lagi(Malunya)...Erm,ni sape yang suruh jadi hafiz ni?

Adik :Erm...ibubapa saya x paksa pun..Saya yg nak belaja sendiri....


Saya :Uihh..mantop2...Bole abang tau x,Nape ye nak jadi hafiz??

Adik :Erm...Saya dengar satu hadis yang mengatakan seorang Hafiz ini akan menarik 7 keturunannya untuk masuk ke Syurga...So saya nak sume keluarga saya masuk syurga

Saya:Bagus2...Teruskan niat murnimu itu Dik...Erm..Adik,bila adik masuk kat sekolah tahfiz ni kan...adik x leh masuk sekolah harian kan...mcm kawan2 yang lain...Adik x rasa tekanan ke???

Adik :Erm...mmg kadang2 tertekan jugak,yelah terkadang hati ni sentiasa mempersoalkan nape aku yg dipilih dok kat sini??Tengok kawan2 lain,best je dapat pi sekolah...tapi aku terpaksa hafal Quran fulltime kat sini...Hurm...Tapi tu biasalah, bisikan syaitan...Lame2 bila pkirkan matlamat asal...Alhamdulillah,dapat tenangkan diri balik....

Saya :Tabahkan diri ya Dik...Biasalah, kerja yang baik ni banyak onak durinya...Tapi ingatlah Janji Allah pada Surah Muhammad ayat ke 7..."Wahai orang2 yang beriman...Jika kamu menolong Agama Allah maka Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu(47:7)...So Teruskan perjuanganmu ya...InsyaAllah nanti abang nak tengok Adik jadi seorang Hafiz....InsyaAllah


Begitulah sikit sebanyak tentang pengalaman 2 in 1 yang kualami...Apepun marilah kita bersama2 merebut gelaran "Generasi Quran"...atau name yang lagi Best "Quranic Generation"(Mcm name Blog je??~Huhu~)...Dimana satu generasi yang menjadikan turasan Quran sebagai panduan seluruh kehidupannya....Teringat pulak satu kata2 best yg menggambarkan hebatnya Quran ni iaitu..."All solution for All problem in the World is Back To The Quran"...~The End~

Monday, June 23, 2008

~Reunion Evo 0206~


~Salam alaik~...alhamdulillah,13 Jun yang lepas dapat jugak ber'Reunion' dengan kawan2 Smap Kajang ~Evo 0206~...Memang seronoklah kan dapat jumpa kawan2 lame...Time nilah masenya masing2 melepaskan rindu setelah berpisah selama setaun setengah~Yahoo!!~....


Orang pertama yang saya jumpa...X lain X bukan,my bestfriend,Safwan...Tengok kepada penampilan dia ,banyak perubahan berlaku pada dirinya...~Badannya bertambah Gemok,Perut bertambah buncit,Jerawat dia makin banyak~Haha...Gurau jelah~...Sorilah Safwe,terkutuk mu plak,Haha...Tapi alhamdulillah,dia bertambah sihat berbanding dulu...Percakapannya dah bertambah lancar,Pergerakannya pun dah bertambah cepat...Berbanding dulu,Kalo nak bercakap...mmg tergagap gila...Nak amik sesuatu benda,tangan dia mesti terketar2...Sumenya Gara2 dia menghidap satu penyakit misteri yang doktor pun x dapat nak kesan apa penyakitnya...~Sian dia~...Banyak2 bersabarlah ye Safwe,mungkin Allah nak beri Rahmat Ujian kepada Mu....


Then setelah sampai SMAPK,barulah dapat jumpa kawan2 yang lain...Wazir,Rasydan,Pah Bedah,Jefri,Pidin,Fikri,Iki,Bong dan byk lagi....Bila lama x berjumpa,terasa pulak depa sume dah bertambah matang n hensem..huhu...Masing2 dah berlagak tayang kereta n motor...Tapi x taulah diorang punya atau makbapak depa punya...Yg penting kena Tayang ...Untuk apa lagi!!!Untuk berlagak masing2 dah ade kereta n motorlah..Haha...


Then setelah sume decide,kitorang pun rancang nak makan kat Restoran mamak kat dalam bangunan Metro...X ingatlah pulak apa name kedai mamak tu...Restoran Maulana kot~huhu....Kat restoran tu,mmg kecoh giler budak smapk...Yelah hampir separuh kedai tu kitorang berkumpul...Mana x kecohnya~huhu~...Masing2 bertanya khabar & tanya tengah belajar kat mana sekarang...Kitorang berkumpul kat restoran mamak tu sampailah pukul 3...Kemudian kitorang terus pergi balik ke sekolah untuk amik Sijil SPM...Then lepas tu,diorang rancang nak main Futsal kat Shah Alam...Tapi malangnya disebabkan saya ada program yang start pada malam itu...So terpaksalah balik awal meninggalkan sahabat2 yang kurindui....~Sedeynya~


Bagi saya,Reunion ini mmg sesuatu yang amat2 menyeronokkan..Yelah dapat jumpa balik kawan yang kita makan,tido,belajar,main,turun surau bersama selama 2 taun(2taun je..coz saya masuk smapk time form 4~huhu~)...Sikit sebanyak dapatlah lepaskan rindu yang tersemat di jiwa~Huhu~.... Tapi dalam seronok2 pun,terkadang hati ini terasa sedih jugak...Kerana melihat ada segelintir sahabat2 ni belum tersentuh dengan erti tarbiyah...Perilakunya seolah2 menunjukkan misi penubuhan sekolah agama gagal untuk melahirkan produk yang mempunyai fikrah ttg islam...aduhai~...X taulah nak cakap camne...Tapi itulah realitinya...Saya kadang2 berasa gerun apabila sering terfikir..."Kalo beginilah kualiti bekas pelajar sekolah agama...Camner agaknya ye kualiti bekas pelajar sekolah harian biasa???"Apepun saya sering mendoakan agar moga2 mereka ini dapat menerima hidayah Allah dan tersentuh dengan kemanisan tarbiyah...Aminn

~Massege 'SaYa' kepada 'Awak'~


Pada saat itu,Jiwa saya bergelora,
Walaupun serba salah....
Tetapi saya tetap bertegas
untuk menghantar massege kepadanya....
Lalu button Telefon Sony Ericsson
Model Walkman W200i ditekan
------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum....

Buat Awak yang sentiasa dirahmati Allah...

Awak,bukan saya tidak mahu memandang wajah awak...
tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak ...
tp saya selalu tersenyum didalam hati ...
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari ...

Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak ...
tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti ...
saya tak perlu bertanyakanya ...
dan saya sentiasa merasainya..di hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak ...
tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya ...
tika mana saya dan awak 'bukan' lg 'Saya’ dan 'Awak'..
di hari2 yg pasti...



Bukan saya tidak mahu chatting dgn awak ...
tapi saya takut jari2 ini tidak diizinkan lagi ...
untuk membelai rambut awak,dihari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu mesej dgn awak ...
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti ...
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi ...
yg diidam2kan oleh semua insani...

Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak ...
tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lagi ...
memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak ...
Tapi saya bimbang senyuman ini pudar dan layu ...
Di hari2 yang pasti ...

Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah ...
Untuk hari jadi awak ...
Tp saya bimbang hadiah itu adalah terakhir ...
Dari saya untuk awak..tidak lagi
Dihari2 yang pasti...


Awak yakinlah,percayalah...
Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak,
Tetapi rindu tika ini tidak akan
Membawa kepada rindu saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai Awak ...
Tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga
Membawa kepada cinta saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...
Saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati ...
Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI..

Awak,Tunggulah sebentar hari2 yang pasti ...
Tika itu,andai saya jatuh,awak menghulurkan tangan
Untuk memberi saya harapan ....
Tika saya kesedihan awak bersedia ...
Untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,

Tika saya berseorangan awaklah teman ...
Tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan ...
Tika itu,saya dan awak..bukan lah 'saya’ dan ‘awak'lagi...
Kerana..ia adalah hari2 yang pasti ...

Berdoalah untuk hari2 yang pasti ...
Hari2 yang pasti bagi mereka yang ...
Menyandarkan harapan pada jalan kebenaran ...
Dan itulah jalan yang telah islam berikan ...

-Selamat Malam Awak-

Moga kita dipertemukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti...

http://dakwahislamiah.blogspot.com/search?updated-max=2008-01-31T22%3A06%3A00-08%3A00&max-results=7
------------------------------------------------------------------------------
Handset ditutup.....
Alhamdulillah,dapat jugak ku meluahkan
segala perasaanku melalui massege tadi,
Dengan pengorbanan yang kubuat,
Kuharap Allah akan menghadiahkanku,
Bidadari di dunia dan diakhirat,
Yang kenikmatannya lebih kekal abadi.....
Amiinn...

Saturday, June 21, 2008

~Moga2 Ku Menjadi SeperTi ''DIA''~


Biarlah dia seorang yang Buta ...
Kerana matanya sunyi dari ...
melihat perkara-perkara maksiat dan laghah ...
Kerana kedua matanya terpelihara dari ...
memandang aurat wanita ajnabi ...
Asalkan kedua matanya terang dalam ...
memerhati keagungan ciptaan Allah ...
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin,Bosnia, Ambon dan seumpamanya ...

Biarlah dia seorang yang Bisu ...
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan ...
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yangbisa meracun fikiran ...
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran ...
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan ...
Asalkan lidahnya tidakpernah lekang dari membaca Al-Quran ...
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran ...
dan dia lantang menyuarakan kebenaran ..Biarlah dia seorang yang Bakhil ...
Bakhil dalam memberi senyuman ...
pada wanita yang bukan mahramnya ...
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji ...
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya ...
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya ...
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya ...
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya ...
untuk beribadah dengan Khaliqnya ...
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya ...
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran ...
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya ...
demi melihat kalimah syahadah Kembali megah di muka dunia ...

Biarlah dia seorang yang Papa ...
Papa dalam melakukan perkara maksiat ...
Papa dalam ilmu-ilmu
yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat ...
Papa memiliki akhlaq mazmumah ...
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan ...
Dia begitu kaya memiliki ketinggian ...
akhlaq dan budipekerti yang mulia ...
Dia begitu kaya dengan sifat sabar ...
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya ...
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian ...
untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah ...

~Kurasa terlalu banyak ciri2 pada diriku yang kurang berbanding "si DIA".... "Dia" seolah2 seperti sebuah berlian yang amat2 sukar ditemui di zaman serba moden ini...Berbanding dengan diriku....~Aduhai~...Seolah2 langit dan bumi perbezaannya...

Apepun akan Kutekad untuk menjadi seperti " Dia"...Kerana "Dia"lah model untukku menjadi Seorang Lelaki Acuan Al-Quran...Aminn

Wednesday, June 11, 2008

~Betapa Bernilainya 0.03 saat!!!!~


Salam alaik...Kaifa Halukum sume??Antum bikhoir??Moga2 sentiasa sihat...lebih2 lagi dari segi iman...coz iman kitakan yazid wa yangkus...iaitu sentiasa menaik dan menurun...so kenalah sentiasa maintain menaikannya...bukan cari nahas menurunkannya!!!~Huhu~.Setelah lama memendam rasa mengidamkan "Ijazah Lesen P"...alhamdulillah,baru2 ni dapat jugak melunaskan hajat untuk mnduduki Final Test of JPJ~Huhu~...Rasenya dah setahun "Lesen L"ku terbengalai...Sumenya Gara2 "sifat terpuji" yang sering ku amalkan selepas SPM...iaitu "Sifat Bertangguh"(Jgn tiru mcm saya tau!!)...Skrg diriku seakan menyesal kerana memanjakan diri dengan "sifat terpuji" itu...Kerana banyak duit yang terbang dari poketku dan poket ayahku gara2 "sifat terpuji" itu....aduhai~



Bagi test kereta,alhamdulillah...Sumenya berjalan lancar..."Segulung Ijazah Lesen P" dpt ku genggam dek kerana Uncle Cheng ,uncle yang mengajarku bawak kereta tu mmg BEST giler!!!Dia seolah2 memahami psikologi pada diriku...Mean dia tau mase bila dia patot tegor @ sergah n mase bila dia x patut tegur @sergah ketikaku belajar memandu...Terkadang,apabila kita ditegur bukan tepat pada masanya...rasenya kita jadi lagi x tentu hala...Coz bertambah2 nervous jadinya~Huhu~

Then bagi test motor pulak...Erm,nampaknya TERKANDAS pulak...sedey & malunya!!!~Aduhai~...My sister mengejek "Apalah nak jadi dgn ko ni...orang lelaki pun boleh kantoi test motor...Malulah skit!!!"....My mom pulak menyindir"Hari2 bawak motor...X kan boleh fail kot???"Saya pulak x tau nak jawab apa...Just jawab"Ala...dah ditakdirkan untuk fail,nak buat camner??Redha jelah!!!"...Depa sume tros diam~Haha~...Nak tau x Camner boleh "TERKANDAS"???

Sumenya gara2 Tragedi semasa di Titian...Time naik kat titian tu,saya rase motor saya hampir jatuh dari titian...So apalagi...terpaksalah lajukan sikit kelajuan motor kat titian...Lebih laju sikit berbanding latihan2 biasa sebelum ini...Coz kalo motor jatuh dari titian,confirm gagal satu bahagian test itu....Dlm hati berkata"Ala..x per,laju sikit je..asalkan x jatuh sudae"...So dengan confidentnya merasakan akan lulus dengan cemerlang dalam Test tu..n dah berangan2 nak bawak motor dengan lesen yg halal...coz sebelum ni asyik guna lesen halam je~huhu~

So masa yang ditunggu2 sudah tiba...iaitu nak amik Result Test Motor dari pegawai JPJ...Apabila kertas Result Test Motor dihulurkan kpdku...Diriku dilanda perasaan kecewa yang amat...Coz tercatit ayat "Tahniah,Anda KANDAS dalam ujian JPJ"dalam kertas itu...Then diriku x puas hati...Ku mencari bahagian mana yang slek....Lorr...Rupanya SLEK kat bahagian Titian...Masa bg motorku berada dititian x cukup berbanding masa yang ditetapkan.Masa SKEMA di titian=7.00 saat...Masa motorku di titian=6.97 saat....7.00 saat - 6.97 saat=0.03 saat!!!Cuba bayangkan saya hanya kurang 0.03 saat utk lulus Ujian JPJ tu!!!~Aduhai~Mmg terasa sangat diri diuji kerana gagal semata2 kerana 0.03 saat..Tp saya kuatkan diri dengan berpegang kpd kata2 saya kat My Mom &Sister"Ala,dah ditakdirkan untuk fail,nak wat camner???Redha jelah!!!"


Erm...Walaupun dilanda seribu satu kekecewaan...Tp saya merasakan ada hikmah atau mesej yg tersembunyi disebalik musibah itu.DIA seolah2 ingin saya untuk bermuhasabah diri ttg 'Betapa beharganya nilai 0.03 saat" dengan Lembaran surat cintanya pada surah Al-Asr ayat 1-3:

"Demi masa!!Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian...kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran(103:1-3)


Saya juga teringat satu peringatan yang menggerunkan buat kita sume supaya sentiasa "menghargai nilai 0.03 saat" semasa hidup didunia yang mana dinyatakan dalam Lembaran Surat Cintanya pada Surah As-Sajdah ayat ke-12:

"Dan(Alangkah ngerinya)jika sekiranya kamu melihat orang2 yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya,sambil berkata"Ya Tuhan kami,kami telah melihat dan mendengar,maka kembalikanlah kami ke dunia nescaya kami akan mengerjakan kebajikan..Sungguh kami adalah orang2 yang yakin"(32:12)

Cukup menggerunkan bukan ayat ini....Seolah2 digambarkan bagaimana seksanya keadaan orang2 yang berdosa diakhirat kelak...dimana dia merayu kepada Allah dalam keadaan yang sangat menghinakan iaitu menundukkan kepalanya sambil merayu kepada Allah"Ya Allah,ampunkanlah dosa2ku...Aku kesal apa yang telah aku lakukan didunia dulu....Aku seolah2 melupakan kewujudanMu Ya Allah...Aku x menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang hamba abdi terhadapmu...Aku leka dengan keindahan dunia yang kau hamparkan kepadaku...Aku lebih rela meluangkan banyak masaku dgn "Perempuan yang cantik,rumah dan kereta yang mewah,jawatan yang tinggi,anak pinak yang berjaya,harta yang melimpah ruah,pengaruh yang besar,result peperiksaan yang cemerlang"tanpa sedikit pun terdetik dihatiku untuk mengingatimu....Kini Ya Allah...Aku telah melihat betapa dasyatnya azabmu yang pedih dihadapanku...Kini,Ya Allah..Aku telah mendengar pekikan dan lolonganku semasa diazab oleh api nerakamu...Maka Ya Allah...Tolonglah kembalikan Aku ke dunia balik!!!!walaupun hanya 0.03saat !!!!untuk aku menebus kesalahanku....Untuk aku beribadat balik kepadamu...Untuk memanfaat setiap detikku untuk mengingatimu...Kerana Aku telah benar2 yakin dengan janjimu!!!!Maka tolonglah Ya Allah!!!!Tolonglah Ya Allah!!!


Begitulah teriakan dan jeritan orang2 yang berdosa ketika mana dia merayu kepada Allah untuk kembali ke dunia...semata2 untuk menyesali perbuatan lampau mereka didunia dengan berjanji akan mempergunakan semaksimum masa hidup mereka untuk beribadat walaupun diberi hanya 0.03 saat!!!So marilah kita sama2 renungkan bagaimana kita menggunakan masa bg zaman hidup kita sebagai seorang hamba bagi tuhan yang Esa...Ingatlah bahawa Dunia ini adalah penjara bagi orang2 beriman dan syurga bagi orang2 kufur....Manakala akhirat pula adalah syurga bagi orang2 yang Beriman serta Penjara bagi orang yang Kufur!!!! Moga2 kita tergolong dalam golongan orang yang beriman..Amiin~

~Kisah Hasan yang Mati tetapi Diberi Peluang Hidup Semula~

Saturday, June 7, 2008

Saturday, May 31, 2008

Umar Abdul Aziz & Lim Guan En ????


Salam alaik~...Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz.

Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong,dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."

Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi.

Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."

Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri....

Balik semula kpd kisah tadi... Dalam sesi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islam pun ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.....

Bagaimana kita orang Islam?....

Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."

Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."

Harap-harap apa yang diperkatakan dapat menjadi kenyataan...Tp apepun,saya memang tabik spring kepada pemimpin Cina ini kerana sanggup berusaha mengkaji pemimpin islam terunggul pada masa dahulu...Budaya mengkaji yang wajar dicontohi...So macam mana pulak dengan orang Melayu yang beragama ISLAM???Kalo anda x kenal siapa Khalifah Umar Abdul Aziz...anda patut malu kepada pemimpin Cina itu kerana beliau bukan orang yg beragama Islam tetapi beliau tahu detail tentang selok belok kehidupan Khalifah Umar Abdul Aziz...So same2 kita muhasabah diri,dimanakah level kita dalam memupuk sifat MENGKAJI???Akhir Kalam...Wassalam

Friday, May 30, 2008

100 MaNuSiA PaLiNg TeRpEnGaRuH???


~Assalamualaikum~....
The Times, sebuah majalah terkemuka dunia telah menyenaraikan 100 orang paling berpengaruh di dunia. Pemilihan ini dijalankan secara undian di laman web rasmi majalah berkenaan. Apa yang membanggakan ialah kejayaan tokoh reformis Malaysia yang berada di kedudukan ke-9 dalam senarai pemimpin dunia paling berpengaruh.

Dunia Islam juga patut berbangga apabila beberapa pemimpin dan tokoh Islam turut berada di dalam senarai tersebut termasuklah Muqtada al-Sadr, Baitullah Mesud, Ashfaq Kayani, Sheikh Mohammed al-Maktoum, Madeeha Hasan Odhaib, Mehmet Oz, Khaled Hosseini, Ali al-Naimi, Prince al-Waleed bin Talal dan Mo Ibrahim.

Berikut merupakan senarai 100 manusia paling berpengaruh:
http://www.time.com/time/specials/2007/0,28757,1733748,00.html?iid=redirect-time100

PEMIMPIN & TOKOH REVOLUSI

Dalai Lama
Vladimir Putin
Barack Obama
Hillary Clinton
John McCain
Hu Jintao
George W. Bush
Jacob Zuma
Anwar Ibrahim
Kevin Rudd
Bartholomew I
Ben Bernanke
Muqtada al-Sadr
Robert Gates
Michelle Bachelet
Sonia Gandhi
Baitullah Mehsud
Evo Morales
Ma Ying-jeou
Ashfaq Kayani


WIRA DAN PERINTIS

Brad Pitt & Angelina Jolie
Oprah Winfrey
Oscar Pistorius
Mia Farrow
Andre Agassi
Lance Armstrong
Bob and Suzanne Wright
Peter Gabriel
Kaká
Sheik Mohammed al-Maktoum
Yoani Sánchez
Madeeha Hasan Odhaib
Randy Pausch
Lorena Ochoa
Tony Blair
Alexis Sinduhije
Aung San Suu Kyi
George Mitchell


PEMBINA & EMPAYAR

Indra Nooyi
Ali al-Naimi
Rupert Murdoch
Steve Jobs
Radiohead
John Chambers
Jeff Bezos
Jay Adelson
Steve Ballmer
Jamie Dimon
Prince Alwaleed bin Talal
Lou Jiwei
Neelie Kroes
Jeffrey Immelt
Karl Lagerfeld
Lloyd Blankfein
Carlos Slim
Mo Ibrahim
Ratan Tata
Cynthia Carroll
Carine Roitfeld
Michael Arrington

Tahniahlah kepada sesiapa yang namanya tersenarai dalam senarai ini~Huhu~...Apepun,Sehebat mana pun seseorang tu...Dia perlu ingat bahawa dia hanyalah seorang manusia...Yang sentiasa lemah dan X berdaya...Kerana Tuhanlah yang berkuasa menentukan segala-galanya!!!!Wassalam~

Thursday, May 29, 2008

~ AlaHai ToK iMaM ~


Salam alaik~...Beberapa minggu lepas kita sume dikejutkan dengan satu berita tergempar iaitu...Imam Masjid Negeri Arau,Muridi Mohammad diperdaya Sindiket SMS AF6...Beliau telah kerugian sebanyak RM 240 daripada akaun simpanannya setelah dengan begitu baik hatinya memberikan nombor akaun miliknya kepada sindiket yang menyamar sebagai wakil Astro...

Setelah sedar dirinya ditipu n tertipu...maka dia segera membuat laporan di Balai Polis Arau...Menurut Polis itu,sepanjang tempoh 4 bulan ini...pihaknya sudah menerima 12 kes yang hampir sama dengan apa yang menimpa tok imam ni....dan polis menyatakan bahawa penipuan SMS AF ni bukan perkara baru berlaku dan sudah lama berlaku...Apepun,ucapan takziah diucapkan kepada tok imam ini kerana berjaya tertipu dengan tipuan yang melibatkan program maksiat itu...X sangka pulak ye, tok imam pun boleh minat AF 6 ..Huhu~

Anda sume dapat rasakan x apa yang saya Rasakan???Anda sume x terasa pelik ke???Dalam banyak2 12 kes yang sama berlaku,napa ye tetiba hanya kes Tok imam ni je yang kuar paper...Dah tu duit yang dia hilang pun bukannya banyak sangat pun sampai ribuan atau puluh ribuan pun...tetapi hanya RM 240!!!~Huhu~...Tapi senang2 je kuar paper !!!Anda rasa kenapa???

Bagi saya,fenomena pelik ni berlaku kerana seorang Tok Imam ialah Tok Imam!!!Dan Tok Imam adalah termasuk dalam Golongan Agama!!!Pasal tu lerr senang masuk paper...Huhu~Kerana apa???Kerana Golongan Agama memang sentiasa dihighlightkan dalam masyarakat kita...Cuba anda sume fikirkan...Dalam satu sekolah,ada 2 kes curi...Kes Curi 1 melibatkan seorang yang mmg kaki pukul,selalu ponteng dan selalu merokok di kawasan sekolah...Dan Kes Curi 2 pula melibatkan seorang yang mmg selalu pergi Surau,selalu bagi tazkirah dan selalu membaca Al-Quran dimana sahaja....So anda rasa Kes mana yang menjadi isu paling sensasi kat sekolah itu??Adakah kes curi 1 atau kes curi ke-2???Pastinya kes ke2 kan!!!Kerana orang yang mencuri tu mempunyai background agama...Maka masyarakat seakan x percaya orang yang mempunyai background agama boleh membuat jenayah sedemikian rupa kerana mereka yakin bahawa agama dapat menjaga seseorang dari melakukan kesalahan jenayah!!!Tetapi perkara yang sebaliknya pula berlaku...Maka timbullah rasa kekeliruan mereka terhadap agama Islam hanya kerana kesalahan yang dilakukan oleh "Ikon2 Islam" ini.....

Begitulah kuatnya pengaruh dan beratnya amanah orang yang memikul 'Ikon Islam'...Kerana dimana2 sahaja pasti menjadi tumpuan lebih2 dalam melakukan kesalahan walaupun kesalahan yang dilakukan x delah sebesar mana..tetapi hebohnya boleh sampai ke hujung dunia...Jadi nasihat saya supaya sume 'Ikon Islam' perlu menjaga setiap gerak-geri kita....kerana masyarakat menilai Islam berdasarkan gerak-geri kita...So elakkan diri kita daripada menjadi fitnah buruk terhadap nama Islam...Akhir kalam,wassalam.


"Islam itu datang dalam keadaan PELIK dan akan kembali dalam keadaan yang PELIK...Maka beruntunglah orang2 yang PELIK itu "(Hadis)




Tuesday, May 27, 2008

DewaN RakyaT ??? Pulau Batu Putih ??? Malaysia Menangis???


Salam alaik~...Apa Khabar sume??Harap2 sume sihat2 belaka ye...lebih2 lagi sihat dari segi imannya...Tajuk entry kali ni macam pelik kan???~Huhu~...Kalo kita selak balik berita beberapa minggu lepas...Antara berita yang panas,x lain x bukan ialah tentang isu Pulau Batu Putih...Walaupun besarnya hanya sebesar setengah padang bola sepak...tetapi ia telah menjadi pertikaian antara 2 negara iaitu Malaysia dan Singapura selama 28 tahun...uihh..lame tu!!!

Then,setelah kes ini dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa...Akhirnya,Keputusan kemenangan atas Pulau Batu Putih itu berpihak kepada Singapura..Sedihnya =( ... Hujah Mahkamah atas kemenangan Singapura ialah kerana Singapura telah mengambil inisetif untuk membina Rumah Api di Pulau Batu Putih itu...Sedangkan Malaysia tidak berbuat apa2 atau dgn kata lain...Wat derkkk je terhadap pulau itu...seolah2 tidak berminat untuk membangunkan Pulau Batu Putih itu...

Malaysia pasti amat sedih dengan kekalahan ini...lebih2 lagi golongan nelayan yang tidak boleh lagi untuk mencari rezeki di kawasan itu...Then,mana2 kapal malaysia yang melalui kawasan itu perlu membayar cukai,kerana Menara Api yang dibina di pulau itu menerangi kawasan lautan di persekitaran lautan sekaligus memberi panduan kepada kapal2 yang belayar...Selain itu,pulau yang sekecil itu itu pasti menjadi markas latihan bagi tentera2 Singapura.Apepun Malaysia perlu mengambil iktibar atas kekalahan yang berlaku.

Tetapi persoalannya...Mengapa agaknya ye Malaysia boleh terlepas pandang terhadap isu Pulau Batu Putih ini...Selama 60 tahun,tiada inisetif langsung untuk memajukan Pulau Batu Putih ini???Adakah pemimpin kita hanya sengaja menyibukkan diri dengan perkara2 remeh?Saya x nak ulas lebih panjang...Tapi anda sume tengoklah realiti yang dibincangkan oleh pemimpin kita dalam Parlimen...Cukup2 menyedihkan!!!Anda lihat..Anda fikir...Saya x nak ulas panjang2...kang takut tetiba kena masuk Jail...Huhu~


ISU "SIAPA BABI NEGARA"




ISU "BIGFOOT" & "BIG MONKEY"