Saturday, May 31, 2008

Umar Abdul Aziz & Lim Guan En ????


Salam alaik~...Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz.

Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong,dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."

Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi.

Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."

Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri....

Balik semula kpd kisah tadi... Dalam sesi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islam pun ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.....

Bagaimana kita orang Islam?....

Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."

Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."

Harap-harap apa yang diperkatakan dapat menjadi kenyataan...Tp apepun,saya memang tabik spring kepada pemimpin Cina ini kerana sanggup berusaha mengkaji pemimpin islam terunggul pada masa dahulu...Budaya mengkaji yang wajar dicontohi...So macam mana pulak dengan orang Melayu yang beragama ISLAM???Kalo anda x kenal siapa Khalifah Umar Abdul Aziz...anda patut malu kepada pemimpin Cina itu kerana beliau bukan orang yg beragama Islam tetapi beliau tahu detail tentang selok belok kehidupan Khalifah Umar Abdul Aziz...So same2 kita muhasabah diri,dimanakah level kita dalam memupuk sifat MENGKAJI???Akhir Kalam...Wassalam

Friday, May 30, 2008

100 MaNuSiA PaLiNg TeRpEnGaRuH???


~Assalamualaikum~....
The Times, sebuah majalah terkemuka dunia telah menyenaraikan 100 orang paling berpengaruh di dunia. Pemilihan ini dijalankan secara undian di laman web rasmi majalah berkenaan. Apa yang membanggakan ialah kejayaan tokoh reformis Malaysia yang berada di kedudukan ke-9 dalam senarai pemimpin dunia paling berpengaruh.

Dunia Islam juga patut berbangga apabila beberapa pemimpin dan tokoh Islam turut berada di dalam senarai tersebut termasuklah Muqtada al-Sadr, Baitullah Mesud, Ashfaq Kayani, Sheikh Mohammed al-Maktoum, Madeeha Hasan Odhaib, Mehmet Oz, Khaled Hosseini, Ali al-Naimi, Prince al-Waleed bin Talal dan Mo Ibrahim.

Berikut merupakan senarai 100 manusia paling berpengaruh:
http://www.time.com/time/specials/2007/0,28757,1733748,00.html?iid=redirect-time100

PEMIMPIN & TOKOH REVOLUSI

Dalai Lama
Vladimir Putin
Barack Obama
Hillary Clinton
John McCain
Hu Jintao
George W. Bush
Jacob Zuma
Anwar Ibrahim
Kevin Rudd
Bartholomew I
Ben Bernanke
Muqtada al-Sadr
Robert Gates
Michelle Bachelet
Sonia Gandhi
Baitullah Mehsud
Evo Morales
Ma Ying-jeou
Ashfaq Kayani


WIRA DAN PERINTIS

Brad Pitt & Angelina Jolie
Oprah Winfrey
Oscar Pistorius
Mia Farrow
Andre Agassi
Lance Armstrong
Bob and Suzanne Wright
Peter Gabriel
Kaká
Sheik Mohammed al-Maktoum
Yoani Sánchez
Madeeha Hasan Odhaib
Randy Pausch
Lorena Ochoa
Tony Blair
Alexis Sinduhije
Aung San Suu Kyi
George Mitchell


PEMBINA & EMPAYAR

Indra Nooyi
Ali al-Naimi
Rupert Murdoch
Steve Jobs
Radiohead
John Chambers
Jeff Bezos
Jay Adelson
Steve Ballmer
Jamie Dimon
Prince Alwaleed bin Talal
Lou Jiwei
Neelie Kroes
Jeffrey Immelt
Karl Lagerfeld
Lloyd Blankfein
Carlos Slim
Mo Ibrahim
Ratan Tata
Cynthia Carroll
Carine Roitfeld
Michael Arrington

Tahniahlah kepada sesiapa yang namanya tersenarai dalam senarai ini~Huhu~...Apepun,Sehebat mana pun seseorang tu...Dia perlu ingat bahawa dia hanyalah seorang manusia...Yang sentiasa lemah dan X berdaya...Kerana Tuhanlah yang berkuasa menentukan segala-galanya!!!!Wassalam~

Thursday, May 29, 2008

~ AlaHai ToK iMaM ~


Salam alaik~...Beberapa minggu lepas kita sume dikejutkan dengan satu berita tergempar iaitu...Imam Masjid Negeri Arau,Muridi Mohammad diperdaya Sindiket SMS AF6...Beliau telah kerugian sebanyak RM 240 daripada akaun simpanannya setelah dengan begitu baik hatinya memberikan nombor akaun miliknya kepada sindiket yang menyamar sebagai wakil Astro...

Setelah sedar dirinya ditipu n tertipu...maka dia segera membuat laporan di Balai Polis Arau...Menurut Polis itu,sepanjang tempoh 4 bulan ini...pihaknya sudah menerima 12 kes yang hampir sama dengan apa yang menimpa tok imam ni....dan polis menyatakan bahawa penipuan SMS AF ni bukan perkara baru berlaku dan sudah lama berlaku...Apepun,ucapan takziah diucapkan kepada tok imam ini kerana berjaya tertipu dengan tipuan yang melibatkan program maksiat itu...X sangka pulak ye, tok imam pun boleh minat AF 6 ..Huhu~

Anda sume dapat rasakan x apa yang saya Rasakan???Anda sume x terasa pelik ke???Dalam banyak2 12 kes yang sama berlaku,napa ye tetiba hanya kes Tok imam ni je yang kuar paper...Dah tu duit yang dia hilang pun bukannya banyak sangat pun sampai ribuan atau puluh ribuan pun...tetapi hanya RM 240!!!~Huhu~...Tapi senang2 je kuar paper !!!Anda rasa kenapa???

Bagi saya,fenomena pelik ni berlaku kerana seorang Tok Imam ialah Tok Imam!!!Dan Tok Imam adalah termasuk dalam Golongan Agama!!!Pasal tu lerr senang masuk paper...Huhu~Kerana apa???Kerana Golongan Agama memang sentiasa dihighlightkan dalam masyarakat kita...Cuba anda sume fikirkan...Dalam satu sekolah,ada 2 kes curi...Kes Curi 1 melibatkan seorang yang mmg kaki pukul,selalu ponteng dan selalu merokok di kawasan sekolah...Dan Kes Curi 2 pula melibatkan seorang yang mmg selalu pergi Surau,selalu bagi tazkirah dan selalu membaca Al-Quran dimana sahaja....So anda rasa Kes mana yang menjadi isu paling sensasi kat sekolah itu??Adakah kes curi 1 atau kes curi ke-2???Pastinya kes ke2 kan!!!Kerana orang yang mencuri tu mempunyai background agama...Maka masyarakat seakan x percaya orang yang mempunyai background agama boleh membuat jenayah sedemikian rupa kerana mereka yakin bahawa agama dapat menjaga seseorang dari melakukan kesalahan jenayah!!!Tetapi perkara yang sebaliknya pula berlaku...Maka timbullah rasa kekeliruan mereka terhadap agama Islam hanya kerana kesalahan yang dilakukan oleh "Ikon2 Islam" ini.....

Begitulah kuatnya pengaruh dan beratnya amanah orang yang memikul 'Ikon Islam'...Kerana dimana2 sahaja pasti menjadi tumpuan lebih2 dalam melakukan kesalahan walaupun kesalahan yang dilakukan x delah sebesar mana..tetapi hebohnya boleh sampai ke hujung dunia...Jadi nasihat saya supaya sume 'Ikon Islam' perlu menjaga setiap gerak-geri kita....kerana masyarakat menilai Islam berdasarkan gerak-geri kita...So elakkan diri kita daripada menjadi fitnah buruk terhadap nama Islam...Akhir kalam,wassalam.


"Islam itu datang dalam keadaan PELIK dan akan kembali dalam keadaan yang PELIK...Maka beruntunglah orang2 yang PELIK itu "(Hadis)




Tuesday, May 27, 2008

DewaN RakyaT ??? Pulau Batu Putih ??? Malaysia Menangis???


Salam alaik~...Apa Khabar sume??Harap2 sume sihat2 belaka ye...lebih2 lagi sihat dari segi imannya...Tajuk entry kali ni macam pelik kan???~Huhu~...Kalo kita selak balik berita beberapa minggu lepas...Antara berita yang panas,x lain x bukan ialah tentang isu Pulau Batu Putih...Walaupun besarnya hanya sebesar setengah padang bola sepak...tetapi ia telah menjadi pertikaian antara 2 negara iaitu Malaysia dan Singapura selama 28 tahun...uihh..lame tu!!!

Then,setelah kes ini dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa...Akhirnya,Keputusan kemenangan atas Pulau Batu Putih itu berpihak kepada Singapura..Sedihnya =( ... Hujah Mahkamah atas kemenangan Singapura ialah kerana Singapura telah mengambil inisetif untuk membina Rumah Api di Pulau Batu Putih itu...Sedangkan Malaysia tidak berbuat apa2 atau dgn kata lain...Wat derkkk je terhadap pulau itu...seolah2 tidak berminat untuk membangunkan Pulau Batu Putih itu...

Malaysia pasti amat sedih dengan kekalahan ini...lebih2 lagi golongan nelayan yang tidak boleh lagi untuk mencari rezeki di kawasan itu...Then,mana2 kapal malaysia yang melalui kawasan itu perlu membayar cukai,kerana Menara Api yang dibina di pulau itu menerangi kawasan lautan di persekitaran lautan sekaligus memberi panduan kepada kapal2 yang belayar...Selain itu,pulau yang sekecil itu itu pasti menjadi markas latihan bagi tentera2 Singapura.Apepun Malaysia perlu mengambil iktibar atas kekalahan yang berlaku.

Tetapi persoalannya...Mengapa agaknya ye Malaysia boleh terlepas pandang terhadap isu Pulau Batu Putih ini...Selama 60 tahun,tiada inisetif langsung untuk memajukan Pulau Batu Putih ini???Adakah pemimpin kita hanya sengaja menyibukkan diri dengan perkara2 remeh?Saya x nak ulas lebih panjang...Tapi anda sume tengoklah realiti yang dibincangkan oleh pemimpin kita dalam Parlimen...Cukup2 menyedihkan!!!Anda lihat..Anda fikir...Saya x nak ulas panjang2...kang takut tetiba kena masuk Jail...Huhu~


ISU "SIAPA BABI NEGARA"




ISU "BIGFOOT" & "BIG MONKEY"

Thursday, May 22, 2008

KeGaGaLaN !!! TarBiYaH Vs AGeN<>KeKuFuRaN???


~Salam alaik~..Alhamdulillah...syukur kpd Allah kerana dia masih sangat2 sayangkan kita kerana masih lagi menghidupkan kita dalam keadaan mendapat berbagai-bagai nikmat yg melimpah-ruah darinya...Dah lame rasenya x update blog ni...Sian dia~huhu~...Sejak akhir2 ini,memang saya akui x de mood utk menulis kerana dalam diri saya telah tercetus satu peperangan gara2 diuji dengan satu tamparan dugaan yg bernama KEGAGALAN!!!

Huh...Mmg frustlah bila kita alami tamparan kegagalan ni....Yelah sapelah kat dunia ni yg x frust & sedih bila gagal dalam satu perkara kan?...Mmg lumrah manusia yg normal utk bersedih dan kecewa bila mana satu dugaan atau kegagalan itu menimpa dirinya..Nasihat saya,~cepat2lah jumpa doktor ~kalau sesiapa yang x sedih dan gembira terlompat2 ketika mendapat kegagalan~Huhu~...Pada masa nilah,makhluk bertanduk x kira yg gemuk ke, yg pendek ke,yg kurus ke,yg tinggi ke....sumenya tersengih2 melihat kita kerana depa sume tahu time nilah manusia berada dalam ~weak zone~...So apalagi,diorang pun watlah "syura" diorang untuk melancarkan strategi "Membisikan Bisikan Evil" kpd hati2 manusia !!!


Maka datanglah Setan yg GEMUK ...Dibisikkannya"ko ni, aku tengok study bukan main nak rak,pagi petang malam ko study,time org rehat tengahhari n lepas habis kuliah,ko x rehat mcm org lain,ko sibuk plak nak pegi library untuk sambung study....tp aku tengok result ko tetap fail jgk....Cuba ko tengok si polan tu,aku tengok dia x sangat pon...blaja pun,kelas selalu on off...tutor pun x selalu wat ,balik kuliah terus tido, x pun main gitar...tp result dia gempak je...Nilah tandanya Allah x sayangkan ko....Dia x adil kat ko....Dia lebih suka tengok ko gagal "

Lepas tu,datang pula makhluk bertanduk yg PENDEK...Maka dia pun membisik "Hah,tulah ko,nak sangat jadi NTP(AJK Surau)...Pastu jadi ketua syukbah akademik NTP pulak tu...Lain kali ukurlah baju dengan badan dulu....Ni,otak x bijak tp berangan nak pegang jawatan...Wat nota untuk orang,wat program tu,wat program ni... last2 diri sendiri yang kantoi...Kan dah malu & menyesal skrg !!!

Kemudian,datang pula Setan yg KURUS...lalu membisikkan"Tulah ko,aku dah kate dulu,jangan mengada2 nak ikut Halaqah...tengoklah,setiap hujung minggu je,ko terpaksa korbankan masa untuk benda2 remeh camtu,bukan sekejap,lama pulak tu...Then,ada byk plak aktiviti yg ko kena ikut...daurah lah,rehlah lah,mukhayyam lah...mcm2...Buang masa je semua tu...Kan bagus kalo ko gune sume masa itu untuk study....So x delah fail macam skrg...ish3

Lastly...datanglah makhluk bertanduk yang TINGGI...Depa pun bisik "Aku peliklah...nape agaknya ye orang mcm ko ni,yg selalu turun surau,selalu bagi tazkirah,selalu wat qiamulail, gagal dalam exam ye???Nak kate x usaha,usaha jgk....Cuba ko tengok kat si &%*$# tu,Aku tengok dia tu nak datang surau...susah nak mampus,sembahyang pun selalu on off...apelagi qiamulail,harapan giler lah dia nak buat....Tp dia tu senang je score dalam exam...gempak je resultnya !!! "


Maka bertubi2lah serangan bisikan demi bisikan bersilih ganti dilakukan oleh makhluk tercela itu...Tetapi dek kerana iman ni senipis kulit bawang,terkadang hatiku mengiyekan sume bisikan itu menyebabkan hatiku meradang...nafsuku memberontak...egoku meninggi...lalu kusalahkan sume yg Kurasakan yg menganggu studyku !!! ("Usrah surau,Meeting NTP,Meeting Syukbah Akademik,Program NTP,Buat Nota Syukbah Akademik ,Halaqah,Daurah, Rehlah,MABIT, Briefing Usrah, Kena Uruskan Kelas Tambahan bagi NTP,Kena Uruskan Study Group NTP, Kena Uruskan Program Peningkatan Akademik NTP,Kena Rezor Nota NTP,dan macam2 lagi") Kusalahkan semua perkara tu bulat2 sebagai punca kegagalanku ...tanpa sebarang pertimbangan yang rasional...Dada yang terbuka...Fikiran yg waras...Menyebabkan perasaan ku kian lama kian sedih,sensara dan derita.

TIDAK!!!! Tiba2 imanku yang senipis kulit bawang tu menjerit !!! ....Barulah aku tersedar dari lamunan kekufuran...Astagfirullah hal azim...Ya Allah byknya dosaku kepadamu..Baru diuji dengan sedikit ujian,aku dah seolah2 kufur kpdmu...Aku rasa bersalah giler...kerana telah menjadikan gerak kerja dakwahku di matrik sebagai alasan punca kegagalanku...seolah2 aku x ikhlas melakukannya...Aku bersangka buruk terhadapmu kerana seolah2 x yakin atas Qada' dan Qadar yang telah Kau tentukan....


Alhamdulillah kuucapkan...kau terlalu sayangkan aku...Kau sedarkan aku dari mimpi ngeri itu...Kini diriku lebih tenang dengan tarbiyah dari "Surat Cintamu"....kerana dalam "SuratCinta" itu kau telah mengajarku erti "Manisnya Sebuah Kegagalan"...Kau telah memujukku dengan begitu lembut supaya aku jangan bersedih apabila mendapat satu musibah ketika mana aku membaca Surah Ali Imran ayat ke 139 iaitu maksudnya "Janganlah kamu lemah dan Janganlah kamu bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu adalah orang2 yang beriman"(3:139)...Dan aku merasakan Kau ingin memberiku peluang untuk menjadi orang yang paling beruntung kat dunia ketika mana Kau berjanji dalam..surah Al-Baqarah ayat ke 155 "Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,JIWA,dan buah-buahan...Dan sampaikanlah berita gembira kepada Orang-orang yang BERSABAR"(2:155)

Tetapi persoalannya,siapakah orang yang dikatakan "Bersabar" itu???Lihat ayat seterusnya iaitu Surah Al-Baqarah ayat ke 156 iaitu "Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka akan berkata "Innalillai Wa Innahi Raajiun" iaitu (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali)"(2:156)...Maksudnya disini,bilamana kita mendapat apa2 musibah sekalipun...x kiralah kegagalan ke..kematian ke..kecederaan ke...kita x boleh untuk bersangka buruk kpd Allah atau kita x redha dgn ape yang berlaku...Tetapi yang kita perlu lakukan ialah BERSABAR dengan cara kita mengakui bahawa "Kita ini milik Allah dan Kpd Allah jugak kita dikembalikan"...Maksudnya bahawa kita ni sangat lemah dan kita terima sahaja atau redha dengan semua ketentuan Allah kerana kita tahu bahawa Allah berkuasa menentukan segala-galanya...Moga2 kita sume tergolong dalam golongan itu...Amin~

Monday, May 5, 2008

~ApaBiLa UkhuWaH BeRTauT~


~Salam alaik~...Kabare sume??Semoga semuanya sihat2 belaka ye...Lebih2 lagi, sihat dari segi iman...yelah,waktu cutilah katakan~huhu~.Bak kata orang waktu cuti inilah ramai yang syahid ...bukan syahid di medang perang tapi syahid imannya coz kecundang dgn seribu satu dugaan yang dihamparkan ketika cuti ini.Betol x??~Tipulh sape yg kate tidak~huhu~.

Tetapi didalam Quran ,Allah ada menyatakan,Bila mana kesabaran kita mula hilang,Bila mana iman kita mula tercalar,Bila mana kita ni hilang pedoman,ada baiknya kita berjumpa dgn orang2 yang beriman sesuai dengan Surah Al-kahf ayat ke 28 iaitu" Dan bersabarlah engkau(Muhammad) bersama orang2 yang menyeru tuhannya pada pagi dan senja hari dgn mengharap keredaaNya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan persiapan kehidupan dunia.....(18:28).Dimana kalau kita relate dgn suasana dan keadaan kita ketika cuti ini yg mana time cuti nilah kita byk main game...mutabaah mmg down giler...selalu wat perkara sia2...hanya mengikut nafsu n selera mata...ada baiknya kita berjumpa dgn org beriman untuk charge balik iman kita....



Saya menyatakan setinggi kesyukuran,kerana alhamdulillah pada sabtu yang lalu,halaqah ikut negeri sepertimana telah yg diarahkan dapat diadakan...walaupun yang hadir tidaklah seramai pengunjung "Jom Heboh"...cuma 7 orang je...Walaupun tidaklah diadakan di hotel atau tempat2 yg up standart tetapi hanya wat di Masjid KLCC atau nama glamournya~Masjid As-Syakirin~...tetapi alhamdulillah ia berjaya juga diadakan.Time nilah nak lepaskan rindu yg amat kpd sahabat2 sefikrah~yelah,dah lame x jumpa kan~huhu~...Tetapi yang paling penting ialah dapat charge balik iman yg mula down akibat ~penangan cuti ini~.


Walaupun hasrat untuk ke Masjid As-Syakirin diselubungi dgn byk liku2 halangan serta dugaan,tetapi syukur,segalanya dapat ditepis oleh penuh berhati2....Cuba bayangkan,Zul tinggal kat Tanjung Karang tu....jauh giler,kalo x silap...perjalanan amik masa 2 jam setengah jugak...Kalolah orang biasa,confirmlah diorang mesti kate,"Giler apa nak pergi KLCC semata2 untuk datang Halaqah"....tapi dia dgn penuh cekal,alhamdulillah dia bukan saja dpt datang ke Masjid As-Syakirin,tetapi boleh tarik sorang kawan dia ikut join skali...Hebat2~mas'ul sapelah tu???huhu~


X tengok plak kisah Afif,dia lagi kesian,coz dgn saiz badan dia yg agak ~comel~....mak dia macam takut2 nak bagi dia keluar...coz takut kena culik..ditambah pulak dia tinggal kat banting...mmg jauh dari KL....tp alhamdulilah,dengan teknik belitan lidah & teknik pusaran otak yg telah dipelajari...dia berjaya jugak pujuk mak dia...Walaubagaimanapun,keselamatan dia perlu diutamakan jugak,saya terpaksa pegi Klang untuk amik dia..coz takut jgk kalo apa2 berlaku kat dia....

Bagi saya pula,ermm...bagi pihak ayah,mmg ayah sentiasa bagi kelonggaran dgn alasan "Anak lelaki kena selalu keluar rumah..biar banyak pengalaman"..haha..memang syok giler,dapat ayah sporting mcm itu....tapi yang susahnya dari pihak emaklah...mmg selalu jgk kena disoal-siasat sebelum dapat kebenaran untuk keluar....lagi2 dia penah kaitkan saya dgn istilah "taksub agama"...ntahlah x tau napa...tapi,x perlah ,tulah tandanya dia sayang kita coz takut masuk ajaran2 sesat.... apapun perkara ni mesti take time n slow2 diberi kefahaman..tp apepun,alhamdulilah berjaya jugak melepaskan diri utk keluar..haha..susah jgk ye nak wat keje baik ni..ade je halangan~.


Apepun,semasa halaqah,semua amik kesempatanlah utk citerkan pengalaman masing2 ttg ~kehidupan di rumah~....byklah yg saya dgr,kat umah susah nak bangun subuh,selalu subuh gajah..iman selalu down,baca Quran ciput je dlm sehari,n macam2 lagi...Tp alhamdulillah,sedikit sebanyak,hati yg sakit ini terubat dek nasihat dari sahabat sefikrah...

Satu peristiwa yang saya x dapat lupakan semasa dalam perjalanan ketika nak balik iaitu semasa kat kaunter komuter KL Sentral,time tu afif nak beli tiket,then dia pun cakaplah "Akak,tiket dewasa ke Klang satu"....then akak tu waat muka pelik...dia x caya afif ni sebaya dgn kitorang coz bdn dia yg agak comel~huhu~...n dgn baik hatinya akak tu bg tiket ~Kanak-kanak~...Cis!!!Kurang Ajar Afif....pandai ambil kesempatan!!!~Haha~...mmg lawak bila teringat balik...Apepun ,alangkah bahagianya jika ukhuwah terjalin keranaNya kerana ~tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaanNya~

Sunday, May 4, 2008

~No ChaRGe~


~Salam alaik~,Pernah x pada suatu masa,ketika itu kita sedang berehat2 sambil on9 internet& chating dgn kwn2,tetiba kedengaran suara mak kita mintak tolong macam2...."Zan,ni tolong mak basuh tandas,pastu pi buang sampah ,pastu masak nasi pastu bla..bla..bla" sampaikan kita naik meluat dan menyampah lalu mengumpat dalam hati..."ishh...x leh tengok org senang sikit, dia ingat aku ni org gaji ke...dia senang2 mengarah org seperti seorng bos".Pastu kita pon sentiasa berkira dalam segala ape yg dah kita tolong.." Basuh baju=Rm 2 satu baju,Buang sampah=Rm4 sekali buang,Basuh pinggan=Rm 3 setiap pinggan n macam2 lagi"....kita seboleh2nya nak charge je sume keje yg kita tolong atas alasan kita ni bukan org gaji diorang....huhu~.


Benarkah fenomena itu berlaku pada kita semua???Jika ia berlaku,marilah kita same2 fikirkan dan muhasabah diri kita semula....Kerana apa???Kerana kalo nak dibandingkan usaha yg kita tolong dengan jasa yg mereka curahkan kepada kita,sebenarnya usaha yg kita tolong itu tidak bernilai langsung....kerana jasa yg mereka curahkan kpd kita terlalu besar.Cuba fikirkan...bermula dgn ketika ibu mengandungkan kita,betapa sakitnya ibu kita membawa kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan walaupun dia tahu bahawa berat kita seumpama batu...x caya???Cuba buka Surah Luqman ayat ke 15...

"Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menderita kelemahan atas kelemahan dan berpisah (melahirkan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu." (Surah Luqman, ayat 15)
Kemudian,betapa sakitnya dia ketika melahirkan kita...Dia seolah2 bergelumang & menaruhkan nyawaNya dgn maut semata2 utk melihat zuriat yg amat dia sayangi ini boleh lahir untuk melihat dunia.Kemudian ayah kita pula terpaksa membayar kos kelahiran kita...ingat murah ke kos lahirkan anak ni??...silap2 boleh capai ribuan ringgit.Tp x per,demi anaknya yg tercinta,dia sanggup bayar berapa saje,walaupun berhutang dgn bank atau along....asalkan anaknya ini bisa mengenal erti sebuah kehidupan di dunia...
Kemudian,sesudah kita dilahirkan...mereka menjaga kita dgn sepenuh rasa kasih sayang....apa yg kita minta pasti dapat...Kos semasa menjaga kita ketika membesar bukan calang2 nilainya...silap2 boleh capai puluhan ribu ringgit...Kena beli berpasang2 baju setiap tahun,berpasang2 seluar setiap tahun,kasut,selipar,makanan,minuman n macam2 lagi yg mana x ternilai mahalnya kos kita semasa membesar. Kemudian,apabila kita berumur 6 tahun,mereka nak kita pandai,then masukkanlah kita ke tadika....walaupun mereka tahu,kos ke tadika sgt besar,iaitu masuk je dah boleh cecah Rm1000,
tapi x per,asalkan kita boleh jadi pandai...Then korang bayang sendirilah betapa banyaknya kos membesarkan kita...lps tadika ke sekolah rendah selama 6 tahun ,kemudian ke sekolah menengah selama 5 tahun,kemudian ke matrikulasi selama 1 tahun,kemudian ke universiti selama 5 tahun...Semuanya kos pembesaran serta pendidikan tadi semuanya fully ditanggung oleh mereka walaupun mereka sentiasa kesempitan wang,walaupun mereka terpaksa malu meminta2 pinjaman dari sanak saudara ,walaupun mereka terpaksa bekerja siang malam tanpa kenal erti penat dan lelah....Tetapi mereka hanya akan berkata "X per,asalkan semua anak2ku dapat hidup bahagia"~

So,wajarkah kita mencemik muka ketika disuruh tolong apa2...wajarkah kita meninggikan suara kita ketika bercakap dengannya...wajarkah kita mengira apa2 yg telah kita tolong untuk mengharapkan suatu ganjaran....wajarkah kita sentiasa mengingkari suruhannya....wajarkah kita ponteng kelas tutorial & kuliah utk membalas segala pengorbanannya...wajarkah kita membuat dosa supaya mereka mendapat azab diakhirat sana...Semuanya terpulang kepada kita,tepuk dada tanya iman,dan kita yang menentukan segala gerak-geri kita~

Segala pengorbanan mereka,tidak bisa dibayar dgn wang ringgit,kerana wang ringgit x dapat nak bayar nilai pengorbanan mereka...mereka akan katakan segala perbelanjaan membesarkan kita ialah ~No Charge~....tetapi sahabat2 sekalian...bayarlah segala pengorbanan kita dgn mengikut segala yg mereka suruh selagi x bertentangan dgn hukum syarak...bayarlah nilai pengorbanan mereka dgn menjadi anak yg soleh dan solehah...iaitu anak yg sentiasa beriman kpd Allah...kerana dgn menjadi anak yg soleh dan solehahlah,menjadi penawar bagi segala kepenatan dan kelelahan pengorbanan mereka sesuai dgn satu hadis yg nabi sabdakan iaitu "Sesungguhnya apabila manusia itu mati,segala amal mereka akan terputus,kecuali ilmu yg bermanfaat,amal jariah yg ikhlas dn anak2 yg soleh"~ Oleh itu,sahabat2ku,marilah kita berubah bersama2 menjadi anak yang lebih baik kerana bagi mereka tiada apa yang lebih indah selain daripada mendapat zuriat yang soleh dan solehah.


MesTi TenGoK VideO nI !!! ~MmG TeRhaRu~

Friday, May 2, 2008

H4P4??? ~PraKTiKuMkU~


~Salam alaik~…Alhamdulillah,akhirnya berjaya jgk tulis entry yg ke-3 ni….Kalo nak diikutkan hati,mmg malas giler coz otak asyik mindset nak tido je….huhu~.Tp Alhamdulillah syukur coz Allah masih memberikan kekuatan kpd tangan utk menaip di blog ni sekaligus menumbangkan n menewaskan nafsu malas yg ada pd diri…..Erm,dlm melayari cuti yg panjang ni,teringat pulak member2 praktikum H4P4 yg amat saya sayangi.Banyak giler kenangan manis dan kenangan masam bersama dgn diorang.Tp mestilah terkenang kenangan yg manis je…yg masam2 tu wat2 lupe sudae,huhu~.Bila ckp psl kenangan ni teringat pulak ttg satu lagu Ammar yg bertajuk ukhuwah yg mane antara bait yg menarik dlm lirik lagu ini ialah “Sewaktu kita bersama,saling setia menimba ilmu.Tanpa mengenal erti penat jemu.Ingatkah kau lagi???Kita bersama memijak onak duri,di tanah gersang,mengutip semangat suci,Kini segalanya tersurat dalam sanubari.”

Dlm praktikum ni,saya dpt belajar byk perkara…Antaranya,dpt study personaliti yg unik2 dlm diri diorang.. huhu~..terutamanya yg boy lah…yg girl kureng sket coz x rapat dgn diorang.Erm…nak citer sorang2 ke?Kang kalo diorang baca confirm aku kena belasah..haha~


Bermula dgn si ketua praktikum ni…sape lagi kalo bukan Mohd Hazril Nazmi.Erm…ttg Hazril ni,dia ni seorang ketua yg berwibawa jgk(mcm x caye je???huhu~)coz kalo x wibawa,masakan H4P4 bole jadi praktikum yg paling aktif wat jamuan..haha~.Yg lain,dia ni seorang yg agak sensitive …coz kalo uji dgn kertas litmus biru,cepat je sensitive jd merah(mendalam maksud ayat ni ;) pkir jgn x pkir)huhu~.Yg saya kagum dgn dia,kalo dia wat sesuatu pekerjaan,dia akan wat sehabis baik kualiti kerja itu….Fuhh..Hebat2!!! Tp yg kurengnya,dia ni kalo tido confirm x ingat dunia,susah sgt nk kejut…Sian kat Zulhilmi,kwn rapat dia yg tersayang…terpakse brmujahadah dari block C5 pegi ke blok C1 semata2 utk kejut kwnnya yg tersayang ni solat subuh n bangun pagi….ishh3x.

Then,kita go through kpd mangse yg seterusnya….iaitu Tengku Hafiz atau name manjenya “Yg Mulia”..huhu~.Erm…ttg Tengku ni,dia ni seorang yg agak happy go lucky…asyik nak gelak je…then kalo time gelak mmg x ingat dunia…tp bagus jgk ade dia ni…happening skit suasana…yelah bila dia gelak…kita pon confirm tergelak skali,terjangkit dgn virus gelak yg dia bawa..huhu~.Yg saya kagum dgn dia ni,dia ni pandai ambil hati org…terutamanya bila org tgh ade problem,dia ni pandai je wat org geli hati sehinnga lupe masalah itu.Erm… tp yg kurengnya,dia spesen je dgn si Hazril tu,bila dah tido,susah sgt nak kejutnya…Sian skali lagi kat Zulhilmi,coz jd tukang kejut kpd 2-dua bdk yg susah bangun ni…huhu~


Then,diteruskan lagi dgn seorang yg mempunyai keturunan yg unik iaitu kacukan cina-melanau…. Sape lagi kalo bukan Ahmad Qadri.Muke dia mmg sebijik mcm org cina…teringat plak mase hari pertama start belajar…ptg tu ade subjek Pendidikan Islam…So time Qadri masuk kelas agama tu ,sume org wat muka pelik sambil mengumpat dlm hati “Budak ni salah kelas ni,ni kelas agama bukan kelas moral”~ huhu~.Last2 ,x salah, sape ntah yg tegor samada Ocie ke atau Hazril yg tegor ckp ni klass agama…bukan kelas moral…pastu Qadri pon terangkanlah yg dia sebenarnya beragama Islam.Pastu kitorang pon mengangguk dgn muke yg merah padam menahan malu sambil berkata“OoO..maaf, td kami sangke awk ni cina” ~huhu~.Erm…ttg Qadri ni,dia antara org yg selalu memeriahkan kelas…lagi2 kelas B.i ….mmg gamat kelas dibuatnya.Then,dia ni kalo berckp mmg lantang…~debater lah katekan….teringat plak time agama…team kitorang,iaitu saya,Hazril dan Qadri kena debate dgn team pompuan dlm satu tajuk yg kontroversi giler iaitu “Wanita harus duduk di ceruk dapur yg sempit”…kitorang kena berperanan sbg pencadang…Time debate tu mmg keluar kata2 berapi dan pedas didengari…lagi2 dari mulut Qadri…Sy pulak mmg suka gunakan analogi dlm menyelesaikan masalah….so tetiba terkuar pulak analogi “epal”(Ape kaitan epal dgn pompuan ye???pkir jgn x pkir..huhu~).Suasana mmg hangat time tu…mcm peperangan laki-pompuan je…Apepon rasenya mcm kemenangan tu di pihak kami..huhu~.Tahniah2!!! aDehh, terkuar tajuk plak..sori2..haha~


Then yg terakhirnya,pastinya ahli praktikum yg sangat unik…iaitu Zulhilmi B Norazmi..atau name manjenya…Bobby@Emy@Jimmy(Byknya name manje..haha~).Dia ni, kitorang anggap dia ni mcm adik kecik..coz suka dipujuk dikala lara~haha…lagilah dia suke kalo sahabat sejati dia yg tersayang tu pujuk..sape lagi kalo bukan si jiril~.Adehh…teringat plak adegan pujuk-memujuk mase first jamuan bg H4p4,sorang datang hendak memujuk n sorang lagi hendak dirinya dipujuk…mmg mcm filem “Fall in Love” plak..huhu~.Tp kira oraitlah…coz kalo dia merajuk,x susah sangat nak pujuk dia…geletek2 skit, pastu gelak2 sikit,pastu lame2 oklah..kembali normal balik… huhu~.Then dia ni suke wat benda pelik2…Ade ke patot amik gambar seluar =@#%+ sendiri pastu tunjuk kat pompuan…Kalo kena kat pompuan yg open,x perlah, bolelah bdk tu respon (+) cakap “Lawa ye warna seluar =@&%$ ko”…tp kalaulah kena kat pompuan yg bertudung labuh mcm amalina ke..confirm kena sumpah seranah..huhu~.Apepon,byk perkara yg saya respect pd dia…antaranya,pengetahuan am dia mmg tinggi giler...lagi2 ttg isu semasa,isu politik n isu antarabangsa…mmg kalo tanya soklan ape2 pon,confirm dia bole jawab…sampaikan kitorang panggil dia “komputer” coz kat dia jelah kitorang tanye mcm2 soklan…huhu~.Then,dia ni mmg seorang yg setia dan berpegang dgn janji…kalo sesape yg nak wat janji or temujanji dgn dia ni better fikir betul2…kalo agak2 janji main2 lebih x yah janji dgn dia.Teringat pulak satu mase dulu,kwn ke2 yg dia syang, ade ckp kat dia tp dlm keadaan main2 je.. “Zul,malam ni,tolong ajar aku kimia,mlm ni, aku datang bilik ko”…Then zul pun setuju…pastu time mlm tu,zul pun tunggu dri pkul 10-12…x datang2 jgk mamat tu,smpaikan dia tertido coz semangat sgt nak ajar kimia kat kwn dia walaupun kwnnya tu x dtg2…Byk2 bersabarlh ye…InsyaAllah ade berkatnya byk bersabar..huhu~.Yg lain,Alhamdulillah diri dia ni dah sikit sebanyak dah ditarbiyah oleh “angel” impian dia iaitu teman lame sekolah rendah dia iaitu=Firdaus ntp…nampaklah sikit perubahan dari segi fikrah…Alhamdulillah~semoga berkekalan~

Erm…Buat kaum hawa plak,sorilah coz x dpt describe sorang2…tp ape yg saya harapkan drpd korang semua ialah cubalah sedaya upaya menjaga amanah yg diamanahkan sbg seorang perempuan…tutuplah hijabmu sebagaimana yg telah dinyatakan dalam “surat cinta” Nya….dlm surah An-Nur ayat 31 (24:31) iaitu “Dan katakanlah kepada para wanita yg beriman,……jgnlah menampakkan perhiasan(auratnya) kecuali yg biasa terlihat.Dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya…..”.Ingatlah bahawa hakikat tudung itu seperti topi keledar…(~baca balik artikel tudung=topi keledar???)~Huhu~
Akhir kalam,begitulah pola kehidupan bagi seorang manusia…setiap pertemuan pasti ada perpisahan,dan tetapi marilah kita merebut satu golongan yg nabi sabdakan iaitu “Ada 7 golongan yg akan mendapat naungan Allah di hari Akhirat ….salah satunya ialah 2 manusia yg bertemu bertemu atas dasar iman dan berpisah atas dasar iman”….semoga kita termasuk dlm golongan2 itu..Amin~

Thursday, May 1, 2008

QuRaNiC GeNeRaTiON???AdA ApA DeNgAnNya???

~Salam alaik~…Apa khabar iman sahabat2 sume???Moga2 iman kita semua sentiasa terjaga walaupun pada waktu cuti ni terhampar seribu satu dugaan buat iman kita yg ~yazid wa yangkuz~ ini kan??.Ermm…Mesti sume tertanya2 kan nape nama Blog ni “Quranic Generation”???Mcm x ade name lain plak kan~huhu~.Then ade pula yg kata “Cubalah ubah name lain yg sesuai & uptodate dgn jiwa& umur kita coz kita kan masih muda,kalo letak name quran2 ni mcm sesuai untuk org tua je”Huhu~…Syukranlah kpd yg memberi pendapat....Tetapi apepon,masing2 ade pendapat sendiri & bebas mempertahankan &berpegang kpd pendapat masing2.Bagi ana,tujuan ana gunakan nama “Quranic Generation” ialah kerana ana sangat2 mengimpikan agar wujudnya dan lahirnya Quranic Generation atau generasi Quran dalam masyarakat kita lebih2 lagi bagi golongan muda &remaja.InsyaAllah,moga2 impian ana termakbul walaupun halangan laluannya berliku2~Huhu.

Quranic Generation???Ape benda tu???Huhu~Kalo nak ditranslate ke B.Melayu mestilah bunyinya= “Generasi Quran”…yg tu bdk darjah satu pun tahu~Haha~.Tp ape yg ana faham dari Quranic Generation ialah satu generasi yang mane menggunakan Quran sebagai panduan dalam hidupnya .Ana teringat satu hadis yg amat popular mase ana belajar Syariah time form 5 iaitu dalam hadis ni,nabi bersabda “Sesungguhnya aku tinggalkan kamu 2 perkara yang mana jika kamu ikut,kamu x akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-sunnah”,Kalau diamati betul2, hadis ini terkandung maksud yang begitu mendalam iaitu sebelum nabi wafat,nabi x tinggalkan pun wasiat jawatan ke,harta ke mahupun pengaruhnYa kpd kita bagi meneruskan kehidupan tetapi apa yang nabi wasiatkan kpd kita ialah hanyalah sebuah kitab yg mana diturunkan 1400 tahun yg lalu,x lain x bukan ialah Al-Quran sebagai pegangan kita semua.

Tetapi,persoalannya,adakah kita dah berbuat sepertimana yg nabi sabdakan?iaitu menjadikan turasan Al-Quran sebagai pegangan hidup kita?Erm..kalo nak dilihat pada zaman yg moden serba mencabar ini,masyarakat semakin sukar utk mendekati kitab yg namenya Quran ini,apatah lagi untuk berbuat sepertimana yg Quran ajarkan.Ana teringat satu hadis yg seolah2 telah menggambarkan apa yg berlaku pada zaman skrg…iaitu nabi bersabda, “….Sudah hampir tiba satu masa(hari kiamat)dimana tidak tinggal al-Quran itu kecuali hanya tulisannya…..”(Riwayat Baihaqi).Cukup menggerukan bukan hadis ini,seolah2 hari kiamat dah mmg betul2 hampir coz mmg telah menjadi realiti masakini bahawa Quran tu hanya tinggal pada tulisan sahaja…tiada penghayatan & pengajaran yg diambil daripada “surat cinta ilahi” ni. Then,yg sedihnya,hanya sedikit je golongan manusia yg menjadikan Quran sebagai sahabat karibnya dan bahan bacaan utama no 1 dalam hidupnya. Kita lebih suka untuk menjadikan majalah hiburan seperti Mangga,Kreko,Utopia,Mastika,Urtv, & lain sebagai
bahan bacaan no 1 dalam hati kita.Betul x???~Kesian kan kat Quran…...~X ramai yg nak baca dia~ ;(

Cuba kita muhasabah diri kita,agak2nya dalam satu hari,berapa muka agaknya ye kita baca Kitab Allah yg suci ni??Adakah hanya satu muka???…atau x baca langsung dlm satu hari???Kalo begitulah jawapan kita,kita patut berasa sangat malu dan bersalah kpd manusia yg sangat2 menyayangi kita iaitu junjungan Nabi Muhammad s.a.w ….kerana nabi telah rela diseksa dgn pelbagai azab dan seksaan semata2 membawa risalah Quran untuk umatnya merasai kenikmatan mukjizat Quran,tetapi malangnya,umatnya x tahu menghargai langsung pengorbanan yg telah baginda lakukan dgn membaca Quran sekadar ala kadar atau sambil lewa,Satu muka sehari baginya sudah memadai.

Ana suka berkongsi kekaguman ana terhadap seorang doktor.Kalo nak diikutkan kerjaya sebagai seorang doktor,pastinya begitu sibuk mengubati penyakit,tetapi doktor ni x menjadikan kesibukannya sebagai satu alasan,dalam sibuk2 dia pun,dia boleh mengkhatamkan satu Quran dalam masa sebulan.Mcm x logik kan?Dia akan pastikan setiap hari,dia akan membaca sekurang2nya satu juzuk setengah.Mcm ajaib kan??Ana pun mase mula2 dgr mcm x caya je…ade jgk ye org hebat camtu,bace sehari satu juzuk setengah.Huh..mmg kagum habislah…tapi bak kate org putih..~nothing immposible~ Semuanya bergantung kpd diri kita juga…kita yang menentukannya.Nak tau apa rahsianya???smpaikan dia mampu baca Quran sehari satu juz???Dia kate konsepnya mudah je….Benda ni kena konsisten…iaitu setiap kali lepas sembahyang je,wajib bace sekurang2nya 5 muka.So solat kita ada 5 waktukan…bila 5 didarabkan dgn 5………5x5=25 jadilah 25 muka.Kalo nak diikutkan 25 muka pun dah lebih satu juzuk dah.....
Mudahkan konsepnya??Yg penting mesti tanam keazaman&displin dlm diri utk kosisten baca 5 muka setiap kali selepas solat….~Katakan “Yakin Boleh!!!”


Akhir kata,ana mengharapkan kita semua dapat mengubah diri kita bersama2 kearah kebaikan sepertimana yg dinyatakan dlm surah Al-Maidah ayat ke 48(5:48) iaitu “….Berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan…..” dan menjadi golongan yg disabdakan oleh nabi dalam satu hadis iaitu “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya” .Ingatlah bahawa jika kita menjadikan Quran sebagai sahabat karib kita semasa didunia ni,Semasa di akhirat kelak,diwaktu kita didalam kesusahan ,Al-Quran itu pula yg akan menjadi sahabat karib kita dgn memberikan kita syafaat utk memasuki syurga yg kekal selama-lamanya…… InsyaAllah.