Smart Group Futsal & Volleyball 2010,IPG TAA |
Sabda nabi :
Telah dijadikan untuk kita bumi seluruhnya adalah masjid. Maka jangan anda sapu pasir pada tempat sujud kerana rahmat Allah berada di hadapan. Dan berdebu muka ku untuk Allah yang maha Mulia lagi maha Tinggi sebab pasir kerana itulah puncak ibadah kepada Allah Taala....(Hadis )
@@@@@@@@@@@@@
Salam alaik~ .Pernah kah sahabat2 semua bersujud?Mesti jawapannya PERNAH kan,sebab kita mesti akan sujud dalam solat harian kita...tetapi pernahkah sahabat2 sekalian bersujud diatas tanah?Mesti ada yang kata PERNAH dan TAK PERNAH ...bagi yang sudah pernah,alhamdulillah,anda boleh dikatakan orang yang bertuah dan terpilih...tetapi bagi mereka yang tidak pernah,maka cubalah bersujud diatas tanah sekurang2nya sekali seumur hidup kerana dalam satu perbincangan &persepakatan ulama' berdasarkan hadis diatas telah mengatakan bahawa perlunya kita bersujud diatas tanah sekurang2nya sekali seumur hidup bagi merasai fitrah kejadian kita iaitu dicipta daripada tanah.
Dengan sujudnya sahabat2 semua diatas tanah,sahabat2 semua akan dapat merasai satu ketenangan yang luar biasa...ketenangan yang berlaku apabila kita merendahkan diri kita sebagai seorang hamba yang hina dihadapan Allah..Subhanallah~Moga2 sahabat semua dapat merasai kemanisan ketenangan tersebut.
Alhamdulillah,baru2 ini,saya dan sahabat2 di IPG TAA,berkesempatan untuk merasai solat dhuha diatas padang(tanah) didalam Program Smart Group Futsal & Volleyball iaitu Usrah kubra di IPG TAA..satu pengalaman yang berharga apabila perlu melalui modul mengambil air sembahyang dengan berkongsi satu botol air dan terus solat dhuha diatas padang dan seterusnya slot tazkirah,dan akhirnya bermain futsal dan bola tampar..Alhamdulillah,berjaya juga program yang dirancang~..kredit kepada semua naqib yang bertungkus-lumus menjayakan program itu..
Sahabat2 sekalian,contohilah beberapa tokoh yang hebat dan terkemuka yang sanggup dan sangat seronok untuk solat diatas tanah tanpa rasa segan dan silu.....Subhanallah~
Kisah 1:
Dari Wail berkata, "Aku melihat Nabi saw apabila beliau sujud, beliau meletakkan dahi dan hidungnya di atas tanah."
(Ahkamul Qur 'an lil Jash Shoh, juz 3 hal. 36 Musnad Ahmad Bin Hanbal, juz 4)
Kisah 2:
Abu Hurairah berkata: "Aku melihat Rasullah Saw melakukan sujud pada hari turun hujan dan pada dahi beliau terdapat bekas-bekas tanah "
Kisah 3:
Dari Ibnu Ubaidah berkata, "Sesungguhnya lbnu Mas'ud tidak sujud kecuali di atas tanah."
Kisah 4:(Majmaul Zawaid juz 2 hal. 57 dari Thabarani filKabir).
“Umar bin Abd Aziz salah seorang Khalifah bani Umayyah ketika sujud tidak hanya memakai tikar yang terbuat dariranting pohon kurma, bahkan dia menaruh diatasnya (tikar tersebut) tanah dan dia sujud diatasnya.
(Syarah al-Ahwadzi juz 1 hal. 272 Fathul Ban juz 1 hal. 410)
KESIMPULAN & MUHASABAH:
Dari TANAH kita diciptakan dan kedalam TANAH juga kita akan dikembalikan...Maka Sujudlah diatas TANAH dengan rasa hina dan rendah diri supaya kita SEDAR bahawa kita ini hanya hamba yang HINA disisi Allah kerana hanya diciptakan dari TANAH dan kita juga hanya makhluk yang lemah yang akan ditanam di dalam TANAH yang HINA...
No comments:
Post a Comment