Thursday, September 9, 2010

Dilemma Hari Raya :Sedih atau Gembira??


Aku merenung sebuah kelendar yang ada didinding bilikku.Aku tatap lama-lama kelendar itu sambil mencari sesuatu yang selama ini menjadi persoalan bagi diriku.Alhamdulillah,akhirnya aku temui juga jawapan bagi persoalan itu iaitu melalui satu tarikh keramat yang ku tunggu2 selama ini.Itulah dia tarikh 1 Syawal 1431H iaitu Hari Raya Aidil Fitri akan jatuh pada esok hari.Syukur..Alhamdulillah~

Apabila aku tatap tarikh keramat itu,tiba-tiba aku dapat rasakan perubahan pada diriku.Perasaanku bercampur baur.Oh,begitu kabut,Seolah-olah berlaku satu peperangan di dalam diriku iaitu peperangan diantara 2 pasukan tentera yang sangat dahagakan kemenangan.Masing-masing cuba berjuang bermati-matian untuk mendapat gelaran juara.

@@@@@@@@@@

Tanpa aku sedari,tiba-tiba datang Pasukan Tentera 1 kearahku.Pasukan tentera 1 itu bermatian-matian mengajakku untuk BERGEMBIRA.Aku berfikir sejenak lalu mempersoalkan kenapa aku harus GEMBIRA?Katanya,tarikh itu adalah tarikh KEGEMBIRAAN dan semua orang,tak kira siapa mesti meraikannya dengan rasa GEMBIRA.Aku mempersoalkan lagi :"Perlu GEMBIRA juga ke walaupun orang itu tidak tahu kenapa dia perlu BERGEMBIRA?.Kata pasukan tentera pertama itu dengan Yakin :"Ya,semua orang mesti BERGEMBIRA walaupun orang itu tidak tahu mengapa dia mesti GEMBIRA!"

Sedang aku berdiskusi dengan Pasukan Tentera 1,tiba-tiba datang kepadaku seorang pemuda.Wajahnya putih bersih dan aku merasa aman dengan kehadirannya.Dia terus berdiri di sisiku dan menghadap Pasukan Tentera 1 itu.Lalu terus menjerit sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah Pasukan Tentera 1 itu :

"Kau DUSTA wahai Pasukan Tentera 1 !Kau telah mengkhianati kebenaran !Aku datang ke sini tidak lain tidak bukan adalah untuk MEMBAWA KEBENARAN!! Manusia mana boleh gembira tanpa ada tujuan.Kegembiraan itu milik TUHAN dan TUHAN telah memberikan syarat untuk kita bergembira pada hari istimewa tersebut.

Buktinya rujuk Surat Cinta yang telah diturunkan kepada manusia iaitu pada Surah Al-Baqarah ayat 183 :


"Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 terdahulu daripada kamu,MUDAH-MUDAHAN KAMU BERTAQWA"(2:183)

"Wahai Pasukan Tentera 1,ketahuilah kamu bahawa,di dalam ayat ini,Allah telah menyatakan satu golongan dan golongan ini sahajalah yang telah menepati syarat untuk BERGEMBIRA di Hari Raya .Itulah dia golongan yang berjaya mencapai tujuan sebenar berpuasa di Bulan Ramadan iaitu seseorang yang berpuasa 30 hari di Bulan Ramadan dan berjaya menjadikan dirinya untuk berTAQWA dan lebih beriman kepada Allah dengan ibadah puasa yang dilakukan.Itulah golongan yang mencapai KEMENANGAN dan hanya golongan yang mencapai KEMENANGAN sahaja yang layak untuk bergembira di Hari Raya.

'' Hal ini sangat bertentangan dengan keadaan di akhir zaman iaitu mereka hanya bergembira kosong walaupun tidak tahu makna mereka bergembira di pagi raya malah menyambut hari istimewa berkenaan dengan maksiat dan penuh dosa.Buktinya,banyak hiburan disiarkan di televisyen dan media lain malah ramai artis yang berpakaian seksi tidak cukup kain menyatakan dia sangat gembira dihari raya..Persoalannya apa yang dia gembirakan?Jadi bertaubatlah wahai Pasukan Tentera 1 !!

Lalu berundurlah Pasukan Tentera 1 dengan rasa malu dan hiba.Aku tercengang melihat situasi yang berlaku dihadapanku sehingga tak mampu meluahkan apa yang dilihat.


@@@@@@@@@@@@

Sedang aku tercengang,tiba-tiba datang kepadaku Pasukan Tentera ke-2.Pasukan Tentera ke-2 ini pula mengajak sesuatu yang berbeza daripada Pasukan Tentera 1.Mereka telah bermati-matian mengajakku untuk BERSEDIH pada hari Istimewa tersebut.Aku pun berfikir sejenak dahulu sebelum aku membuat keputusan.Lalu aku mempersoalkan kenapa aku perlu BERSEDIH?Jawabnya :"Kau mesti SEDIH pada hari itu kerana ramai manusia yang SEDIH pada hari tersebut!!".

Aku mempersoalkan lagi "Kenapa aku berSEDIH apabila ramai di sekelilingku SEDIH, sedangkan aku tidak tahu mengapa harus aku SEDIH".Lalu jawab Pasukan Tentera ke-2 itu dengan tegas:"Kau mesti ikut budaya sesuatu tempat itu.Kau perlu menghormati masyarakat pada tempat itu.Kalau mereka semua bersedih tetapi kau pula tida bersedih,maka kau telah dianggap sebagai Pengkhianat Masyarakat kerana tidak menghormati budaya masyarakat itu !".Aku mula menjadi bingung dan pening serta semakin keliru untuk membuat keputusan.

Sedang aku dalam keadaan dilemma itu,tiba-tiba datang kepadaku seorang tua yang barangkali umurnya telah mencapai 80 tahun.Dia berjalan dalam keadaan membongkok kearahku.Air muka wajahnya begitu tenang sekali,begitu mendamaikan apabila memandang wajahnya.Dia terus berada disisiku dan berdiri menghadap kearah Pasukan Tentera ke-2.

Lalu dia telah menjerit :"Kau telah berdusta wahai Pasukan Tentera ke-2!Kau bukan membawa kebenaran tetapi kau telah membawa satu Pembohongan yang akhirnya akan membawa kepada kecelakaan.Mana boleh seseorang manusia itu BERSEDIH pada hari Istimewa itu hanya kerana masyarakat di sekelingnya berSEDIH.Mana boleh seseorang manusia berSEDIH pada hari istimewa tersebut tanpa diketahui kerana apa dia berSEDIH.

Manusia yang menangis di hari lebaran itu hanya kerana melihat banyaknya drama yang menayangkan kisah2 sedih di hari lebaran adalah manusia yang tidak berpendirian teguh kerana bersedih diatas sesuatu perkara yang tidak realistik.Jadilah seorang yang REALISTIK.Nabi Muhammad S.a.w telah memberikan kita sebab-sebab yang realistik untuk kita bersedih di hari lebaran itu.Buktinya :

1.Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya."

2.Rasulullah bersabda:

"....Sesungguhnya Malaikat Jibril telah mebisikkan(doa) kepadaku...katanya:CELAKALAH ORANG YANG MENDAPATI/MELALUI BULAN RAMADAN,TETAPI DOSANYA TIDAK JUGA DIAMPUNI.Lalu aku mengaminkan doa tersebut.....(Riwayat Bukhari)

"Jadi,untuk pengetahuan kamu wahai Pasukan Tentera ke-2.Hadis-hadis diatas adalah sebab2 realistik mengapa kita perlu bersedih.Yang pertamanya,perkara yang kita MESTI SEDIH pada Hari Raya itu ialah kita sedih kerana meninggalkan bulan Ramadan yang mana telah dinyatakan pelbagai keistimewaannya didalam hadis pertama itu.Yang Kedua ialah kita gerun dan takut dengan ancaman Allah yang telah dinyatakan di dalam hadis ke-2,lalu kita bermuhasabah diri dan muhasabah yang kita lakukan itu telah menyebabkan kita merasa SEDIH jika kita tidak bertambah beriman setelah meninggalkan bulan Ramadan.

Mendengar penerangan dari orang tua itu,lantas Pasukan Tentera Ke-2 mengambil jalan untuk berundur dari medan peperangan dengan rasa insaf dan hiba.

@@@@@@@@@@@@

Maka akhirnya,tamatlah peperangan yang berlaku didalam diriku.Aku mula memahami apakah aku patut GEMBIRA atau aku patut SEDIH.Tetapi anda pula bagaimana?Tepuk dada tanya iman.Selamat Beramal~

No comments: