Salam alaik~...Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana akhirya filem yang kutunggu2 akhirnya muncul juga..::Filem Ketika Cinta Bertasbih::..walaupun belum keluar di pawagam di Malaysia.Apepun,kuharapkan filem ini dapat memberi nafas baru terhadap filem2 yang mempromosikan Islam dan mengambil iktibar dari filem islamik yang agak membuatkan kukecewa walaupun mendapat sambutan yang amat luar biasa iaitu Filem Ayat2 cinta.Banyak kandungan dan nilai2 islam terutamanya tentang definisi Cinta yang ada pada Novel tidak ada pada filemnya..Sedeynya~..Watak Aisya yang sangat solehah didalam novel juga digambarkan sedikit lari ketika digambarkan didalam filem.
Bila kuimbas balik kedua2 episod novel 'Ketika Cinta Bertasbih' yang telah saya baca,ia telah memberikan kesan yang besar kepada diriku untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.Mesejnya bukan hanya tentang Cinta tetapi ia juga menceritakan tentang perjuangan melawan nafsu,erti kejujuran,persahabatan dan banyak lagi...Saya sangat2 terkesan dan kagum dengan watak 'Azzam' iaitu seorang pemuda Indonesia yang menuntut di Universiti Al-Azhar yang sangat gigih dan rajin.Cuba bayangkan,ketika dia belajar,dia boleh menyara keluarganya di Indonesia dengan menjual bakso dan tempe di Mesir sehingga adiknya dahulu yang lulus pengajian walaupun dia masih belum lulus pengajian.
Satu lagi yang aku sangat kagumi tentang peribadi Azzam ialah,pergaulannya dengan kaum hawa.Pernah dalam,satu peristiwa,puteri dari Duta Besar RI Mesir,Elliana menelefon Azzam dan ingin memberikan ciuman sebagai tanda hadiah dia menjaga makanan pada acara ayahnya...lalu Azzam terus menolak dan menyatakan "aku sangat2 takutkan Allah'' dan memberi penerangan kepada Elliana dengan penerangan yang cukup menyentuh hati dan secara tak langsung telah memberi kesedaran dan mengubah Elliana untuk menjadi wanita yang solehah...~Hebat2~
Mesej yang sangat terkesan dihati saya ialah bagaimana kedua2 watak utama iaitu Azzam dan Anna cuba menahan gelora cinta yang mereka rasai semata2 ingin menjaga kesucian cinta yang kudus iaitu cinta kepada Yang Maha Esa.Mereka saling suka-menyukai tetapi mereka tahu,cinta yang sebenar2nya halal dan suci adalah cinta selepas kahwin.::No Love Until Akad::.Mesej ini secara x langsung membuatkan diriku menanam azam untuk mencari dan menghadirkan cinta di hati ini hanya selepas kahwin..walaupun kutahu banyak mehnah dan cabaran yang perlu kuhadapi..Moga2 ia menjadi kenyataan.
Banyak lagi babak yang sangat menarik untuk dikongsikan..kesimpulannya novel ini dapat menjadi tazkiyatunnafs kepada pembaca secara tidak langsung memberi gambaran yang cukup indah terhadap Islam.Apepun,saya sangat2 berharap agar filem yang akan diterbitkan sebijik isinya macam novel yang saya kagumi ini..:: X sabar rasanya nak tengok..hehe~
3 comments:
sbnarye cter ini adalah indah khbar dr rupe..
diibaratkan sperti menghalalkan apa yg hram n mgharamkan apa yang halal..
berbeza pd novel yg dbaca,,
wallahua'lam..
syukran ats tguran..
wassalam
salam..jom gi tgk sesama...hik3..
akoo suke cite yg camnie....adaptasi dr novel sebab akoo x leh tahan bace novel..hahaha...hahaha..paham2 la...cant wait to watch the movie
Post a Comment