Friday, June 26, 2009

Business= Dakwah?


Salam alaik~Alhamdulillah saya ucapkan kerana keinginan saya untuk menubuhkan ''Afzan Luv BooK Sdn Bhd" akhirnya tercapai.InsyaAllah,perniagaan ini akan bermula minggu depan iaitu semasa Program Sehari Bersama Muslimah.

Tujuan saya menjalankan perniagaan buku ini bukan hanya untuk berniaga,iaitu mencari keuntungan semata tetapi matlamat yang lebih penting ialah,saya berharap ia menjadi satu medan dakwah bagi mewarnai hati-hati mereka yang ingin mencari redha Tuhan.InsyaAllah.

Poster 1


Poster 2


Poster 3



Tuesday, June 23, 2009

::Asif Jiddan Atas Segala Kesulitan::

[ubat+hati.jpg]

Asif banyak2 saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini kerana ketidak'update'nya Blog ini selama 6 bulan..Blog ini mengalami kesibukan Lalu Lintas.Harap Maklum

Saturday, January 31, 2009

Keberanian PM Turki kecam Peres


PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (Gambar 1 & 2)

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (Gambar 3).

Sumber: Berita Harian- 31 Januari 2009

Friday, January 30, 2009

Jom Baca Buku Baru !!!


Salam alaik~...Pada pagi tadi,alhamdulillah hati saya terdetik untuk membeli 2 buah buku di Pustaka Rezeki Harapan,Wisma Yakin...Rancangan asalnya,saya ke KL hanya untuk membeli hadis 40 yang ditempah oleh sahabat2 saya..Tapi biasalah kan,bila dah pi kedai buku,mata mesti jadi rambang...tangan pun gatal nak belek2 buku yang dilihat..So,nak X nak,kena jugaklah keluarkan duit dari dompet untuk memenuhi hati yang mengidam..Apepun,bila fikirkan yang diri ini sangat2 ketandusan ilmu,rasenya X rugi pun kalau kita laburkan duit kita untuk membina jambatan ilmu itu...X gitu ke?~Huhu~...Berikut ialah buku2 yang telah saya beli :

1.Menjadi Survivor dalam Dunia Penuh Mencabar

Sebenarnya,dah lama saya mencari buku ini,tapi X jumpa2...sampailah hari ini,alhamdulillah bertemu jugak jodoh saya dengan buku ini~Huhu~...Saya mengenali "Si Dia" semasa fasilitator saya pada Program Jalinan Ukhuwah (PJU) APIS, promote untuk beli buku ini.Kelebihan buku ini ialah,ia membincangkan dengan detail tentang masalah2 gejala sosial yang berlaku seperti Zina,Blackmetal,Coupling dan banyak lagi...Persoalan yang dibawa ialah "Apakah peranan kita" dalam mengatasi semua masalah gejala sosial ini...Nak tahu lebih lanjut..Silalah beli ye!!


2.Quantum Dakwah dan Tarbiyah


Time kat kedai tadi,itulah first time saya tengok buku ini...ia adalah buku Indonesia..Bahasa pun dalam bahasa Indonesia..Tapi ia agak mudah difahami.Kelebihan buku ini ialah,ia memperjelaskan tentang gerak kerja dakwah dengan detail...ia agak berbeza dengan buku fiqh dakwah yang lain kerana gaya bahasanya agak santai dan tidak terlalu berat...Ditambah pula dengan penambahan kaitan dengan falsafah barat..ia menjadikan kandungan isinya tampak menaik dan kreatif...Apepun saya suka falsafah yang dibawa iaitu "Setiap manusia yang mengucap kalimah syahadah adalah Daie"...Nak tau dgn lebih detail,Silalah korbankan duit anda untuk membeli buku ini ye~Huhu~...Akhir kata,Wassalam.

Wednesday, January 28, 2009

Apa Peranan Kita?


Salam alaik~..Sejak akhir2 ini,kita digemparkan dengan berita2 tentang penderitaan rakyat Palestin yang ditindas oleh puak Zionis(Yahudi Laknatullah)...Habis gempar semua media bercerita dan mengulas tentang isu Palestin..Kalo tengok muka depan Surat khabar,mesti ada gambar2 anak2 Palestin dibunuh dengan kejam...Kalo tengok Tv pulak..time slot iklan,kalo sesiapa perasanlah..time nilah Seorang isteri bakal PM keluar Tv untuk meminta derma Palestin~Hebat2~..Publisitinya seolah2 Palestin baru je diserang dalam tempoh sebulan dua ini..

Tapi ketahuilah wahai sahabat2 sekalian,Palestin bukannya dijajah dalam masa sebulan dua ini...Tapi mereka telah menderita sejak 60 TAHUN yang lalu...Cuba bayangkan,betapa seksanya mereka...Dibunuh...Dirogol...Rumahnya diroboh...Kepalanya dipijak... dan banyak lagi penyeksaan yang dirasai oleh mereka...Persoalannya,adakah kita sekadar melihat penyeksaan saudara2 kita di hadapan televisyen dan surat khabar tanpa terdetik di hati kita untuk menolong mereka?Jadi sebenarnya,apa peranan kita terhadap mereka?


1.Boikot barangan yahudi dan Amerika



2.Mendoakan keselamatan & keamanan mereka...


3. Menderma semampu yang mungkin


4.Membina kekuatan Umat Islam

" Jangan mimpi Umat Islam untuk bersatu mengalahkan kami jika bilangan solat Subuh berjemaah di masjid tidak seramai bilangan jemaah pada Solat Jumaat"
(Kata2 seorang Jeneral Yahudi)

Saturday, January 3, 2009

~Memori Cuti Semalam~


Salam alaik~...Kaifahalukum anda semua?Rasanya dah lama jari-jemari ni x menaip pada blog yang tersayang ni..Rindu banget rasanya..~Huhu~...Nak buat camner kan?Bak kata orang "X de jodohlah katakan"...Adui,merepek plak dah...Erm,kalo nak diikutkan,Sekarang ni,saya masih berada pada musim yang yang sangat disukai oleh semua orang..Guess what?Mestilah Musim Cuti Sekolah!!~Huhu~..Tapi Malangnya cuti yang saya katakan tadi hanya tinggal nyawa2 ikan je~Sedihnya~...Yelah,kalo x silap,hanya tinggal beberapa hari je lagi,saya kena pulang ke maktab(IPTAA) untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang pengemis ilmu...

Apepun,saya mengucapkan setinggi kesyukuran kerana dengan izinnya,Alhamdulillah,saya dapat merasakan cuti kali ini merupakan cuti yang paling bermakna bagi diri saya kerana bagi saya hampir keseluruhan cuti saya kali ini iaitu lingkungan masanya dalam 2 bulan,dapat dimanfaatkan dengan program2 yang menjana minda dan pengalaman...Yelah,X kan time cuti nak duduk rumah je kan?Duk rumah,asyik makan,tido,tengok Tv...Kang X pasal2 jadi macam "Biawak di bawah tempurung"(Eh,biawak ke katak ye?~Huhu~)..Apepun,InsyaAllah saya akan berkongsi sikit sebanyak tentang program yang saya ikuti semasa cuti ni....


1.KEM BINA SAHSIAH

Sebagai:Fasilitator
Tarikh:15 November -7 Disember 2008(3 minggu)
Tempat:Muassasah Darul Ulum,Kedah
Anjuran:Kerajaan Negeri Kedah


2.PROGRAM JALINAN UKHWAH

Sebagai :Peserta
Tarikh:19-21 Disember 2008
Tempat: ILDAS,Sabak Bernam
Anjuran:Alumni Pelajar Islam SBP


3.KEM KENALI DIRI..MAN 'ANA'

Sebagai:Fasilitator
Tarikh:23-25 Disember 2008
Tempat:Masjid Rahman,Temerloh
Anjuran: Akademi Belia Muslim Pahang


4.PROGRAM TASK FORCE NEW YEAR 2009

Sebagai :Sukarelawan
Tarikh: Malam 31 Disember 2008
Tempat:KLCC,KL
Anjuran:Karisma dan JIM



1001 Kenangan Kem Bina Sahsiah


~Muassasah Darul Ulum~

Saya ingat lagi,time seminggu sebelum musim cuti bermula,time tu masih lagi dalam exam week,ada seorang kawan mempelawa saya untuk jadi fasilitator bagi Kem Bina Sahsiah yang diadakan di Muassasah Darul Ulum,Kedah pada...Bila saya soal dengan lebih lanjut berkenaan program ni..saya amat terkejut bila tau yang kem ni berlangsung selama 3 minggu..pastu kat negeri kedah pulak tu..Monolog hati saya kate "Gila apa kem motivasi 3 minggu..X pernah dibuat orang".Tapi gerak hati saya mengatakan 'Ya' untuk pergi kerana bagi saya kalo kat rumah pun,bukannya buat apa sangat pun…lebih baik,bermujahadah selama 3 minggu,boleh kumpul pengalaman untuk handle budak2 remaja yang semakin rosak sekarang ini...

Tapi biasalah,sesuatu perkara yang baik pasti ada rintangan yang perlu dilalui..Apabila saya sampaikan keinginan saya untuk join program ni pada emak dan ayah,pada mulanya both my parent berkeras X bagi saya pergi kem itu,sebab katenya 3 minggu tu satu tempoh yang lama…takut kalo ada berlaku apa2..Tapi Alhamdulillah,setelah dipujuk rayu,akhirnya bapa saya menyebelahi saya.Bapa saya pulak pujuk emak saya dan Alhamdulillah akhirnya kedua2nya akur dengan permintaan saya…

Kem Komanden,Ustaz Nizam

Setelah sampai kat Stesen bas kat Kedah,ada seorang urusetia yang mengambil saya untuk dihantar ke Muassasah Darul Ulum.Dia perkenalkan dirinya sebagai ‘Ayah Dzul’.Dalam kereta,saya banyak bertanya pasal background Kem Bina Sahsiah(KBS) ni sebab saya pun X tau apa2 pasal kem ni..Then dia pun citerlah,KBS ni adalah projek Menteri Besar Kedah dan tahun ni dah masuk kali ke-5 kem ni diadakan dan peserta yang terlibat iaitu dalam lingkungan form 1 hingga form 5..Then, kem ni bukan macam kem motivasi 3 hari yang lain,totally different..sebab kem ni memang tujuannya betul2 nak ubah akhlak seseorang peserta itu..sebab tu tempoh masa kem ni lama iaitu selama 3minggu....

Then Ayah Dzul mengingatkan saya,untuk jadi fasi,kena betul2 kuatkan dalaman diri…Coz peserta yang akan datang,sumenya bukan yang baik2,tetapi yang datang hampir semuanya yang bermasalah.Emak dan ayahnya dah X tau camner nak handle anak2nya yang semakin liar,then pasal tulah depa hantar ke Kem Bina Sahsiah ni…Apepun,Ayah Dzul ingatkan saya supaya sentiasa bersabar..Coz nnti memang kita akan menghadapi situasi tension dan bengang dengan perangai budak2 tu…tapi yakinlah,dengan kesabaran menghadapi kedegilan remaja2 ni,mereka akan mengalah dengan kita dan bersedia untuk mengubah sikap dan akhlak.Fuhh..termenung saya sendirian sambil bermonolog dalam diri “Kuat ke diriku ini untuk menanggung beban ini”.

Ketika Ditarbiyah selama 1/2 Jam akibat satu bilik kantoi simpan rokok

Sepanjang program yang bermula 16 November ni, 1001 kenangan dan dugaan yang saya hadapi.Apepun sepanjang program ini,saya dapat merasakan pengurusan program ni cukup2 cantik..masing2 ada tugas tersendiri bagi mencapai matlamat mengubah akhlak peribadi peserta2 ni berjaya.Contohnya,Biro displin diarahkan untuk menjaga displin peserta seketat yang boleh.Kalo nak diikutkan Biro displin ni hanya ada 2 orang je..tapi jangan pandang sebelah mata, diorang ni memang cengih(garang) habislah…tengok muka pun dah cuak budak2 ~Huhu~ Kalo dilihat sepanjang program,memang displin peserta sangat2 dititikberatkan...

Ingat lagi,time malam pertama dalam program itu,rasanya dalam lingkungan pukul 2,disebabkan hanya 1 bilik bising2 dan X tido lagi,habis semua orang kena keluar dari bilik masing2 untuk dibrainwashkan..~Siannya,malam pertama dah kena basuh dah…Then,program ni jugak banyak menekankan soal ketepatan masa.Kat program ni guna konsep, “sorang lambat sume kena”...Contohnya,ketika pergerakan peserta dari asrama ke surau..kena beratur di dataran asrama dulu untuk pastikan semua peserta cukup,time tulah "sorang lambat,sume kena" digunakan iaitu walaupun hanya sorang je yang lambat turun,so secara automatik sume kena denda..Menarik bukan?~Huhu~

~Slot Lilin Keinsafan~

Bagi kami,sebagai Fasilitator,tugas kami berbeza dengan tugas biro displin.Tugas kami lebih kepada mendapatkan kepercayaan peserta2.Kalaulah biro displin kena guna konsep marah2...Kami pulak kena guna konsep pujuk2..So berlaku satu rantaian psikologi yang sangat2 cantik…Apabila seseorang itu dimarah,secara fitrahnya dia mesti nak luahkan ketidakpuashatian kepada seseorang…So time nilah Fasilitator memainkan peranan untuk menjadi pendengar yang baik lalu cuba meraih kepercayaan dari peserta.Apepun,untuk mendapakan kepercayaan dari seseorang,bukanlah semudah ABC..ia perlukan sedikit pengorbanan…pengorbanan dalam menunjukkan bahawa kita caring keatas perihal dia.Sebab ada satu kata2 mengatakan "People don’t care how much you know until they know how much you care!"..So satu-satunya nya cara untuk menunjukkan kita ni caring pasal dia,kita kenalah sentiasa bersama2 dengan mereka supaya mereka merasakan diri mereka dihargai....


~Kembara di Bukit Hijau~

Antara slot yang menarik sepanjang 3 minggu ini ialah time ekspidisi di Bukit Hijau.Kalo nak diikutkan plan awal,ekspidisi ni dibuat di Gunung Jerai.Tapi malangnya,disebabkan Gunung Jerai mengalami bencana tanah runtuh,so terpaksalah ubah tempat ke Bukit Hijau.Kat Bukit Hijau ni,segala kuasa yang ada pada Urusetia dan Fasilitator diberikan kepada Unit AMAL negeri Kedah.Mean,authoriti kuasa Unit AMAL dalam memberi arahan lebih tinggi dari Urusetia dan Fasilitator.Mesti sume tertanya2 kan apa tu Unit Amal kan?Erm..Unit Amal ini sebuah badan persatuan unit beruniform..lebih kurang macam Pengakap dan PBSM tapi Unit Amal ni badan islamik...coz ia dibawah naungan parti politik yang benderanya warna hijau..~Huhu~..Apepun cara tarbiyah Unit Amal ini agak keras dan tegas macam tentera...terok budak2 tu kena…Ingat lagi malam kedua kami di Bukit Hijau,time tu lebih kurang pukul 3,disebabkan ada satu khemah yang masih bising2,so dengan kuasa yang ada,Unit Amal arahkan sume budak2 keluar dari khemah dan sume didenda guling satu padang dalam keadaan padang yang agak lecak..Malam tu habis sume peserta tido dalam keadaan baju berlumpur …Ish 3x..Siannya~…

~ Unit Amal Kedah~

Kat Bukit Hijau tu,bukan hanya peserta je ditarbiyah,fasilitator juga turut sama ditarbiyah oleh Unit Amal.Ingat lagi mase hari ketiga kat Bukit Hijau,tetiba pada pagi itu kami dipanggil oleh Unit Amal untuk ke padang…Pastu kami diarahkan untuk berdiri dihadapan kumpulan masing2..Berdebar jgk time tu..terasa sesuatu pasti akan berlaku…Sangkaan saya tepat..Tetiba Ketua Unit Amal tu menjerit “Fasi dan peserta Kump 1 datang ke hadapan saya CEPAT!!”

So apalagi lintang pukang lah saya dan anak2 buah saya berlari ke hadapan Ketua Unit Amal itu..Pastu,dengan suara yang tegas dia beri arahan kepada saya “Sekarang kamu sebut sorang2 nama ahli kumpulan kamu lengkap dengan nama bapanya sekali!!”..Tergamam seketika saya…Monolog hati saya berkata “Nama anak buah mestilah ingat..Tapi nama bapanya…~Aduhai~”..Saya cuba meneka nama ayah mereka tapi malangnya salah…So as the punishment,saya dan fasi2 yang senasib dengan saya kena jalan itik setengah padang..Sedihnya~…Tapi apapun InsyaAllah ianya memberi pengajaran kepada diri saya untuk optimis menghafal nama mad’u2 yang dipegang…

Slot lain yang saya rasa agak special dalam kem ini ialah slot menziarahi kubur.Dalam slot ini,sebanyak 4 kubur yang berlainan digunakan...yang mana setiap kubur mempunyai nilai kedasyatan dan keseraman yang berlainan..dan nilai ‘keotaian’ peserta akan menentukan nilai keseraman kubur yang akan diziarahi. Kubur yang agak kuat keseraman dan kegelapannya seperti kubur Pak Kiau Special akan diletakkan dengan budak2 yang namanya ada dalam list teratas budak2 ‘nakal’.Dan yang paling menarik,Top 4 dalam senarai yang paling ter’nakal’ dan ‘terotai’ akan diletakkan didalam lubang liang lahad yang telah siap digali....

Slot ini bermula pada pukul 11 malam dan berakhir pada pukul 3 pagi dan semua peserta dibahagikan kepada 4 trip.Setiap peserta dikehendaki duduk di hadapan kubur dan memegang batu nisan selama 40 minit.Pelbagai gaya dan telatah dapat dilihat pada malam itu di kubur,ada yang pejam mata dan zikir kuat2…Ada yang tutup kepala dan muka dengan kain pelikat,dan yang menariknya ada yang sengaja zikir kuat2..bila zikir kuat2,diorang taulah kat mana member diorang berada..then bila dah ramai wat camtu,masing2 dah tau tempat member2nya,so dengan gembiranya diorang berkumpul buat bulatan halaqah bagi menghilangkan rasa takut di kubur yang gelap gelita itu...Macam2 perangai~Huhu~…

Apepun pada esok petangnya,kami mengadakan muhasabah bagi aktiviti menziarahi kubur malam semalam…Kami mengharapkan agar mereka akan menceritakan keinsafan mereka apabila menziarahi kubur..Time muhasabah,bekas Ketua Fasi tahun lepas yang handle..tujuan muhasabah yang diadakan seolah2 tidak kesampaian kerana peserta banyak citerkan perkara2 pelik mistik yang berlaku pada mereka..contohnya kubur bergegar,datang bau wangi dan macam2 lagi..Suasana sedih yang kami harapkan tidak dapat diwujukan..sebaliknya suasana gelak2 yang wujud time tu..tapi Alhamdulillah,Kem Komanden ,Ustaz Nizam yang juga seorang ulama muda datang tepat pada masanya…Dia perbetulkan balik keadaan dan cuba mewujudkan suasana sedih dengan provoke peserta untuk ceritakan dosa2 silam mereka…Alhamdulillah,seorang peserta muslimat mula menceritakan dosa2 silamnya…Memang sadis jugak citernya..


Dia ceritakan yang dia ni ada seorang boyfriend,then dia selalu bawa boyfriendnya di halaman luar rumah..tapi disebabkan jiran2 selalu bising2 sebab bawa boyfriendnya di halaman luar rumah,pada suatu hari dia bawa boyfriendnya kedalam rumah bagi elakkan jirannya bising2…tetiba pada hari tu emaknya balik awal..So dia suruh boyfriendnya sorok kat siling rumah..Malang X berbau,time emaknya masuk rumah,tetiba siling rumahnya pecah..So terkantoilah dia membawa boyfriendnya masuk ke rumah...walaupun dia X pun berniat nak buat maksiat…So kecohlah satu keluarganya…

Sejak dari insiden itu keluarganya mengawalnya dengan ketat…tapi biasalah hati remaja mudah memberontak,sampaikan dia pernah lari dari rumah..dan dia membenci emaknya sebab mengongkong hidupnya...Begitulah serba sedikit luahan hatinya...Saya ingat lagi kata2 akhir budak pompuan itu sebelum dia melepaskan mikrofon iaitu “Emak,maafkan saya mak,saya takut saya mati dalam keadaan emak X meredhai hidup saya”..Menangis satu dewan mendengar kisahnya..Lepas itu masing2 mula menceritakan kisah hidup silamnya…memang suram sepi keadaan dewan time tu..Tapi yang paling dashyat sekali,sampai ada yang pengsan mase menceritakan dosa2 iaitu dosa berzina..Nauzubillahi min zalik...Apepun,Alhamdulillah saya ucapkan kerana saya dapat katakan semua yang berada dewan menangis mengenangkan dosa2nya…termasuk yang otai2 walaupun depa malu2 nak nangis…tapi tetap nangis jugak...

Apepun saya mengucapkan setinggi2 kesyukuran kerana Allah campakkan saya pada kem ini..kerana dalam kem ini barulah saya tahu realiti kerosakan akhlak masyarakat kita yang sebenar..realiti pemuda dan pemudi yang hilang arah kehidupannya akibat ledakan maksiat yang menggila di sekeliling...realiti manusia yang tidak mengerti erti mengapa mereka hidup dan dilahirkan...Apapun,dalam saya mentarbiyah orang lain,perlu juga saya untuk sentiasa bermuhasabah diri...Kang,dosa orang sekecil semut bukan main nampak sedangkan dosa kita sebesar gajah buat2 X nampak je...Kerana dalam Surat Cintanya, Allah mencela manusia yang bersikap sedemikian dalam surah As-Saff ayat ke 3 iaitu "Amat celaka disisi Allah,jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"(As-Saff:3)...Moga2 kita dilindungi dari golongan ini...Amin

Monday, December 8, 2008

~CeRPeN SePaHiT MaDu~

Oleh:Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya. .." Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya....."

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

" Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ya sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri. "Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?"Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Fikri.

*** "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [QS al-Taubah 9:24]

Friday, October 17, 2008

~Erti Warna-warni Kehidupan~

Setelah Diri Diwarnai Dengan Warna-warni Keimanan,Kita Juga Ingin Mewarnai Orang Lain Untuk Merasa Keindahan Warna-Warni Yang Telah Kita Rasai

Friday, October 3, 2008

Kenapa ye kita Raya??


Teringat pula masa saya kecik2 dulu,time tu saya merasakan hari yang paling best dalam hidup saya ialah Hari Raya...Sebab apa ye??Erm,coz time raya itulah saya dapat makan macam2 makanan favourite saya sebab,memang menjadi kewajiban setiap hari raya,emak dan nenek akan memasak lemang,ketupat,rendang daging,ayam kicap,ayam merah,soto dan sebagainya untuk dijadikan juadah di pagi raya..Sedapnya!! ..Then,time raya nilah jugak saya berpeluang untuk main mercun dan bunga api..Bestnya!!Mercun yang paling saya suka main ialah mercun roket..coz saya suka sangat bila tengok benda berapi yang terbang...macam pelik pulak kan?~huhu~

Lepas tu,tiap-tiap kali nak raya jugak,abah akan belikan saya baju raya baru...selalunya abah akan belikan 2 @ 3 pasang...Memang happy habislah dapat pakai baju baru..terasa nak melompat-lompat je~huhu~..Dan perkara terakhir yang membuatkan diri saya sangat 'bahagia' sewaktu hari raya ialah x lain x bukan time dapat duit raya~Yahoo!!..kadang2 sebab nak duit raya lebihlah,saya sanggup buat muka x malu,pergi beraya kat kampung lain semata2 untuk kutip duit raya~aduhai~..Apepun,semua perkara yang best2 itu menjadi kenangan terindah dalam diari hidup saya lalu menyebabkan saya sentiasa merindui dan ternanti2 munculnya Hari Raya saban setiap tahun...

Namun,ketika itu tiba2 timbul persoalan dalam diri saya.."Kenapa ye saya menyambut Hari Raya"??Apa pentingnya Hari Raya kepada saya??So,saya pun mencari makna saya menyambut Hari Raya dengan menggunakan observation persekitaran yang saya lihat disekeliling saya. Maka dengan menggunakan akal seorang budak yang berumur 8 tahun,saya membuat kesimpulan bahawa Saya perlu menyambut hari raya sebab hari raya adalah hari untuk saya bergembira kerana time itu sajalah saya boleh makan banyak makanan yang sedap2,saya dapat baju raya baru,dapat main mercun roket dan yang paling best,saya dapat banyak duit raya!!Yahoo!!!...Maka definisi itu saya pegang dan sematkan dalam hati bagi menjadi penguat bagi mendapat keseronokan di Hari Raya.

Tetapi,kini,apabila saya semakin meningkat menjadi dewasa,apabila saya sudah tersentuh dengan sentuhan tarbiah..Barulah saya mengetahui hakikat sebenar "kenapa kita menyambut hari raya".Kita menyambut hari raya bukanlah sepertimana yang saya fikirkan semasa kecil iaitu..Bila ingat Hari Raya je..mesti automatik ingat nak makan juadah makanan yang sedap2 spt lemang,ketupat,rendang,X pun ingat nak main mercun,dapat beli baju baru dan dapat duit raya.Bukan itu semua!!!So kita tukar mindset kita kepada hakikat sebenar.

Hakikat sebenar yang saya maksudkan ialah...Kita beraya di Hari Raya adalah kerana kita meraikan satu kemenangan!!!Kemenangan apa pulak ni???Erm..kalau nak tahu,apa yang dimaksudkan dengan kemenangan itu,Jom sama2 kita selongkar balik tujuan utama kita berpuasa sebagaimana termaktub dalam Surat Cintanya pada Surah Al-Baqarah,ayat ke-183.

"Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 terdahulu daripada kamu,MUDAH-MUDAHAN KAMU BERTAQWA"(2:183)

So dalam ayat diatas,Saya cuma ingin meng'Bold'kan di hujung ayat itu iaitu "Mudah-mudahan kamu bertaqwa". Ayat itu telah menyatakan tujuan utama berpuasa iaitu untuk menjadi orang yang bertaqwa.Berbalik kepada maksud kemenangan itu,So kita dapat merumuskan bahawa Kemenangan yang dimaksudkan adalah kemenangan orang2 yang berpuasa dan dengan puasanya itu,dia menjadi orang yang bertaqwa.

So kita boleh buat hipotesis bahawa orang yang benar2 layak menyambut Hari Raya hanyalah orang2 yang puasanya menjadikanya bertaqwa!!!Setuju x dengan statement itu??Mesti ramai x setuju kan...Biasalah,perkara yang benar pasti ditentangi ramai...Memang adat dalam perjuangan..

Kadang2 sedih jugak bila tengok gelagat masyarakat kita beraya...Macam2 gaya dan cara..Bagi mereka,Hari Raya ni hanya hari suka2 kosong...Hari untuk berhibur dengan pelbagai lagu2 raya,Filem hindustan,filem melayu yang ntah apa2 dan bermacam2 lagi.Kalo tengok TV time raya,memang hancur habis,ramai artis yang mendefinisikan hari raya dengan cara memakai baju yang x cukup kainnya...Aduhai masyarakat~Bilalah agaknya mentality kita semua akan berubah?Alangkah baiknya jika kita semua tahu akan hakikat sebenar tentang Hari Raya..Moga2 menjadi kenyataan..Amiin

Sunday, September 28, 2008

~Panorama Teratak Baruku~

Salam alaik~Kabare sume?Pada entry kali ni jom sama2 melawat Teratak Baruku ~Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan~...So apa lagi...JOM LAWAT!!! hehe


Pintu Masuk Utama



Pejabat Pengurusan


Pandangan Dari Atas


Dewan Kuliah

Blok Akademik





Tempat Lepakku~Surau As-Syafie~


Tangga ke Blok Akademik...Kat tepi tu ade air terjun..Cantik!!~Huhu~

Jambatan Gantung yang Unik

Pagi tu berkabus giler..terasa macam kat London je


Uihh..Gayatnya jambatan tu!!~hehe~