Thursday, August 27, 2009

::Drama Cinta Sempurna ::

Idea Asal : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Skrip : Zabidi Mohamed
Penerbit : Cerna Media Sdn Bhd

Salam Ramadhan kepada sahabat2 semua...Moga2 Ramadhan kali ini membawa kita seribu makna dalam kehidupan kita...Erm,untuk entry pada kali ini,saya suka untuk berkongsi dengan sahabat2 semua drama yang telah lama saya tertunggu2 walaupun baru je disiarkan di Oasis Astro iaitu...::Drama Cinta Sempurna::..Wahh,jadi peminat drama pulak dah...~Hehe~

Persoalannya,apa istimewanya drama ini berbanding dengan drama lain?Bagi saya,keistimewaan yang ada pada drama ini ialah cerita asal drama ini datang dari penulis blog yang saya kagumi iaitu Ustaz Hazrizal@Saifulislam dimana beliau telah mengetengahkan isu pemikiran skeptik terhadap agama atau salah faham tentang agama yang semakin menular didalam masyarakat kita.

Selain itu,drama ini juga memberi mesej bahawa method dakwah itu perlu diupdate mengikut keadaan semasa..sebagai contoh dalam drama ini,penampilan ustaz x semestinya perlu berkopiah,berserban dan berjubah kerana kita perlu membuatkan orang yang kita seru itu selesa dengan kita seterusnya mudah untuk dia melakukan perubahan diri...

Saya tertarik dengan penampilan Ustaz Nazir dalam drama ini,iaitu ketika dia berhadapan dengan Shila,iaitu gadis yang telah rosak akidahnya,Ustaz Nazir hanya berpakaian seperti orang biasa dan tidak memakai jubah,kopiah,songkok dan sebagainya kerana dia tahu pakaian itu boleh menyebabkan Shila menjauhkan diri daripadanya lalu secara tak langsung merencat pendekatan dakwahnya.

Tapi apapun,terus terang saya katakan yang saya kurang suka sesetengah part bagi watak Ustaz Nazir terutamanya time part dia berdating dan berdua-duaan dengan Dr Najihah...seolah2 memberi lampu hijau kepada masyarakat utk berdating dan berikhtilat..."Ustaz boleh berdating,kami pun mesti boleh berdating" barangkali itulah persepsi yang akan masyarakat fikirkan...Nampak sangat begitu besarnya pengaruh dan peranan orang yang membawa Islam...Wallahu A'lam


SINOPSIS


DATUK BURHAN seorang ahli korporat yang hidup begitu extreme dengan gaya dan budaya barat secara tiba-tiba mendapat kesedaran beragama sekembalinya dari mengerjakan umrah. Namun kerana kesedaran berteraskan emosi semata tanpa ilmu islam di dada, Datuk Burhan beralih dari satu extreme kepada extreme yang lain iaitu kepada extreme dalam beragama.

Datuk Burhan secara tergesa-gesa telah menghantar secara paksa dua anaknya NAJIB (12th) dan SHILA (10th) ke sekolah agama berasrama tanpa berbincang terlebih dahulu dengan isterinya DATIN ZARINA yang ketika itu berada di luar negara. Semua itu di lakukan oleh Datuk Burhan atas alasan mahu menebus dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Najib dan Shila yang sudah terbiasa dengan kehidupan serba mewah dan kesenangan hidup terpaksa akur dengan tindakan ayah mereka. Sebagai tanda protes, Najib dan Shila telah bertindak memberontak dengan pihak pentadbir sekolah agama di mana mereka belajar. Pentadbir dan guru agama yang tidak tahan dengan kenakalan mereka akhirnya meminta Datuk Burhan mengambil anak mereka semula.

Datin Zarina mengambil peluang ini untuk mempertikaikan tindakan suaminya sebelum ini yang telah bertindak menghantar anak mereka dari International School ke sekolah agama tanpa terlebih dahulu berbincang dan mendapat persetujuan anak-anak mereka. Datin Zarina yang tidak mahu suaminya terus mengongkong anak-anak mereka dengan peraturan agama yang ketat telah mengambil keputusan drastik dengan menghantar Najib dan Shila belajar di London. Kebetulan Datin Zarina mempunyai seorang adik perempuan yang telah lama menetap di United Kingdom.

Najib dan Shila


Dua belas tahun kemudian Najib Dan Shila kembali untuk bercuti ke tanah air. Shila ketika ini baru sahaja selesai Chambering setelah selesai pengajian undang-undangnya di Lincoln’s Inn. Najib pula sedang belajar di tahun akhir di Edinburgh School of Arts. Sepanjang berada di rumah Najib dan Shila banyak mempertikaikan amalan agama dan amalan budaya bangsa mereka sendiri. Datuk Burhan dan Datin Zarina, kerana tidak cukup ilmu untuk berhadapan dengan hujah Shila terutamanya terpaksa memanggil beberapa orang ustaz, ustazah dan beberapa pakar motivasi untuk membetulkan pegangan dan aqidah anak mereka tapi semua usaha itu gagal.

Atas nasihat seorang pakar saikologi, Datuk Burhan dan Datin Zarina kemudiannya telah memanggil seorang ustaz muda bernama USTAZ NAZIR, iaitu seorang pensyarah Pengajian Islam di sebuah universiti, yang pernah tinggal lama di luar negara untuk memperbetulkan aqidah anak mereka yang telah menyimpang jauh.

Namun Ustaz Nazir mendapat tamparan apabila dia terpaksa berdepan dengan Shila yang cerdik dan keras pendirian itu. Namun dalam masa yang sama tanpa pengetahuan si ustaz muda itu, Shila dalam diam telah jatuh cinta padanya. IZARMAN yang merupakan anak kepada rakan perniagaan Datuk Burhan, yang selama ini meminati Shila cemburu dan tidak senang hati dengan kehadiran Ustaz Nazir dalam hidup Shila.

Bukan yg berubah tapi ayah yg tiba2 gila agama

Apa yang tidak diketahui oleh Shila ialah ustaz Nazir sebenarnya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang doktor, DR NAJIHAH. Ustaz Nazir dalam masa yang sama hadapi delima antara menyelamatkan aqidah Shila yang sentiasa menggodanya atau kekal setia dengan tunangnya. Najib pula dalam masa yang sama telah jatuh cinta dengan Dr Najihah.

Ustaz nazir akhirnya jadi keliru dengan tugas dakwahnya. Dia mula mempertikaikan keikhlasannya sendiri apabila di mula bertanya samada dia mendekati Shila kerana telah mula jatuh cinta pada Shila atau kerana tugas dakwahnya memperbetulkan aqidah Shila. Pada masa sama kebaikan Dr Najihah untuk membetulkan jalan hidup Najib menyebabkan Najib menyangka Dr Najihah juga menaruh perasaan terhadapnya.

Persoalannya,apakah tregedi berlaku bila Shila mendapat tahu Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir dan Najib mengetahui Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir.Nak tau episod seterusnya,tontonlah ::Drama Cinta Sempurna:: pada hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 3.00 petang di Astro Oasis....Wassalam~

Wednesday, August 26, 2009

::Muhasabah Cintaku::



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Lagu ini sangat2 syahdu untuk sama2 kita hayati dan renungkan...Betapa syukurku kepada Allah kerana diriku masih dilimpahi dengan nikmat yang melimpah ruah terutamanya nikmat sihat tubuh badan...~Alhamdulillah~...

Erm,tajuk lagu ni juga membuatkanku bermuhasabah cintaku kepada-Nya...lebih2 lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini...Walaupun sudah masuk hari ke-5 aku menjejakkan kaki ke Universiti Tarbiyah Ramadhan ini,tapi aku dapat rasakan diriku masih belum ghairah dan mendapat 'zupp' untuk membalas 'cinta'nya dengan sepenuh hatiku...Ya Allah,lemahnya imanku..Apepun,konklusinya...Selamat ber'Muhasabah Cinta' !!!

Monday, August 24, 2009

::Filem yang Ku Tunggu2::


Salam alaik~...Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana akhirya filem yang kutunggu2 akhirnya muncul juga..::Filem Ketika Cinta Bertasbih::..walaupun belum keluar di pawagam di Malaysia.Apepun,kuharapkan filem ini dapat memberi nafas baru terhadap filem2 yang mempromosikan Islam dan mengambil iktibar dari filem islamik yang agak membuatkan kukecewa walaupun mendapat sambutan yang amat luar biasa iaitu Filem Ayat2 cinta.Banyak kandungan dan nilai2 islam terutamanya tentang definisi Cinta yang ada pada Novel tidak ada pada filemnya..Sedeynya~..Watak Aisya yang sangat solehah didalam novel juga digambarkan sedikit lari ketika digambarkan didalam filem.

Bila kuimbas balik kedua2 episod novel 'Ketika Cinta Bertasbih' yang telah saya baca,ia telah memberikan kesan yang besar kepada diriku untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.Mesejnya bukan hanya tentang Cinta tetapi ia juga menceritakan tentang perjuangan melawan nafsu,erti kejujuran,persahabatan dan banyak lagi...Saya sangat2 terkesan dan kagum dengan watak 'Azzam' iaitu seorang pemuda Indonesia yang menuntut di Universiti Al-Azhar yang sangat gigih dan rajin.Cuba bayangkan,ketika dia belajar,dia boleh menyara keluarganya di Indonesia dengan menjual bakso dan tempe di Mesir sehingga adiknya dahulu yang lulus pengajian walaupun dia masih belum lulus pengajian.

Satu lagi yang aku sangat kagumi tentang peribadi Azzam ialah,pergaulannya dengan kaum hawa.Pernah dalam,satu peristiwa,puteri dari Duta Besar RI Mesir,Elliana menelefon Azzam dan ingin memberikan ciuman sebagai tanda hadiah dia menjaga makanan pada acara ayahnya...lalu Azzam terus menolak dan menyatakan "aku sangat2 takutkan Allah'' dan memberi penerangan kepada Elliana dengan penerangan yang cukup menyentuh hati dan secara tak langsung telah memberi kesedaran dan mengubah Elliana untuk menjadi wanita yang solehah...~Hebat2~

Mesej yang sangat terkesan dihati saya ialah bagaimana kedua2 watak utama iaitu Azzam dan Anna cuba menahan gelora cinta yang mereka rasai semata2 ingin menjaga kesucian cinta yang kudus iaitu cinta kepada Yang Maha Esa.Mereka saling suka-menyukai tetapi mereka tahu,cinta yang sebenar2nya halal dan suci adalah cinta selepas kahwin.::No Love Until Akad::.Mesej ini secara x langsung membuatkan diriku menanam azam untuk mencari dan menghadirkan cinta di hati ini hanya selepas kahwin..walaupun kutahu banyak mehnah dan cabaran yang perlu kuhadapi..Moga2 ia menjadi kenyataan.

Banyak lagi babak yang sangat menarik untuk dikongsikan..kesimpulannya novel ini dapat menjadi tazkiyatunnafs kepada pembaca secara tidak langsung memberi gambaran yang cukup indah terhadap Islam.Apepun,saya sangat2 berharap agar filem yang akan diterbitkan sebijik isinya macam novel yang saya kagumi ini..:: X sabar rasanya nak tengok..hehe~

::Reunion NTP KMM 07/08 ::



Perhatian kepada semua ahli Nadi Tarbiyah Pelajar(NTP) KMM dan semua ahli syukbah,anda semua dijemput untuk hadir pada satu Reunion iaitu:

Tarikh :30 &31 Ogos 2009
Tempat :Teratak Rehat Atieira calet d'pantai,Pengkalan balak,Melaka
Bayaran:RM 25 seorang

*harap semua dapat join ye...rindu banget kat korang..hehe

Sunday, August 23, 2009

Puasa Mengurangkan Produktiviti Negara?

Habib Bourguiba

Salam alaik~alhamdulillah..bersyukur sangat kepada Allah kerana mennghidupkan aku saat ini untuk menyambut Universiti Tarbiyah Ramadhan yang telah lama ku tunggu2...~Syukur Ya Allah~..Semasa saya membaca blog Saifulislam.com yang bertajuk''Pemikiran spektik yang menyakitkan Umat",saya terbaca satu fakta sejarah yang sangat2 memeranjatkan saya lalu membuatkan saya terfikir sejenak menganalisa masalah...

Sejarah mencatat, pada tahun 1961 umat Islam digemparkan dengan satu peristiwa hitam iaitu apabila Presiden Tunisia pertama, Habib Bourguiba, telah mengeluarkan perintah melarang rakyatnya, terutama dari kalangan kakitangan awam daripada berpuasa di bulan Ramadhan. Untuk menunjukkan tahap keseriusan beliau dengan perintah ini, Habib Bourguiba telah muncul bersama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai dengan mesej, “kami memaksudkan apa yang kami kata!”

Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, BERPUASA MENGURANGKAN PRODUKTIVITI NEGARA!!!!

Apa pendirian kita?

Apakah kita bercita-cita untuk melihat ada pemimpin negara ini yang menjejaki polisi Habib Bourguiba? Naudhubillah min Dzaalik!

Kita mungkin marah dengan Habib Bourguiba. Pandangannya itu amat bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Malah ia menyalahi seluruh catatan sejarah umat Islam. Apakah Habib Bourguiba tidak tahu, bahawa di bulan puasa itulah, umat Islam mencapai kemenangan di dalam Perang Badar? Kota Mekah dibebaskan di bulan Ramadhan. Ketibaan Islam di Andalus dan mengasaskan pemerintahan Islam 700 tahun, berlaku di bulan Ramadhan. Peperangan Ain Jalut yang menumpaskan pengganas Tatar berlaku di bulan Ramadhan. Pembebasan bumi Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi juga berlaku di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang hebat bagi umat Islam.

Apakah Habib Bourguiba buta sejarah?

Beliau mungkin buta sejarah. Beliau juga mungkin tidak buta sejarah. Namun apa yang penting ialah, ia adalah SEJARAH. Ia buat semasa. Ia bukan kita. Ia adalah sejarah.

Bagaimana pula dengan apa yang ada di depan mata?

Lupakan seketika Tunisia. Lihat sahaja budaya kita di Malaysia. Apakah kita hebat di bulan Ramadhan? Apakah kita produktif di bulan Ramadhan? Di bulan Ramadhan, mesyuarat sangat sukar untuk dijayakan kerana semua orang kebuntuan idea, menguap dan tumpul kepala di dalamnya. Di bulan Ramadhan, kita tangguhkan projek-projek penting ke lepas raya. Jika di bulan lain kita habis bekerja pada jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan.

Tidakkah semua itu mengiyakan apa yang didakwa oleh Habib Bourguiba? Tidakkah semua itu petanda bahawa kita memang tidak produktif di bulan Ramadhan? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.

Namun, silapnya Habib Bourguiba itu adalah pada kedunguannya menyalahkan puasa dan Islam. Suatu pemikiran yang cacat.

Jadi Konklusinya...Jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, buktikanlah ia. Jangan bergantung hanya kepada hujah kata-kata bersandarkan al-Quran, Sunnah dan Sejarah semata-mata. Sebaliknya buktikan dengan perbuatan, Ramadhan menambah kualiti diri, bukannya mengundang malas, lesu dan hilang produktiviti.

Wednesday, August 19, 2009

:: Ku Merindui Ramadhan Itu ::


Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Lagu:Harapan Ramadhan
Artis:Raihan dan Manbai

Monday, August 17, 2009

Tayangan 'Rise Up'


Salam alaik~...dah lama rasanya blog ini tidak diupdate... menyebabkan otakku membeku untuk menggerakkan tanganku ini menulis..Apepun,syukur kerana saya diberikan kudrat untuk menulis dalam post kali ini...

Alhamdulillah,syukur sangat kepada Allah kerana salah satu program yang dirancang oleh Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan,Biro Agama telah berjaya diadakan.Mesti semua orang pelik kan,kenapa nama tayangan ini 'Rise Up'? X der nama lain ke?~Hehe~..Sebenarnya nama 'Rise Up' bermaksud Kebangkitkan.Jadi tujuan tayangan ini adalah untuk membangkitkan balik semangat naqib mahupun mad'u tentang kepentingan tarbiyah dan usrah dalam menghadapi dunia yang banyak mehnahnya ini.Pada asalnya,tayangan ini hanya untuk mereka yang menyertai usrah Smart Group tetapi setelah dibincng-bincang balik,tayangan ini juga dibuka kepada guru pelatih lain,mana tahu mereka diberi hidayah untuk menyertainya...

Didalam gerak kerja tayangan ini,saya telah ditaklifkan satu tanggungjawab yang berat iaitu saya perlu menyediakan video untuk tayangan ini.Pada mulanya saya menolak,tapi sebab ramai yang mendesak,terpaksa juga terima.Kalau nak diikutkan,video kali ini lebih mencabar berbanding Video yang saya sediakan semasa Tayangan Air Mata Gaza sebab saya perlu membina sendiri kronologi video ini mencapai matlamat untuk meng'Rise Up'kan penonton supaya mereka sedar bahawa mereka perlu bangkit daripada terus menjadikan umat Islam dan Islam semakin mundur dan dihina.



Apepun,syukur sangat kepada Allah kerana memberi kekuatan untuk saya menyiapkan video itu dalam masa 3 hari.Kalau ikutkan hati,saya mengeluh juga kerana hampir 2 malam saya tidur pukul 4 pagi untuk menyiapkan video ini..tapi bila fikir2 balik...kecik sangat macam kuman mehnah yang saya hadapi..berbanding dengan cabaran yang dihadapi oleh Nabi Muhammad yang menyeru manusia supaya beriman hampir 24 jam siang dan malam sepanjang hayatnya tanpa sedikit pun tedetik hatinya untuk mengeluh...MasyaAllah,mulianya peribadi mu dan lemahnya imanku...

Alhamdulillah,semasa tayangan diadakan,ramai guru pelatih yang hadir..walaupun x seramai seperti Tayangan Air Mata Gaza tetapi hampir semua tempat duduk di Dewan Kuliah A penuh diisi.Apepun,saya mengharapkan agar,semua dapat mengambil iktibar daripada video yang ditayangkan seterusnya terus memperhebatkan dan memperkasa usrah dan program tarbiyah agar terbinalah satu suasana biah solehah di bumi IPGM kampus Tengku Ampuan Afzan yang damai ini.~Wassalam~

Sunday, August 16, 2009

Blog Saifulislam Disekat?


Telah menjadi satu persoalan dan tanda tanya dalam diri saya..Kenapa blog Saifulislam yang merupakan salah satu laman web islamik dalam mencari erti hidup disekat apabila menggunakan wireless IPGM Local atau KL-IPG Student?Adakah ia adalah salah satu propaganda dan fobia politik?Wallahu A'lam....

Saturday, August 15, 2009

::Forum Monyetnya Cinta Kita::


Salam alaik~Alhamdulillah,saya ucapkan kerana pada 8 Ogos 2009 yang lalu,saya diberi peluang untuk mengikuti sebuah wacana ilmu yang telah lama saya nantikan iaitu "Forum Monyetnya Cinta Kita".Forum ini merupakan salah satu daripada program iluvislam.com dan tajuk forum ini telah dikupas dengan baik oleh 3 ahli panel yang sememangnya mempunyai kredibiliti masing2 iaitu:

=>Ustaz Hasrizal Abdul Jamil(Penulis buku Aku terima nikahnya)
=>Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi(Penasihat iluvislam.com)
=>Firdaus Djamaris(Trainer ESQ Training Mahasiswa)

Program ini dimulakan dengan bacaan doa,kemudian, diikuti dengan ucapan salah seorang pengasas iluvislam.com iaitu saudara Imran dan selepas itu barulah forum yang telah lama dinanti-nantikan bermula.Alhamdulillah,sepanjang forum dijalankan,pelbagai isu tentang cinta ini dibincangkan.

InsyaAllah jika ada masa lapang,saya akan perincikan perbincangan dalam forum ini.Apepun,tahniah diucapkan kepada iluvislam.com kerana berjaya melakukan program yang hanya menuntut RM3 sahaja daripada peserta yang datang ke forum ini.Moga2 usaha kalian diberkati Allah.

::Iklan di luar dewan::

::Keadaan pentas sebelum forum bermula::

::Iklan promosi ESQ 165::

::Ucapan Pengerusi iluvislam.com::

::Forum Mula Dijalankan::

::Moderator,Ustz Hasrizal,Ustz Zaheruddin dan Firdaus Djamaris::

::Candid::

::Ramainya peserta yang hadir::

Friday, August 7, 2009

Majlis Pertunangan My Sis..

Salam alaik~..Alhamdulillah,syukur saya ucapkan kerana pada 2 Ogos 2009 yang lalu,majlis pertunangan kakak saya yang pertama akhirnya berjaya dilangsungkan.Pelbagai persiapan dilakukan sehingga mak dan kakak saya tidur lewat semata-mata membuat persiapan pertunangan ini.Apepun,saya agak terkejut apabila diberitahu apabila kami akan menghantar sebanyak 13 dulang hantaran kepada keluarga lelaki...

Cuba bayangkanlah baru bertunang dah 13 dulang hantaran..kalau time kahwin nanti mesti lagi banyak kan?.Apepun,pendapat peribadi saya mengatakan bahawa hantaran ini hanyalah merupakan adat orang2 melayu dan tiada nas dan riwayat yang mensyariatkannya...Tidak salah untuk kita ikut adat melayu,tetapi harus dikawal supaya tidak membazir dan menyusahkan serta mempersulitkan urusan pernikahan kerana nabi ada bersabda dalam satu hadis:

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah”
(Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab an-Nikah, no. 2117.Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam al-Irwaa’,5/345)

Apepun,pada masa yang sama,saya juga memikirkan perancangan perbelanjaan yang perlu saya bajet untuk membina 'masjid' nanti...Jadi apalagi,rajin2lah menabung dari sekarang..hehe

Perbincangan antara 2 wakil keluarga

"Aku terima tunangnya"


Masing2 berdebar menunggu

Sesi menyarungkan Cincin tunang

Ku memikirkan bajet masa depan

Bersama adik beradik dan saudara

Antara hantaran pertunangan