Saturday, August 15, 2009

::Forum Monyetnya Cinta Kita::


Salam alaik~Alhamdulillah,saya ucapkan kerana pada 8 Ogos 2009 yang lalu,saya diberi peluang untuk mengikuti sebuah wacana ilmu yang telah lama saya nantikan iaitu "Forum Monyetnya Cinta Kita".Forum ini merupakan salah satu daripada program iluvislam.com dan tajuk forum ini telah dikupas dengan baik oleh 3 ahli panel yang sememangnya mempunyai kredibiliti masing2 iaitu:

=>Ustaz Hasrizal Abdul Jamil(Penulis buku Aku terima nikahnya)
=>Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi(Penasihat iluvislam.com)
=>Firdaus Djamaris(Trainer ESQ Training Mahasiswa)

Program ini dimulakan dengan bacaan doa,kemudian, diikuti dengan ucapan salah seorang pengasas iluvislam.com iaitu saudara Imran dan selepas itu barulah forum yang telah lama dinanti-nantikan bermula.Alhamdulillah,sepanjang forum dijalankan,pelbagai isu tentang cinta ini dibincangkan.

InsyaAllah jika ada masa lapang,saya akan perincikan perbincangan dalam forum ini.Apepun,tahniah diucapkan kepada iluvislam.com kerana berjaya melakukan program yang hanya menuntut RM3 sahaja daripada peserta yang datang ke forum ini.Moga2 usaha kalian diberkati Allah.

::Iklan di luar dewan::

::Keadaan pentas sebelum forum bermula::

::Iklan promosi ESQ 165::

::Ucapan Pengerusi iluvislam.com::

::Forum Mula Dijalankan::

::Moderator,Ustz Hasrizal,Ustz Zaheruddin dan Firdaus Djamaris::

::Candid::

::Ramainya peserta yang hadir::

No comments: