Friday, August 7, 2009

Majlis Pertunangan My Sis..

Salam alaik~..Alhamdulillah,syukur saya ucapkan kerana pada 2 Ogos 2009 yang lalu,majlis pertunangan kakak saya yang pertama akhirnya berjaya dilangsungkan.Pelbagai persiapan dilakukan sehingga mak dan kakak saya tidur lewat semata-mata membuat persiapan pertunangan ini.Apepun,saya agak terkejut apabila diberitahu apabila kami akan menghantar sebanyak 13 dulang hantaran kepada keluarga lelaki...

Cuba bayangkanlah baru bertunang dah 13 dulang hantaran..kalau time kahwin nanti mesti lagi banyak kan?.Apepun,pendapat peribadi saya mengatakan bahawa hantaran ini hanyalah merupakan adat orang2 melayu dan tiada nas dan riwayat yang mensyariatkannya...Tidak salah untuk kita ikut adat melayu,tetapi harus dikawal supaya tidak membazir dan menyusahkan serta mempersulitkan urusan pernikahan kerana nabi ada bersabda dalam satu hadis:

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah”
(Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab an-Nikah, no. 2117.Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam al-Irwaa’,5/345)

Apepun,pada masa yang sama,saya juga memikirkan perancangan perbelanjaan yang perlu saya bajet untuk membina 'masjid' nanti...Jadi apalagi,rajin2lah menabung dari sekarang..hehe

Perbincangan antara 2 wakil keluarga

"Aku terima tunangnya"


Masing2 berdebar menunggu

Sesi menyarungkan Cincin tunang

Ku memikirkan bajet masa depan

Bersama adik beradik dan saudara

Antara hantaran pertunangan


No comments: