Monday, August 17, 2009

Tayangan 'Rise Up'


Salam alaik~...dah lama rasanya blog ini tidak diupdate... menyebabkan otakku membeku untuk menggerakkan tanganku ini menulis..Apepun,syukur kerana saya diberikan kudrat untuk menulis dalam post kali ini...

Alhamdulillah,syukur sangat kepada Allah kerana salah satu program yang dirancang oleh Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan,Biro Agama telah berjaya diadakan.Mesti semua orang pelik kan,kenapa nama tayangan ini 'Rise Up'? X der nama lain ke?~Hehe~..Sebenarnya nama 'Rise Up' bermaksud Kebangkitkan.Jadi tujuan tayangan ini adalah untuk membangkitkan balik semangat naqib mahupun mad'u tentang kepentingan tarbiyah dan usrah dalam menghadapi dunia yang banyak mehnahnya ini.Pada asalnya,tayangan ini hanya untuk mereka yang menyertai usrah Smart Group tetapi setelah dibincng-bincang balik,tayangan ini juga dibuka kepada guru pelatih lain,mana tahu mereka diberi hidayah untuk menyertainya...

Didalam gerak kerja tayangan ini,saya telah ditaklifkan satu tanggungjawab yang berat iaitu saya perlu menyediakan video untuk tayangan ini.Pada mulanya saya menolak,tapi sebab ramai yang mendesak,terpaksa juga terima.Kalau nak diikutkan,video kali ini lebih mencabar berbanding Video yang saya sediakan semasa Tayangan Air Mata Gaza sebab saya perlu membina sendiri kronologi video ini mencapai matlamat untuk meng'Rise Up'kan penonton supaya mereka sedar bahawa mereka perlu bangkit daripada terus menjadikan umat Islam dan Islam semakin mundur dan dihina.



Apepun,syukur sangat kepada Allah kerana memberi kekuatan untuk saya menyiapkan video itu dalam masa 3 hari.Kalau ikutkan hati,saya mengeluh juga kerana hampir 2 malam saya tidur pukul 4 pagi untuk menyiapkan video ini..tapi bila fikir2 balik...kecik sangat macam kuman mehnah yang saya hadapi..berbanding dengan cabaran yang dihadapi oleh Nabi Muhammad yang menyeru manusia supaya beriman hampir 24 jam siang dan malam sepanjang hayatnya tanpa sedikit pun tedetik hatinya untuk mengeluh...MasyaAllah,mulianya peribadi mu dan lemahnya imanku...

Alhamdulillah,semasa tayangan diadakan,ramai guru pelatih yang hadir..walaupun x seramai seperti Tayangan Air Mata Gaza tetapi hampir semua tempat duduk di Dewan Kuliah A penuh diisi.Apepun,saya mengharapkan agar,semua dapat mengambil iktibar daripada video yang ditayangkan seterusnya terus memperhebatkan dan memperkasa usrah dan program tarbiyah agar terbinalah satu suasana biah solehah di bumi IPGM kampus Tengku Ampuan Afzan yang damai ini.~Wassalam~

No comments: