Saturday, January 3, 2009

~Memori Cuti Semalam~


Salam alaik~...Kaifahalukum anda semua?Rasanya dah lama jari-jemari ni x menaip pada blog yang tersayang ni..Rindu banget rasanya..~Huhu~...Nak buat camner kan?Bak kata orang "X de jodohlah katakan"...Adui,merepek plak dah...Erm,kalo nak diikutkan,Sekarang ni,saya masih berada pada musim yang yang sangat disukai oleh semua orang..Guess what?Mestilah Musim Cuti Sekolah!!~Huhu~..Tapi Malangnya cuti yang saya katakan tadi hanya tinggal nyawa2 ikan je~Sedihnya~...Yelah,kalo x silap,hanya tinggal beberapa hari je lagi,saya kena pulang ke maktab(IPTAA) untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang pengemis ilmu...

Apepun,saya mengucapkan setinggi kesyukuran kerana dengan izinnya,Alhamdulillah,saya dapat merasakan cuti kali ini merupakan cuti yang paling bermakna bagi diri saya kerana bagi saya hampir keseluruhan cuti saya kali ini iaitu lingkungan masanya dalam 2 bulan,dapat dimanfaatkan dengan program2 yang menjana minda dan pengalaman...Yelah,X kan time cuti nak duduk rumah je kan?Duk rumah,asyik makan,tido,tengok Tv...Kang X pasal2 jadi macam "Biawak di bawah tempurung"(Eh,biawak ke katak ye?~Huhu~)..Apepun,InsyaAllah saya akan berkongsi sikit sebanyak tentang program yang saya ikuti semasa cuti ni....


1.KEM BINA SAHSIAH

Sebagai:Fasilitator
Tarikh:15 November -7 Disember 2008(3 minggu)
Tempat:Muassasah Darul Ulum,Kedah
Anjuran:Kerajaan Negeri Kedah


2.PROGRAM JALINAN UKHWAH

Sebagai :Peserta
Tarikh:19-21 Disember 2008
Tempat: ILDAS,Sabak Bernam
Anjuran:Alumni Pelajar Islam SBP


3.KEM KENALI DIRI..MAN 'ANA'

Sebagai:Fasilitator
Tarikh:23-25 Disember 2008
Tempat:Masjid Rahman,Temerloh
Anjuran: Akademi Belia Muslim Pahang


4.PROGRAM TASK FORCE NEW YEAR 2009

Sebagai :Sukarelawan
Tarikh: Malam 31 Disember 2008
Tempat:KLCC,KL
Anjuran:Karisma dan JIM



1001 Kenangan Kem Bina Sahsiah


~Muassasah Darul Ulum~

Saya ingat lagi,time seminggu sebelum musim cuti bermula,time tu masih lagi dalam exam week,ada seorang kawan mempelawa saya untuk jadi fasilitator bagi Kem Bina Sahsiah yang diadakan di Muassasah Darul Ulum,Kedah pada...Bila saya soal dengan lebih lanjut berkenaan program ni..saya amat terkejut bila tau yang kem ni berlangsung selama 3 minggu..pastu kat negeri kedah pulak tu..Monolog hati saya kate "Gila apa kem motivasi 3 minggu..X pernah dibuat orang".Tapi gerak hati saya mengatakan 'Ya' untuk pergi kerana bagi saya kalo kat rumah pun,bukannya buat apa sangat pun…lebih baik,bermujahadah selama 3 minggu,boleh kumpul pengalaman untuk handle budak2 remaja yang semakin rosak sekarang ini...

Tapi biasalah,sesuatu perkara yang baik pasti ada rintangan yang perlu dilalui..Apabila saya sampaikan keinginan saya untuk join program ni pada emak dan ayah,pada mulanya both my parent berkeras X bagi saya pergi kem itu,sebab katenya 3 minggu tu satu tempoh yang lama…takut kalo ada berlaku apa2..Tapi Alhamdulillah,setelah dipujuk rayu,akhirnya bapa saya menyebelahi saya.Bapa saya pulak pujuk emak saya dan Alhamdulillah akhirnya kedua2nya akur dengan permintaan saya…

Kem Komanden,Ustaz Nizam

Setelah sampai kat Stesen bas kat Kedah,ada seorang urusetia yang mengambil saya untuk dihantar ke Muassasah Darul Ulum.Dia perkenalkan dirinya sebagai ‘Ayah Dzul’.Dalam kereta,saya banyak bertanya pasal background Kem Bina Sahsiah(KBS) ni sebab saya pun X tau apa2 pasal kem ni..Then dia pun citerlah,KBS ni adalah projek Menteri Besar Kedah dan tahun ni dah masuk kali ke-5 kem ni diadakan dan peserta yang terlibat iaitu dalam lingkungan form 1 hingga form 5..Then, kem ni bukan macam kem motivasi 3 hari yang lain,totally different..sebab kem ni memang tujuannya betul2 nak ubah akhlak seseorang peserta itu..sebab tu tempoh masa kem ni lama iaitu selama 3minggu....

Then Ayah Dzul mengingatkan saya,untuk jadi fasi,kena betul2 kuatkan dalaman diri…Coz peserta yang akan datang,sumenya bukan yang baik2,tetapi yang datang hampir semuanya yang bermasalah.Emak dan ayahnya dah X tau camner nak handle anak2nya yang semakin liar,then pasal tulah depa hantar ke Kem Bina Sahsiah ni…Apepun,Ayah Dzul ingatkan saya supaya sentiasa bersabar..Coz nnti memang kita akan menghadapi situasi tension dan bengang dengan perangai budak2 tu…tapi yakinlah,dengan kesabaran menghadapi kedegilan remaja2 ni,mereka akan mengalah dengan kita dan bersedia untuk mengubah sikap dan akhlak.Fuhh..termenung saya sendirian sambil bermonolog dalam diri “Kuat ke diriku ini untuk menanggung beban ini”.

Ketika Ditarbiyah selama 1/2 Jam akibat satu bilik kantoi simpan rokok

Sepanjang program yang bermula 16 November ni, 1001 kenangan dan dugaan yang saya hadapi.Apepun sepanjang program ini,saya dapat merasakan pengurusan program ni cukup2 cantik..masing2 ada tugas tersendiri bagi mencapai matlamat mengubah akhlak peribadi peserta2 ni berjaya.Contohnya,Biro displin diarahkan untuk menjaga displin peserta seketat yang boleh.Kalo nak diikutkan Biro displin ni hanya ada 2 orang je..tapi jangan pandang sebelah mata, diorang ni memang cengih(garang) habislah…tengok muka pun dah cuak budak2 ~Huhu~ Kalo dilihat sepanjang program,memang displin peserta sangat2 dititikberatkan...

Ingat lagi,time malam pertama dalam program itu,rasanya dalam lingkungan pukul 2,disebabkan hanya 1 bilik bising2 dan X tido lagi,habis semua orang kena keluar dari bilik masing2 untuk dibrainwashkan..~Siannya,malam pertama dah kena basuh dah…Then,program ni jugak banyak menekankan soal ketepatan masa.Kat program ni guna konsep, “sorang lambat sume kena”...Contohnya,ketika pergerakan peserta dari asrama ke surau..kena beratur di dataran asrama dulu untuk pastikan semua peserta cukup,time tulah "sorang lambat,sume kena" digunakan iaitu walaupun hanya sorang je yang lambat turun,so secara automatik sume kena denda..Menarik bukan?~Huhu~

~Slot Lilin Keinsafan~

Bagi kami,sebagai Fasilitator,tugas kami berbeza dengan tugas biro displin.Tugas kami lebih kepada mendapatkan kepercayaan peserta2.Kalaulah biro displin kena guna konsep marah2...Kami pulak kena guna konsep pujuk2..So berlaku satu rantaian psikologi yang sangat2 cantik…Apabila seseorang itu dimarah,secara fitrahnya dia mesti nak luahkan ketidakpuashatian kepada seseorang…So time nilah Fasilitator memainkan peranan untuk menjadi pendengar yang baik lalu cuba meraih kepercayaan dari peserta.Apepun,untuk mendapakan kepercayaan dari seseorang,bukanlah semudah ABC..ia perlukan sedikit pengorbanan…pengorbanan dalam menunjukkan bahawa kita caring keatas perihal dia.Sebab ada satu kata2 mengatakan "People don’t care how much you know until they know how much you care!"..So satu-satunya nya cara untuk menunjukkan kita ni caring pasal dia,kita kenalah sentiasa bersama2 dengan mereka supaya mereka merasakan diri mereka dihargai....


~Kembara di Bukit Hijau~

Antara slot yang menarik sepanjang 3 minggu ini ialah time ekspidisi di Bukit Hijau.Kalo nak diikutkan plan awal,ekspidisi ni dibuat di Gunung Jerai.Tapi malangnya,disebabkan Gunung Jerai mengalami bencana tanah runtuh,so terpaksalah ubah tempat ke Bukit Hijau.Kat Bukit Hijau ni,segala kuasa yang ada pada Urusetia dan Fasilitator diberikan kepada Unit AMAL negeri Kedah.Mean,authoriti kuasa Unit AMAL dalam memberi arahan lebih tinggi dari Urusetia dan Fasilitator.Mesti sume tertanya2 kan apa tu Unit Amal kan?Erm..Unit Amal ini sebuah badan persatuan unit beruniform..lebih kurang macam Pengakap dan PBSM tapi Unit Amal ni badan islamik...coz ia dibawah naungan parti politik yang benderanya warna hijau..~Huhu~..Apepun cara tarbiyah Unit Amal ini agak keras dan tegas macam tentera...terok budak2 tu kena…Ingat lagi malam kedua kami di Bukit Hijau,time tu lebih kurang pukul 3,disebabkan ada satu khemah yang masih bising2,so dengan kuasa yang ada,Unit Amal arahkan sume budak2 keluar dari khemah dan sume didenda guling satu padang dalam keadaan padang yang agak lecak..Malam tu habis sume peserta tido dalam keadaan baju berlumpur …Ish 3x..Siannya~…

~ Unit Amal Kedah~

Kat Bukit Hijau tu,bukan hanya peserta je ditarbiyah,fasilitator juga turut sama ditarbiyah oleh Unit Amal.Ingat lagi mase hari ketiga kat Bukit Hijau,tetiba pada pagi itu kami dipanggil oleh Unit Amal untuk ke padang…Pastu kami diarahkan untuk berdiri dihadapan kumpulan masing2..Berdebar jgk time tu..terasa sesuatu pasti akan berlaku…Sangkaan saya tepat..Tetiba Ketua Unit Amal tu menjerit “Fasi dan peserta Kump 1 datang ke hadapan saya CEPAT!!”

So apalagi lintang pukang lah saya dan anak2 buah saya berlari ke hadapan Ketua Unit Amal itu..Pastu,dengan suara yang tegas dia beri arahan kepada saya “Sekarang kamu sebut sorang2 nama ahli kumpulan kamu lengkap dengan nama bapanya sekali!!”..Tergamam seketika saya…Monolog hati saya berkata “Nama anak buah mestilah ingat..Tapi nama bapanya…~Aduhai~”..Saya cuba meneka nama ayah mereka tapi malangnya salah…So as the punishment,saya dan fasi2 yang senasib dengan saya kena jalan itik setengah padang..Sedihnya~…Tapi apapun InsyaAllah ianya memberi pengajaran kepada diri saya untuk optimis menghafal nama mad’u2 yang dipegang…

Slot lain yang saya rasa agak special dalam kem ini ialah slot menziarahi kubur.Dalam slot ini,sebanyak 4 kubur yang berlainan digunakan...yang mana setiap kubur mempunyai nilai kedasyatan dan keseraman yang berlainan..dan nilai ‘keotaian’ peserta akan menentukan nilai keseraman kubur yang akan diziarahi. Kubur yang agak kuat keseraman dan kegelapannya seperti kubur Pak Kiau Special akan diletakkan dengan budak2 yang namanya ada dalam list teratas budak2 ‘nakal’.Dan yang paling menarik,Top 4 dalam senarai yang paling ter’nakal’ dan ‘terotai’ akan diletakkan didalam lubang liang lahad yang telah siap digali....

Slot ini bermula pada pukul 11 malam dan berakhir pada pukul 3 pagi dan semua peserta dibahagikan kepada 4 trip.Setiap peserta dikehendaki duduk di hadapan kubur dan memegang batu nisan selama 40 minit.Pelbagai gaya dan telatah dapat dilihat pada malam itu di kubur,ada yang pejam mata dan zikir kuat2…Ada yang tutup kepala dan muka dengan kain pelikat,dan yang menariknya ada yang sengaja zikir kuat2..bila zikir kuat2,diorang taulah kat mana member diorang berada..then bila dah ramai wat camtu,masing2 dah tau tempat member2nya,so dengan gembiranya diorang berkumpul buat bulatan halaqah bagi menghilangkan rasa takut di kubur yang gelap gelita itu...Macam2 perangai~Huhu~…

Apepun pada esok petangnya,kami mengadakan muhasabah bagi aktiviti menziarahi kubur malam semalam…Kami mengharapkan agar mereka akan menceritakan keinsafan mereka apabila menziarahi kubur..Time muhasabah,bekas Ketua Fasi tahun lepas yang handle..tujuan muhasabah yang diadakan seolah2 tidak kesampaian kerana peserta banyak citerkan perkara2 pelik mistik yang berlaku pada mereka..contohnya kubur bergegar,datang bau wangi dan macam2 lagi..Suasana sedih yang kami harapkan tidak dapat diwujukan..sebaliknya suasana gelak2 yang wujud time tu..tapi Alhamdulillah,Kem Komanden ,Ustaz Nizam yang juga seorang ulama muda datang tepat pada masanya…Dia perbetulkan balik keadaan dan cuba mewujudkan suasana sedih dengan provoke peserta untuk ceritakan dosa2 silam mereka…Alhamdulillah,seorang peserta muslimat mula menceritakan dosa2 silamnya…Memang sadis jugak citernya..


Dia ceritakan yang dia ni ada seorang boyfriend,then dia selalu bawa boyfriendnya di halaman luar rumah..tapi disebabkan jiran2 selalu bising2 sebab bawa boyfriendnya di halaman luar rumah,pada suatu hari dia bawa boyfriendnya kedalam rumah bagi elakkan jirannya bising2…tetiba pada hari tu emaknya balik awal..So dia suruh boyfriendnya sorok kat siling rumah..Malang X berbau,time emaknya masuk rumah,tetiba siling rumahnya pecah..So terkantoilah dia membawa boyfriendnya masuk ke rumah...walaupun dia X pun berniat nak buat maksiat…So kecohlah satu keluarganya…

Sejak dari insiden itu keluarganya mengawalnya dengan ketat…tapi biasalah hati remaja mudah memberontak,sampaikan dia pernah lari dari rumah..dan dia membenci emaknya sebab mengongkong hidupnya...Begitulah serba sedikit luahan hatinya...Saya ingat lagi kata2 akhir budak pompuan itu sebelum dia melepaskan mikrofon iaitu “Emak,maafkan saya mak,saya takut saya mati dalam keadaan emak X meredhai hidup saya”..Menangis satu dewan mendengar kisahnya..Lepas itu masing2 mula menceritakan kisah hidup silamnya…memang suram sepi keadaan dewan time tu..Tapi yang paling dashyat sekali,sampai ada yang pengsan mase menceritakan dosa2 iaitu dosa berzina..Nauzubillahi min zalik...Apepun,Alhamdulillah saya ucapkan kerana saya dapat katakan semua yang berada dewan menangis mengenangkan dosa2nya…termasuk yang otai2 walaupun depa malu2 nak nangis…tapi tetap nangis jugak...

Apepun saya mengucapkan setinggi2 kesyukuran kerana Allah campakkan saya pada kem ini..kerana dalam kem ini barulah saya tahu realiti kerosakan akhlak masyarakat kita yang sebenar..realiti pemuda dan pemudi yang hilang arah kehidupannya akibat ledakan maksiat yang menggila di sekeliling...realiti manusia yang tidak mengerti erti mengapa mereka hidup dan dilahirkan...Apapun,dalam saya mentarbiyah orang lain,perlu juga saya untuk sentiasa bermuhasabah diri...Kang,dosa orang sekecil semut bukan main nampak sedangkan dosa kita sebesar gajah buat2 X nampak je...Kerana dalam Surat Cintanya, Allah mencela manusia yang bersikap sedemikian dalam surah As-Saff ayat ke 3 iaitu "Amat celaka disisi Allah,jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"(As-Saff:3)...Moga2 kita dilindungi dari golongan ini...Amin

1 comment:

ahli ISRA' said...

Salam ziarah akhi,
menarik kem ini.. iA banyak tarbiyah bukan sahaja kepada peserta malah faci2 nye..
kalau lepas2 ni ada kosong teringin pulak ana nak join..
selama ni tarbiyah dgn budak2 yang baik2 kat luar negara. jarang ada yang benar2 otai. kalau kat malaysia dulu pun xla otai sgt,
ader la skit2 yang otai, xsume otai macam program ni..
kami doakan kejayaan antum semua.

~ferdaus
dublin, ireland
ibnutoha.wordpress.com