Thursday, June 26, 2008

~Epilog Seorang Aku~


Salam alaik~...Alhamdulillah kuUcapkan kerana Allah masih sangat2 sayangkan diriku ini...Masih banyak lagi nikmat diberikan kepadaKu walaupun ada sedikit yang X kukecapi...Tapi terkadang hati ni sentiasa memberontak...Pelbagai soalan berlegar di fikiranku...Tapi alhamdulillah apabila Kudengar satu lirik lagu ni...Seolah2 menjawab segala persoalan yang bermain2 difikiranku...Cuba teka lagu ape???Mesti sume X tau kan???~Huhu~...Jawapannya ialah Lagu nyayian Mestica yg bertajuk Rahmat Ujian....Nampak je rentak macam pop rock...Tapi liriknya memang sentimental habis...Kadang2 membuatkan mataku berkaca(Malunya)~Huhu~Jom same hayati liriknya....

Rahmat Ujian



Dalam derita ada bahagia ...
Dalam gembira mungkin terselit duka ...
Tak siapa tahu ...
Tak siapa pinta ujian bertamu ...
Bibir mudah mengucap sabar ...
Tapi hatilah yang remuk menderita ...
Insan memandang mempunyai berbagai taksiran ...
Segala takdir terimalah dengan hati terbuka ...
Walau terseksa ada hikmahnya ...
Harus ada rasa bersyukur ...
Di setiap kali ujian menjelma ...
Itu jelasnya membuktikan ...
Allah mengasihimu setiap masa ...
Diuji tahap keimanan ...
sedangkan ramai terbiar dilalaikan ...
hanya yang terpilih sahaja ...
antara berjuta mendapat rahmatNya ...
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan ...
Bersyukur dan tabahlah menghadapi ...
Segala ujian diberi ...
maka bersyukurlah selalu ...

Lirik lagu diatas seolah2 memahami keadaan diriku sekarang...Memang kadang2 kita senang mengatakan dimulut...declare diri bahawa kita tengah bersabar...Tapi sebenarnya...Hati kita still remuk menderita...Yelah, mana x deritanya kalo tengok kawan2 kita yang sama2 makan,tido,belajar dengan kita berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,sedangkan kita X..~Huhu~


Apepun,tabahkan dirimu wahai Aku ,InsyaAllah dalam derita tu terkandung banyak rahmat dan hikmah yang kau x terlihat...Dalam banyak2 manusia lain,Kau manusia bertuah wahai Aku,Allah telah memilihmu untuk terima Rahmat Ujian ni...Mgkn Dia nak Kau lebih dekat dengannya...Mungkin Dia nak Kau bersyukur dengan nikmat yang Kau X syukuri sebelum ini....Ataupun mungkin Dia mahu menghadiahkan Hadiah yang lebih besar pada masa akan datang??Sape tau kan??~So sentiasalah bersangka baik kpdNya....Coz Dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk hamba2nya...

Ketahuilah wahai Aku...Sesungguhnya Dia amat2 merinduimu...Merindui untuk mendengar rintahan dan luahan hati hamba2nya...Merindui untuk mendengar segala keluhan hamba2nya...Merindui akan kesetiaanmu kpdNya....Maka pergunakanlah masa keemasan ini untuk mendekatkan diri kepadanya...Gunakanlah peluang ini untuk memohon keampunan kepadanya....Gunakanlah peluang ini untuk sentiasa mengingatinya...Kerana peluang yang Dia beri hanya sekali...X ramai yang dapat Peluang2 keemasan sepertimana yang Kau perolehi...Maka wahai Aku,bersyukurlah dengan Rahmat Ujian yang diberi....Supaya Kau bisa bertemu denganNya di Syurga Firdausi pada satu hari nanti....

Begitulah Epilog Seorang Aku...Epilog Cinta Seorang Hamba kepada Tuhannya...Epilog Rintihan hati Seorang Hamba yang diuji...dengan berbagai2 Perhiasan duniawi...Moga2ku tergolong dalam golongan yang lulus dengan cemerlang dalam "Ujian"nya supayaku dapat menghidu harumnya bau Syurga Firdausi Mu....Aminn~

1 comment:

nur said...

as'km...nice to read...