Wednesday, June 11, 2008

~Betapa Bernilainya 0.03 saat!!!!~


Salam alaik...Kaifa Halukum sume??Antum bikhoir??Moga2 sentiasa sihat...lebih2 lagi dari segi iman...coz iman kitakan yazid wa yangkus...iaitu sentiasa menaik dan menurun...so kenalah sentiasa maintain menaikannya...bukan cari nahas menurunkannya!!!~Huhu~.Setelah lama memendam rasa mengidamkan "Ijazah Lesen P"...alhamdulillah,baru2 ni dapat jugak melunaskan hajat untuk mnduduki Final Test of JPJ~Huhu~...Rasenya dah setahun "Lesen L"ku terbengalai...Sumenya Gara2 "sifat terpuji" yang sering ku amalkan selepas SPM...iaitu "Sifat Bertangguh"(Jgn tiru mcm saya tau!!)...Skrg diriku seakan menyesal kerana memanjakan diri dengan "sifat terpuji" itu...Kerana banyak duit yang terbang dari poketku dan poket ayahku gara2 "sifat terpuji" itu....aduhai~



Bagi test kereta,alhamdulillah...Sumenya berjalan lancar..."Segulung Ijazah Lesen P" dpt ku genggam dek kerana Uncle Cheng ,uncle yang mengajarku bawak kereta tu mmg BEST giler!!!Dia seolah2 memahami psikologi pada diriku...Mean dia tau mase bila dia patot tegor @ sergah n mase bila dia x patut tegur @sergah ketikaku belajar memandu...Terkadang,apabila kita ditegur bukan tepat pada masanya...rasenya kita jadi lagi x tentu hala...Coz bertambah2 nervous jadinya~Huhu~

Then bagi test motor pulak...Erm,nampaknya TERKANDAS pulak...sedey & malunya!!!~Aduhai~...My sister mengejek "Apalah nak jadi dgn ko ni...orang lelaki pun boleh kantoi test motor...Malulah skit!!!"....My mom pulak menyindir"Hari2 bawak motor...X kan boleh fail kot???"Saya pulak x tau nak jawab apa...Just jawab"Ala...dah ditakdirkan untuk fail,nak buat camner??Redha jelah!!!"...Depa sume tros diam~Haha~...Nak tau x Camner boleh "TERKANDAS"???

Sumenya gara2 Tragedi semasa di Titian...Time naik kat titian tu,saya rase motor saya hampir jatuh dari titian...So apalagi...terpaksalah lajukan sikit kelajuan motor kat titian...Lebih laju sikit berbanding latihan2 biasa sebelum ini...Coz kalo motor jatuh dari titian,confirm gagal satu bahagian test itu....Dlm hati berkata"Ala..x per,laju sikit je..asalkan x jatuh sudae"...So dengan confidentnya merasakan akan lulus dengan cemerlang dalam Test tu..n dah berangan2 nak bawak motor dengan lesen yg halal...coz sebelum ni asyik guna lesen halam je~huhu~

So masa yang ditunggu2 sudah tiba...iaitu nak amik Result Test Motor dari pegawai JPJ...Apabila kertas Result Test Motor dihulurkan kpdku...Diriku dilanda perasaan kecewa yang amat...Coz tercatit ayat "Tahniah,Anda KANDAS dalam ujian JPJ"dalam kertas itu...Then diriku x puas hati...Ku mencari bahagian mana yang slek....Lorr...Rupanya SLEK kat bahagian Titian...Masa bg motorku berada dititian x cukup berbanding masa yang ditetapkan.Masa SKEMA di titian=7.00 saat...Masa motorku di titian=6.97 saat....7.00 saat - 6.97 saat=0.03 saat!!!Cuba bayangkan saya hanya kurang 0.03 saat utk lulus Ujian JPJ tu!!!~Aduhai~Mmg terasa sangat diri diuji kerana gagal semata2 kerana 0.03 saat..Tp saya kuatkan diri dengan berpegang kpd kata2 saya kat My Mom &Sister"Ala,dah ditakdirkan untuk fail,nak wat camner???Redha jelah!!!"


Erm...Walaupun dilanda seribu satu kekecewaan...Tp saya merasakan ada hikmah atau mesej yg tersembunyi disebalik musibah itu.DIA seolah2 ingin saya untuk bermuhasabah diri ttg 'Betapa beharganya nilai 0.03 saat" dengan Lembaran surat cintanya pada surah Al-Asr ayat 1-3:

"Demi masa!!Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian...kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran(103:1-3)


Saya juga teringat satu peringatan yang menggerunkan buat kita sume supaya sentiasa "menghargai nilai 0.03 saat" semasa hidup didunia yang mana dinyatakan dalam Lembaran Surat Cintanya pada Surah As-Sajdah ayat ke-12:

"Dan(Alangkah ngerinya)jika sekiranya kamu melihat orang2 yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya,sambil berkata"Ya Tuhan kami,kami telah melihat dan mendengar,maka kembalikanlah kami ke dunia nescaya kami akan mengerjakan kebajikan..Sungguh kami adalah orang2 yang yakin"(32:12)

Cukup menggerunkan bukan ayat ini....Seolah2 digambarkan bagaimana seksanya keadaan orang2 yang berdosa diakhirat kelak...dimana dia merayu kepada Allah dalam keadaan yang sangat menghinakan iaitu menundukkan kepalanya sambil merayu kepada Allah"Ya Allah,ampunkanlah dosa2ku...Aku kesal apa yang telah aku lakukan didunia dulu....Aku seolah2 melupakan kewujudanMu Ya Allah...Aku x menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang hamba abdi terhadapmu...Aku leka dengan keindahan dunia yang kau hamparkan kepadaku...Aku lebih rela meluangkan banyak masaku dgn "Perempuan yang cantik,rumah dan kereta yang mewah,jawatan yang tinggi,anak pinak yang berjaya,harta yang melimpah ruah,pengaruh yang besar,result peperiksaan yang cemerlang"tanpa sedikit pun terdetik dihatiku untuk mengingatimu....Kini Ya Allah...Aku telah melihat betapa dasyatnya azabmu yang pedih dihadapanku...Kini,Ya Allah..Aku telah mendengar pekikan dan lolonganku semasa diazab oleh api nerakamu...Maka Ya Allah...Tolonglah kembalikan Aku ke dunia balik!!!!walaupun hanya 0.03saat !!!!untuk aku menebus kesalahanku....Untuk aku beribadat balik kepadamu...Untuk memanfaat setiap detikku untuk mengingatimu...Kerana Aku telah benar2 yakin dengan janjimu!!!!Maka tolonglah Ya Allah!!!!Tolonglah Ya Allah!!!


Begitulah teriakan dan jeritan orang2 yang berdosa ketika mana dia merayu kepada Allah untuk kembali ke dunia...semata2 untuk menyesali perbuatan lampau mereka didunia dengan berjanji akan mempergunakan semaksimum masa hidup mereka untuk beribadat walaupun diberi hanya 0.03 saat!!!So marilah kita sama2 renungkan bagaimana kita menggunakan masa bg zaman hidup kita sebagai seorang hamba bagi tuhan yang Esa...Ingatlah bahawa Dunia ini adalah penjara bagi orang2 beriman dan syurga bagi orang2 kufur....Manakala akhirat pula adalah syurga bagi orang2 yang Beriman serta Penjara bagi orang yang Kufur!!!! Moga2 kita tergolong dalam golongan orang yang beriman..Amiin~

~Kisah Hasan yang Mati tetapi Diberi Peluang Hidup Semula~

2 comments:

Anonymous said...

salam 'alaik. ana kagum dgn hasil penulisan enta. teruskan perjuangan.. syukran krn sudi singgah ke blog ana wassalam..

Anonymous said...

salam zan89

music kitaro tu mmg sound effect yg trsgtlah berkesan.
(each tyme dgr bckground music ni kat mana2 ceramah pun sure menitis air mata.. huhu)

tambah2 lg bile baca part raungan ahli neraka. T_T


gerunnya!