Saturday, September 4, 2010

::Murabbi Itu.....


Jam menunjukkan pukul 10.10 pagi.Aku teringat pagi tadi,sewaktu berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran SK Sultan Ibrahim 1,Puan Fatimah,sambil memberikan senyuman, dia telah memberikanku sehelai kertas kecil dan bila ku amati tulisan pada kertas itu,ia tertulis

--- KELAS GANTI: 5 INTELEK, PUKUL 10.15 PAGI ---

Barulah ku mengerti,aku telah diarahkan untuk mengganti kelas 5 Intelek pada jam 10.15 pagi.Subhanallah,pada hari pertama aku menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS),sudah ditaklifkan untuk mengganti kelas.Aku menggangguk dan membalas senyuman Pn Fatimah sambil mengatakan ''InsyaAllah'' menandakan aku setuju dan bersedia untuk menggantikan kelas 5 Intelek itu.Pn Fatimah mengucapkan terima kasih dan memberi senyuman sambil berkata :

"Cikgu harap awak dapat guna kesempatan ini untuk mencari pengalaman dalam mengajar dan dapat memberi semangat dan kata ransangan kepada kelas 5 Intelek ini untuk rajin belajar kerana kelas ini merupakan kelas kedua terakhir..Selamat Berjaya".

Ooo..baruku tahu,kelas 5 Intelek merupakan kelas kedua terakhir.Syukur kerana tutorku bagi PBS kali ini ialah Pn Fatimah.Bagiku,beliau merupakan seorang guru yang sangat baik,lemah lembut dan selalu mengingatkan dan memberi nasihat kami untuk sentiasa menjadi guru yang memberi komitmen apabila menjadi guru sebenar nanti.

Aku melihat kembali jam tanganku,tepat pukul 10.12 pagi.Tanpa disedari,rupa-rupanya aku telah membazirkan masa dengan tenggelam dalam lamunan selama 2 minit.Aku dengan segera ke Bilik Gerakan SK Sultan Ibrahim 1 yang juga merupakan tempat 'lepak' bagi kami iaitu guru pelatih IPG yang jalankan PBS di sekolah itu.

Sebenarnya aku tidak berseorangan di sekolah itu.Aku ditemani dengan 4 orang lagi yang mempunyai tujuan yang sama datang ke sekolah itu..iaitu seorang yang sama IPG denganku yang juga merupakan sahabatku,2 orang muslimat dari IPG Tengku Bainun,Pulau Pinang dan seorang lagi lelaki dari IPG Keningau,Sabah.

Apabila sampai sahaja di Bilik Gerakan,aku terus berjumpa dengan sahabatku dari IPG yang sama.Aku memanggilnya dengan panggilan 'din'.

"Din,ko tau kan,kita kena ganti kelas 5 Intelek pukul 10.15 ni,tinggal 3 minit je lagi..kita nak wat gapo ye dalam kelas tu nanti?"aku bertanya.

Din dengan tenang menjawab "Ala..bereh je..kita main2 je dalam kelas...mula2 kita ajar nyanyi lagu nasyid pastu kita main kuiz agama ye..aku conduct nasyid,kau pulak conduct kuiz agama ye..bagi je soalan yang simple2..asalkan budak happy".

Tepat pada pukul 10.15 pagi,kami masuk kedalam kelas 5 Intelek.Murid2 dalam kelas itu semuanya memandang kami berdua dengan muka yang penuh persoalan,mungkin diorang agak pelik melihat muka baru masuk ke dalam kelas itu.Aku terus meluru ke meja yang berada dihadapan sekali di dalam kelas iaitu meja guru.Sahabatku terus memulakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan memperkenalkan diri dan memulakan kaedah bernasyid.Dia menyanyikan satu persatu baris lirik nasyid nyayian kumpulan Saujana yang bertajuk :Sepohon kayu" dan kemudian murid mengikut nyayian beliau.

Aku yang berada di meja guru menatapi satu persatu muka murid-murid yang berada dalam kelas 5 Intelek tersebut.Mood aku terus berubah.Muka aku turut berubah.Keadaan diriku mnjadi tegang menahan marah.Semuanya disebabkan aku melihat murid2 dihadapanku bersikap biadap dan kurang ajar.

Ketika ada seorang guru yang mengajar dihadapan,ramai murid yang bersembang,ada yang berlawan bermain pemadam dan ada yang mengajuk balik percakapan guru dihadapan.Aku tak nak genarasi akan datang menjadi generasi yang biadap dan tak kenal adab.Aku tak nak mendapat saham dosa apabila murid2 dihadapanku apabila besar,menjadi seorang yang rosak akhlaknya.Aku tekad perlu bertindak!

Aku terus menjerit :''WOI,KORANG NI X RETI KE NAK BAGI PERHATIAN BILA ADA CIKGU MENGAJAR KAT DEPAN...DAH X RETI KE NAK HORMAT CIKGU YANG AJAR DIHADAPAN!!!"

Kelas terus menjadi senyap...sunyi...barangkali terkejut apabila disergah.Aku rasa inilah masa yang sangat sesuai untuk menanamkan fikrah adab dan islam dalam fikiran mereka..iaitu dalam keadaan mereka memberi sepenuh perhatian.Dalam mana2 teori pembelajaran pun,aspek yang paling penting iailah kawalan kelas..Even,seorang lecturer pernah mengingatkan,dalam praktikum,markah yang paling tinggi ialah markah menguasai kelas.Aku bertekad untuk mengunakan cara pengajaran atau tarbiyah ala-ala tamrin.

"Semua bangun sekarang!!Ustaz tak nak dengar sebarang bunyi pun apabila bangun!!"

''Kamu tahu x apa adab ketika belajar??Apabila ada seseorang guru atau sesiapa yang bercakap di hadapan kelas kamu,apa yang kamu perlu buat??

Kelas sunyi sepi tanpa jawapan....

"Adab apabila seseorang bercakap dihadapan..kita perlu?? DIAM dan DENGAR!!!Sebut ramai2 dengan nada yang paling kuat!!

Murid mula menjawab "Diam dan dengar"

"So lepas ni sesiapa yang berucap dihadapan..kita perlu??" Murid pun menjawab "Diam dan dengar!!"

"Ok,pada hari ni,pada awalnya ustaz ingat nak buat kuiz agama..ustaz nak biar kita happy2...tapi disebabkan ustaz nampak kamu semua kurang adab dan agak biadab tadi..ustaz terus hilang mood"

''Adik2 sekalian,ustaz nak kamu semua sedar..bahawa umat Islam pada hari ini sangat2 lemah..sangat lemah dalam banyak perkara..dan banyak umat Islam ditindas kerana kelemahannya..dan adakah adik2 nak umat islam bertambah lemah dan semakin ditindas dengan sikap dan akhlak buruk yang ditunjukkan oleh adik2?

"So pada hari ni,ustaz nak adik2 sama2 menghayati satu lagu yang mengajar kita untuk menjadi umat Islam yang cemerlang!!Ustaz akan tulis lirik lagu di papan hitam ini dan ustaz nak kamu semua salin dan nyanyikan bersama2 dengan ustaz ye...Tajuk lagu ini ialah 'Umat Islam Harus Cemerlang'

Umat islam harus cemerlang,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam.

Jangan buang masa,
Siapa kata kita tidak boleh,
Kita ada Allah Maha Kuasa,
Kita punya kuasa tenaga,
Doa sebagai senjata,
Umat Islam sentiasa boleh (2x)

Setelah mereka tulis dan menyayikan lagu tersebut,aku membuat sedikit muhasabah.Aku teringat pesan Tutorku,Pn Fatimah supaya memberi kata ransangan untuk mereka bertambah rajin dan bersemangat dalam ujian UPSR pada tahun hadapan.

"Ok,setelah kita nyayikan lagu tadi,ustaz nak tanya sape yang nak jadi umat islam yang cemerlang?

Semua murid berebut2 untuk mengangkat tangan..menandakan mereka sangat bersemangat

"Alhamdulillah, semuanya bertekad nak jadi umat islam yang cemerlang..ok,untuk jadi umat islam yang cemerlang,kita perlulah sentiasa rajin dan bijak"

"Ok,ustaz nak tanya,siapa yang dapat semua A dalam semua mata pelajaran semasa Ujian Pertengahan Tahun?

Tiada seorang pun yang angkat tangan...

"Ok,siapa yang dalam resultnya ada gred A..x kisahlah bape A..tp yg ada gred A angkat tangan?

Hanya seorang je yang angkat tangan...maknanya hanya seorang je yg ada gred A dalam examnya...

"Ok,ustaz nak tanya pula,sape yg ada failed dalam mana subjek?

MasyaAllah..kulihat ramai yang angkat tangan..aku bilang ada 22 orang yang angkat tangan..maknanya 3/4 kelas itu ada failed dalam mana2 subjek.

Aku terus menulis di papan hitam...Bil A=1 org shaja & Bil Failed=22 orang

Aku terus menghempas buku yang kupegang diatas meja..ramai yang terkejut...aku berkata "Inikah yang dinamakan umat islam yang cemerlang?Macam mana umat islam nak cemerlang dengan keputusan kamu ni?

"Ok,sekarang ustaz nak tanya,bape jam yang kamu belajar sehari?

Ramai murid menjawab hanya belajar 1 jam sehari...dan ada yang tak belajar langsung dalam sehari...

"Kalau kamu nak jadi umat Isam yang hebat,umat islam yang cemerlang,boleh x kamu semua berjanji dengan ustaz,ustaz nak semua ingat dan laksanakan janji ini...

1.Belajar 3 jam sehari..1 jam pada waktu petang dan 2 jam pada waktu malam
2.Jangan tinggalkan solat walau sekali dan solat berjemaah di awal waktu
3.Perbanyakkan baca Al-Quran sekurang2nya sehelai sehari.

"Apabila kamu telah berjanji,kamu bukan sahaja berjanji dengan ustaz,malah kamu juga berjanji dengan Allah..Kalau kamu tak laksanakan,walaupun ustaz tak tahu..tapi Allah tahu sama ada kamu pegang janji itu atau mungkir janji itu..Ingatlah Allah Maha Mengetahui"ujar ku supaya mereka bersungguh2 berpegang pada janji tersebut.

Alhamdulillah,akhirnya tamat masa aku mengganti kelas untuk mengajar di kelas itu..Dan Aku sangat2 terkejut iaitu ketika waktu balik,aku lalu di hadapan kelas 5 Intelek itu,aku terpandang..tulisan yang ditulis oleh murid2 tersebut...iaitu lirik lagu penuh 'Umat Islam Harus Cemerlang' dan kata2 semangat 'Target Semua A Dalam Exam Akan Datang' di papan hitam kelas tersebut .

Ia sangat2 membuatku terharu dan tersentuh.X sangka ia memberikan kesan mendalam kepada mereka .Aku sangat2 berharap semua murid dalam kelas tadi benar2 akan menjadi generasi yang membela islam,generasi islam yang benar2 cemerlang dalam urusan duniawi dan ukhrawi pada masa akan datang.InsyaAllah.

-->Cerita dan watak diatas tiada kaitan samada dengan yang masih hidup mahupun yang meninggal dunia..Ambil yang baik,buang yg buruk@keruh :)

4 comments:

kak aishah said...

salam, ni peristiwa kat sekolah mana ni? area selangor ek?

Akk ingt akak sorang je mengalami pengalaman murid2 bermasalah. seriously akak rasa bdk sekolah bandar ke pinggir bandar ke, masing2 ada masalah tersendiri.

so, cikgu2, ustaz2 n ustazah, tugas kita berat. nmpak macam simple, ala ajar budak sek rendah. rite? sebenarnya ajar budak2 lebih mencabar.

selamat menyusun langkah n strategi!

sAYaP kIRi aRriJaL said...

saje nk tmbah...
tajuk lagu tu menuju wawasan-suara firdaus...
sle2 la crk utk lagu full... ^_^

tabahla ye wahai murabbi sekalian...
itu cbrn utk kte...
kne carenye insyaAllah xde mslh..

Zan89 said...

waalaikumussalam..kak,ni saya pi pbs kat klate..huhu~...betul2,tugas guru sbnrnya nampak je simple..tp penuh dengan cabaran..1)cabaran berdepan dgn generasi yang sangat terdedah kpd persekitaran dan pencemaran akhlak yang sgt dashyat..2)cabaran untuk menjadikan diri kita ini betul2 nak didik generasi akan datang bukan hanya mengajar melepaskan batuk di tetangga..kerana kalo kita pi mana2 sek pun,kita akan lihat yg ramai cikgu (mgkn bukan di negara ni..negara kat luar sana..hehe)yg hanya sekadar mengajar sambil lewa dan melepaskan batuk di tetangga..ada juga yg penting sibuk berniaga di sek dan kelas yg patut dia masuk,dia tinggalkan,,,moga2 kita x menjadi guru seperti itu pada masa akan datang...insyaAllah :)

Zan89 said...

kpd sayap kiri ar-rijal...syukran ye atas maklumannya,,huhu..x tau plak tajuk lagu itu ialah Menuju Wawasan-Firdaus...

InsyaAllah..moga2 kita tabah menghadapi mehnah menjadi seorang murabbi...sbnrnya,mmg perkara biasa pun yang murid akan sentiasa bising..cuma yg saya nak tekankan-betapa pentingnya kawalan kelas dalam kita menjayakan satu P&P...

Ada seorang guru pernah memberi tips..dia kata kalo kamu mahu mengawal sesuatu kelas dengan mudah...waktu pertama kali kita masuk kelas itu..kita perlu tunjkkan ketegasan kita dan kita letakkan beberapa peraturan dan syarat yg kita nak mereka patuhi semasa kita masuk kelas iaitu jelaskan sebab dan akibat.mksdnya kalo kita marah,kita jelaskan sejelasnya sebab kita marah dan terangkan akibat apabila kita x marah

Lps tu,utk kelas seterusnya,kalo kita nak jadikan p&p kita ceria dengan permainan pun x de masalah kerana mereka surah TAHU syarat & peraturan dan surah maklum sebab dan akibat setiap perbuatan mereka..~huhu~..Moga2 kita jadi murabbi yang berjaya..Amin.