Sunday, September 5, 2010

:: Mencari Malam Emas Itu !!! ::


Salam akhir Ramadan sahabat2 sekalian...samada kita sedar atau tidak,masa telah berlalu dengan sangat pantas...hari ini sudah 26 hari kita berpuasa di bulan Ramadan dan pada malam ini akan masuk malam ke 27 Ramadan...Pada masa inilah orang beriman akan memburu satu malam yang sangat istimewa yang dinamakan Lailatul Qadar...

Jadi,apa yang perlu kita lakukan pada malam2 akhir Ramadan ini?Adakah dengan membuat kek dan kuih raya?atau menjahit dan membeli baju raya?Oh,tidak!!Sesiapa yang tidak merebut malam2 akhir Ramadan ini untuk berlumba2 beribadah kepada Allah,maka dia adalah seorang yang sangat rugi!!

Nabi bersabda:“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Sahabat2 sekalian,telah diriwayatkan dalam satu hadis,Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah,apa yang perlu buat jika bertemu dengan LailatulQadr?Nak tau jawapannya?baca hadis di bawah:

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah,(Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni) Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku
(Hadis Riwayat al Tarmizi.Sanadnya sahih)i (3760),

Apa lagi yang kita kena buat pada 10 malam terakhir ini??
Sahabat2 sekalian,cubalah untuk hidupkan malam anda untuk beribadah kepada Allah...Perbanyakkan membaca Al-Quran dan bersolat sunat dalam menghidupkan baki2 malam keemasan ini..
Kerana apa?kerana Nabi telah menjanjikan sesuatu pada sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan iaitu:

"Sesiapa yang menghidupkan malam-malam Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lagi??Apa apa tindakan dan reaksi Rasulllah pada 10 malam terakhir??Hayati Hadis dibawah:

Aisyah meriwayatkan, "Sesungguhnya Nabi apabila memasuki sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan, benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan isteri-isterinya (agar beribadah) dan baginda menguatkan ikatan sarungnya (iaitu tidak menggauli isteri-isterinya)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Subhanallah~...begitu sekali ghairahnya nabi Muhammad mencari dan kepingin untuk beribadah bersungguh di Lailatul Qadr..Kita pula bagaimana?Renung2kan dan selamat beramal!!

No comments: