Friday, January 1, 2010

::Task Force New Year KLCC 2010::

Salam alaik~..Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada sahabat2 sekalian...Moga2 tahun baru ini akan membawa kita kepada azam yang baru...Ok,untuk enrty kali ini,saya nak berkongsi dengan sahabat2 sekalian pengalaman saya mengikuti satu program iaitu Task Force New Year KLCC 2010...sebenarnya sahabat saya yang mengajak untuk join program ini..Program ini adalah program kelolaan KARISMA,(Jemaah Islah Malaysia)...

Ramai jugak yang join,lebih kurang 50 orang muslimin dan 50 orang muslimat...Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk mencegah maksiat di kawasan sekitar taman KLCC pada malam tahun baru...kerana pada malam itulah kesempatan keemasan yang ditunggu2 oleh pasangan2 couple untuk bercengkerama...

Gerak kerja kitorang ialah...kitorang akan memberi risalah kepada pengunjung2 disitu...tetapi kami diingatkan supaya jangan jadi seperti 'salesman' iaitu hanya mengedarkan risalah..tetapi kitorang perlu beramah mesra terlebih dahulu sebelum memberi risalah...Kitorang juga diingatkan supaya sorokkan risalah itu ketika berjalan...sebab kalau Pak/Mak Guard nampak kami bawa risalah,diorang akan halau dari taman KLCC tu...

Berikut adalah serba sedikit gambar suasana KLCC di malam tahun baru :










Ini pula adalah gambar suasana didalam Masjid As-Syakirin,masjid yang berada di Taman KLCC..saya mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa masjid ini kerana berjaya membuat program alternatif kepada pengunjung kerana masjid ini telah mengadakan konsert mini artis2 nasyid di dalam masjid ini.Antara artis nasyid yang datang ialah UNIC .


Kami diarahkan untuk hanya mengedarkan risalah sambil beramah mesra dengan pengunjung KLCC sehingga pukul 11 sahaja..kemudian kitorang kena berkumpul semula di Masjid As-Syakirin untuk mengadakan sedikit refleksi yang dihandle oleh abg Bai.Part inilah yang paling best dan ditunggu2...sebab kita akan mendengar pengalaman2 mereka sepanjang beri risalah tadi..Dalam refleksi ini,baru saya sedar bahawa dakwah ini merupakan satu seni...makin kreatif dakwah kita,makin menarik hasil penyampaiannya...




Antara cara penyampaian yang kreatif ialah pengalaman dari senior iaitu abg khairul.Dia cerita,time dia jumpa dengan sekumpulan Ghotic, dia menyamar menjadi wartawan bagi majalah perspektif yang kononnya akan keluar di pasaran tidak lama lagi...pastu abg khairul mintak nak amik gambar diorang..pastu bermulalah interview dengan budak ghotic tu...antara soalan yang ditanya...apa azam baru, sempena tahun baru ni,camne gaya kehidupan korang,mak ayah kasi ke pegi klcc malam ni,apa bestnya jadi ghotic dan lain2 soalan...tanya punya tanya...akhirnya dapat buat satu conclusion..mereka semua ni datang dari keluarga yang bermasalah...ada yang mak ayahnya bercerai,ada yang ayahnya kaki arak dan lain2...

Alhamdulillah,saya merasakan refleksi yang dilakukan sangat berkesan..banyak cara penyampaian yang kreatif dan baik dapat dipelajari...Selepas habis refleksi je...tengk jam tepat2 pukul 12.00 pagi...waktu yang ditunggu2 oleh semua pegunjung KLCC iaitu pertunjukan bunga api...Buat pengetahuan semua Syarikat Petronas telah membelanjakan sebanyak RM 80 000 untuk pertunjukan bunga api ini...Erm,agak2nya berbaloi ke membazir??





Dan pengalaman lain yang saya tidak dapat lupakan ialah dapat berjumpa dengan seorang yang agak hebat iaitu Ketua Pemuda Pas Pusat iaitu Ustaz Nasaruddin Al-Tantawi...Time KBS dulu,sepatutnya ada slot ceramah dia,tapi malangnya dia tak boleh datang..tapi rezeki yang Allah beri, dapat berjumpa kat Masjid Assyakirin,KLCC...tu pun jumpa secara spontan..alhamdulillah dapat bergambar dengan dia...Dikhabarkan Pemuda Pas juga wat rondaan di kawasan KLCC,tasik titiwangsa dan Dataran Merdeka...


Apepun syukur kepada Allah kerana dapat join program ini..Saya dapat rasakan inilah lapangan dakwah sebenar...kalau sebelum ni dalam usrah kita banyak belajar tentang teorinya...dan di medan inilah kita belajar cara untuk mempraktikannya...Wallahu 'Alam

2 comments:

oyop said...

huhu...bestnya...teringin nk join..
tp,apakan daya...
terlalu sibuk dgn urusan dunia...
setiap hari,8-5...kecuali ahad..
aku terperuk dgn buku...
buku...buku dan buku....
dr kol 7 smpy kol 11 mamal pon..buku..buku...dan buku lg....
hmm...
mungkin jihad aku di jalan yang laen...
x sama cam kamu yg dpt berinteraksi,melihat dunia dgn pancaindera...
waaa...busynye....

everlasting said...

bittaufiq wannajah~