Thursday, July 23, 2009

Dunia Dah Nak Kiamat??


Pada 22 Julai 2009, satu fenomena astronomi yang dinantikan akan berlaku iaitu fenomena gerhana matahari penuh.Fenomena ini merupakan gerhana mahatari yang terpanjang di abad ini yang akan disaksikan oleh penduduk Bumi dimana laluan gerhana ini meliputi hampir separuh kawasan Bumi. Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku. Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.

--------------------------------------------------------

TANDA-TANDA KIAMAT


Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-


1.. Asap
2.. Dajjal
3.. Binatang melata di bumi
4.. Terbitnya matahari sebelah barat
5.. Turunnya Nabi Isa A.S
6.. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7.. Gerhana di timur
8.. Gerhana di barat
9.. Gerhana di jazirah Arab
10..Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.


Insaflah wahai sahabat2ku..Kiamat memang sudah jelas tanda-tandanya..So apalagi?Jom Beramal !!


::FORUM MONYETNYA CINTA KITA ::



Monday, July 13, 2009

Lelaki Semakin Pupus?


Salam alaik~...Alhamdulillah hari ini merupakan hari kemasukan pelajar baru ambilan julai 2009 kat maktab aku ni..Maknanya aku dah dapat junior baru..Wahh..X sangka plak aku dah jadi senior ..Boleh gunakan kuasa veto ni..hehe..~Remember Bullying is not allowed in Islam!~

Tapi pada hari ini, ada perkara yang membuatkan aku sangat2 terkejut sehingga aku boleh membuat satu kesimpulan iaitu "Orang lelaki semakin Pupus ".Wahh...statement yang menakutkan..boleh meningkatkan fobia jantina..hehe...

Aku sangat2 terkejut apabila aku mendapat tahu,daripada 19 guru pelatih unit Pendidikan Islam yang mendaftar,hanya 2 orang je lelaki...yang lain semuanya perempuan...Menakutkan bukan?Aku dengar banyak unit lain hadapi masalah yang sama...contohnya unit Bi,aku dengar hanya 3 orang lelaki je yang maujud dalam unit itu...


Apepun,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..teringat pulak kata2 hikmah dalam buku 'U-Turn ke Jalan Lurus' iaitu "Pada setiap butiran pasir itu pasti terkandung hikmah"...Perkara ini membawa aku kepada muhasabah diri bahawa sekarang ini kita betul2 berada pada akhir zaman...Coz terbaca satu satu hadis dalam buku 40 hadis akhir zaman:

Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan."

(H.R. Bukhari Muslim)

Menakutkan bukan?Seolah2 tanda hari kiamat itu dah jadi satu kenyataan!!So konklusinya..Carilah bekal untuk ke alam akhirat dengan amal dan iman coz dunia dah nak kiamat...Wassalam~

Sunday, July 12, 2009

Coretan Buat Bakal Isteriku....

Oleh :Musafir Hidayah
www.iluvislam.com

Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.


Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’soleh’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.




Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.


Dariku, Bakal suamimu.