Tuesday, October 6, 2009

Surau As-Syafie yang semakin ..... ?


Salam alaik...entah tak tahu kenapa tergerak hati untuk pilih tajuk ini...mungkin inilah yang dikatakan sebagai "ilham" kot...teringat pulak zaman di SMKA Kuala Selangor dulu,ada seorang senior yang memberi tazkirah dan tazkirahnya itu telah membuatkan aku berfikir panjang lalu terus menukarkan ''persepsi'' terhadap bangunan yang dikatakan sebagai ''Rumah Allah"...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

'' Adik2 sekalian,antara bahagian dalam badan kita ini,bahagian apa yang paling penting?Siapa yang tahu jawapannya,abang akan belanja ~Huhu~? Jawapannya mudah je... .Ada dalam satu hadis nabi...iaitu "Ketahuilah sesungguhnya dalam badan manusia ada segumpal daging,jika baik segumpal daging itu,baiklah seluruh tubuhnya,jika rosak segumpal daging itu,rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah segumpal daging itu adalah hati."...Jadi jawapannya ialah HATI

"Jadi,adik2 sekalian,apa yang abang sampaikan ialah tentang satu analogi yang cukup-cukup cantik untuk kita renungkan ...iaitu Rumah Allah=Hati....Mesti adik2 sume pening kan dengan analogi tu?Analogi yang abang katakan tadi ialah terdapat persamaan peranan antara hati dengan surau kita ini...Jika hati berperanan menjadi penentu bagi baik atau jahat seseorang itu...samalah juga dengan peranan Rumah Allah...ia menjadi cermin samada baik atau buruk komuniti dalam sesuatu masyarakat....Jadi adik2 sekalian,abang harap kita dapat mengimarahkan surau ye lepas ni...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Termenung jauh aku mendengar tazkirah abang senior di SMKA Kuala Selangor dulu...teringat sampai sekarang...sehinggalah aku telah berada di IPGM kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis sekarang..Berkat betul tazkirah abg tu~...Dan sekarang aku telah berada di waqi' yang nyata....bukan lagi fantasi tetapi realiti...

Dan semasa aku berada di Surau As-Syafie,aku cuma mengamati suasana surau itu..Aku cuba memandang ke kanan dan ke kiri surau bahagian muslimin.Dan aku dapati terdapat :

12 buah Kipas
23 buah lampu
14 baris saf solat

Tetapi adalah satu muhasabah dan kesedihan bagiku apabila jumlah guru pelatih terutamanya muslimin yang ada di Surau As-Syafie adalah kurang daripada bilangan jumlah kipas,lampu dan barisan saf yang terdapat di Surau As-Syafie...terutamanya ketika waktu tazkirah/kuliah magrib selepas maghrib dan semasa bacaan al-quran selepas solat isyak...ciput dan orang yang sama je yg hadir...Sedihnya~

Teringat kata2 seorang ustaz ketika diminta untuk mengisi kuliah maghrib di Surau As-Syafie: "Maaflah ye,ustaz bukan tak nak bagi tazkirah,tapi bilangan kamu yang hadir tu sikit sangat,X membina langsung ustaz untuk memberi tazkirah"

Satu lagi,ada seorang ustaz yang memberi pendapat tentang Surau As-Syafie : "Ustaz rasa,ceramah/tazkirah selepas maghrib tu bukan dakwah berkesan...Cuba bayangkan,kalo kamu tazkirah kat surau,yang mendengar tu,dahlah sedikit je yang datang,pastu yang datang semuanya baik2 pastu orang yang datang asyik orang yang sama juga...sepatutnya yang perlu diberi tazkirah ialah orang yang x datang surau "

Ada seorang sahabat pula berkata "Aku rasa kadang2 boring dan terkilan jugak...sebab aku rasa time aku beri tazkirah kat depan macam cakap sorang2 je...ataupun macam cakap dengan dinding.Tapi aku rasa inilah tanggungjawab kita,X kan nak biarkan surau ini tak de aktiviti je selepas maghrib..Hambarlah surau itu nanti"

Dan banyak dan macam2 lagi keluhan,pandangan dan lain2 tentang kelesuan Surau As-Syafie.Adakah ini imej sebenar guru pelatih IPGM yang ingin membentuk generasi2 akan datang?Bukankah suasana surau @ Rumah Allah itu yang akan memberi gambaran/cerminan kepada baik buruk sesebuah komuniti?Saya tidak ingin menyalahkan sesiapa atau mana-mana pihak tetapi saya terlebih dahulu menyalahkan diri sendiri kerana saya akui,diri saya yang lemah ini masih belum all-out dalam mengislah diri dan rakan2 yang lain.Akhir kata,kurangkan kelesuan,tingkatkan keimanan...Wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

salam, act BIAGA dan lain2 yg patut handle prog2 ni pun lesu jugak...mana mereka??xkan sbb asgmnt sume stop..dalam da'wah mana ada istilah berhenti..istilah pilih orang...

kita hanya berusaha, yang menggerakkan hati dan bg hidayah ialah Allah...

jadi, la tai'asu ok! perkasakan lagi urusan da'wah kamu di sana! (*_*)

nuRRul syafi_iZZan said...

erm taw xper..

ada byk kmgkinan brlaku..

apa yg plu sama2 dipikirkan ialah cr2 ntuk ajk lbh ramai org..


dapatan dr usaha kita..biar Allah yg tentukan

jgn trlalu mngharap org berubah..nnti diri sndiri rasa x[uas hati dlm brdakwah..

begitulahlumrahnyer..janji kita berusaha

tapi stakat mana brusaha tu yg mnjadi ukuran..


kdgkala kita hany tahu brcakap n cdgkan pe yg patut, tapi amalkan tak juga
[kutukan buat diriku]

Zan89 said...

Syukran banyak2 ye anonymous dan syafizan atas comment..doakan surau As-syafie bertambah meriah. :)

Anonymous said...

assalamualaikum saudara..
cantik sungguh surau tu bila dilihat secara luaran..

tp sungguh sayang bukan, umat Islam tidak mahu menghargai keindahan rumah Allah dengan sebenarnya.

sy nak memberikan sedikit buah fikiran boleh ya..

mungkin saudara atau mana-mana pihak boleh menganjurkan suatu program yang berbentuk motivasi tapi masih berakar dakwah. Mungkin program tersebut boleh mengundang insan-insan dari luar yang mungkin ada daya tarikan tersendiri.. seperti ustaz hasrizal,ustazah dato siti noorbahyah yg amat dikagumi segenap lapisan masyarakat..

dari segi pemilihan tajuk mungkin lebih kepada jiwa muda mudi untuk di telusuri minat mereka sekali gus menarik mereka.

pengalaman sy secara peribadinya, di tempat ipt sy, kami pernah mengadakan talk bersama ustazah dato siti noorbahyah bersama suaminya dan sungguh mendapat sambutan luar dugaan.

Apa yg penting, program yg di susun selepas program tersebut sbg tanda kita 'follow up' mereka untuk terus tertarik ke surau.

Mungkin akan ada banyak kekangan untuk menjemput orang luar, dari segi pihak pentadbiran, kewangan dan segala macam, tapi jangan berputus asa.

Moga saudara dan sahabat lain terus teguh dalam dunia dakwah saudara..

Sy minta maaf utk segala kata-kata yang tidak menyenangkan saudara.