Wednesday, September 23, 2009

::Syukur kepada Mu..Ya Allah ::


Salam alaik...aku begitu terkesima apabila membaca satu berita pada surat khabar Berita Harian hari ini...Berita yang bertajuk "TINGGAL DI KHEMAH KOTOR,TIADA PERSIAPAN RAYA"...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

GEORGETOWN: Ketika umat Islam di seluruh negara menyambut Aidilfitri dalam suasana meriah serta selesa, satu keluarga di Ayer Hitam, di sini, terpaksa menyambutnya dalam keadaan menyedihkan di sebuah khemah.

Tambah menyedihkan keadaan sekeliling khemah diduduki keluarga empat beranak, termasuk seorang bayi berusia sebulan itu cukup kotor kerana dipenuhi sampah sarap.

Keadaan bertambah perit apabila keluarga berkenaan terpaksa berjalan kaki ke sebuah pasar raya terbiar berdekatan untuk mendapatkan bekalan air.

Abdullah Salleh, 30, isterinya, Noor Aida Abdullah, 38, dan dua anak, Mohd Fitri Izman, 3, serta Mohd Iman, sebulan, menduduki khemah terletak di Bandar Baru Farlim.

Abdullah ketika ditemui semalam, berkata keluarganya mula menduduki khemah itu sejak Jun lalu kerana tidak mampu menyewa rumah selepas beliau diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri hampir setahun lalu.

(Berita Harian,23 September 2009)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ya Allah,sangat kesian+sedih+terharu apabila melihat gambar keadaan keluarga yang tiada rumah dan hanya tinggal di khemah...Terasa sangat2 bertuah diri ini apabila dilahirkan dalam keluarga yang agak senang,makan sentiasa cukup,ada rumah yang selesa untuk didiami,dan banyak lagi nikmat yang membuatkan aku rasa sangat bertuah.Tapi persoalannya,adakah aku sudah benar2 bersyukur?

1 comment:

nuRRul syafi_iZZan said...

kdg2 situasi begini membuatkanku berfikir..sape yg harus dipersalahkan??

erm..bukan nak cari salah namun muhasabah..

1) diri sndiri
2) pmmpin
3) others

bgku:smunye bertanggungjwb