Wednesday, September 23, 2009

::Syukur kepada Mu..Ya Allah ::


Salam alaik...aku begitu terkesima apabila membaca satu berita pada surat khabar Berita Harian hari ini...Berita yang bertajuk "TINGGAL DI KHEMAH KOTOR,TIADA PERSIAPAN RAYA"...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

GEORGETOWN: Ketika umat Islam di seluruh negara menyambut Aidilfitri dalam suasana meriah serta selesa, satu keluarga di Ayer Hitam, di sini, terpaksa menyambutnya dalam keadaan menyedihkan di sebuah khemah.

Tambah menyedihkan keadaan sekeliling khemah diduduki keluarga empat beranak, termasuk seorang bayi berusia sebulan itu cukup kotor kerana dipenuhi sampah sarap.

Keadaan bertambah perit apabila keluarga berkenaan terpaksa berjalan kaki ke sebuah pasar raya terbiar berdekatan untuk mendapatkan bekalan air.

Abdullah Salleh, 30, isterinya, Noor Aida Abdullah, 38, dan dua anak, Mohd Fitri Izman, 3, serta Mohd Iman, sebulan, menduduki khemah terletak di Bandar Baru Farlim.

Abdullah ketika ditemui semalam, berkata keluarganya mula menduduki khemah itu sejak Jun lalu kerana tidak mampu menyewa rumah selepas beliau diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri hampir setahun lalu.

(Berita Harian,23 September 2009)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ya Allah,sangat kesian+sedih+terharu apabila melihat gambar keadaan keluarga yang tiada rumah dan hanya tinggal di khemah...Terasa sangat2 bertuah diri ini apabila dilahirkan dalam keluarga yang agak senang,makan sentiasa cukup,ada rumah yang selesa untuk didiami,dan banyak lagi nikmat yang membuatkan aku rasa sangat bertuah.Tapi persoalannya,adakah aku sudah benar2 bersyukur?

Sunday, September 20, 2009

::Selamat Hari Raya ::


"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan(Hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuknya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur"(Al-Baqarah:185)

Wednesday, September 16, 2009

Aku Sangat2 Takut !!!


Salam ramadan sahabat2 sekalian...Kalau nak diikutkan,hari ini sudah masuk hari ke-26 Ramadan...Hanya tinggal 4 hari sahaja bulan Ramadan yang sangat mulia ini akan meninggalkan kita.Dalam keadaan yang genting ini,timbul satu perasaan dalam diriku...Perasaan yang sangat2 takut lebih2 lagi apabila mentadabur satu hadis iaitu:

Rasulullah bersabda:
...."Sesungguhnya Malaikat Jibril telah mebisikkan(doa) kepadaku...katanya:CELAKALAH ORANG YANG MENDAPATI/MELALUI BULAN RAMADAN,TETAPI DOSANYA TIDAK JUGA DIAMPUNI.Lalu aku mengaminkan doa tersebut.....(Riwayat Bukhari)

Persoalannya,adakah aku termasuk dalam golongan yang celaka itu?Aku sangat2 takut!!!

Friday, September 11, 2009

::Penantian Satu Malam::


Salam alaik sahabat2 semua...Sedar atau tidak sedar kita telah memasuki ke zon akhir dalam bulan pentarbiyahan iaitu suatu bulan yang Allah memberikan banyak ganjaran dan bonus kepada hamba2nya untuk beribadat..satu bulan yang mana Allah mengikat semua syaitan2 dari menggoda manusia...bulan yang mana Allah membuka semua pintu2 syurganya seluas-luasnya...Subnahanallah,hebatnya bulan ini.

Tetapi apakan daya,bulan yang hebat ini telah sampai ke penghujungnya...kalau nak dikira-kira tidak sampai 10 hari pun,kita akan meninggalkan bulan ramadan...Tapi yang peliknya, ramai manusia yang apabila ramadan semakin menghujung,dia semakin gembira bukannya sedih..Semua ini gara2 kerana tidak sabar untuk menyambut hari raya...Buktinya semakin ramadan menghujung,semakin sepi Solat Terawih di masjid2 atau surau2...Pelik..tapi itulah kebenarannya...jelik...tapi itulah yang dilakukan oleh manusia..alahai~

Dan di 10 malam terakhir inilah,Allah telah turunkan satu malam yang sangat istimewa..satu malam yang sangat ditunggu-tunggu,dinanti-nanti dan dicari-cari oleh semua orang yang beriman iaitu satu malam yang diberi nama LAILATULQADR.

Istimewanya malam ini ialah kerana ganjaran pada malam ini lebih baik dari 1000 bulan...Kalau kita tekan kalkulator...

1000 BULAN =83 TAHUN dan 4 BULAN !!!

Wahh...besarnya ganjaran kalau kita beribadat pada malam itu...Kalau nak diikutkan umur hayat manusia pun,kebanyakan hanya boleh hidup sehingga 70 tahun sahaja.Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada nabi Muhammad S.a.w ...Syukurnya kerana kita menjadi umat nabi Muhammad.~Alhamdulillah~

Konklusinya,marilah kita sama-sama merebut malam yang begitu istimewa ini,perbanyakkan bacaan Quran,beristighfar,bertaubat,qiamulail dan bermunajat kpd Allah.Sama2lah kita tingkatkan amalan supaya berada dalam mode Gear 3.Anggaplah ramadan kali ini merupakan Ramadan yang terakhir dalam hidup kita,kita pasti mennghargainya...Selamat Beramal~