Friday, October 17, 2008

~Erti Warna-warni Kehidupan~

Setelah Diri Diwarnai Dengan Warna-warni Keimanan,Kita Juga Ingin Mewarnai Orang Lain Untuk Merasa Keindahan Warna-Warni Yang Telah Kita Rasai

Friday, October 3, 2008

Kenapa ye kita Raya??


Teringat pula masa saya kecik2 dulu,time tu saya merasakan hari yang paling best dalam hidup saya ialah Hari Raya...Sebab apa ye??Erm,coz time raya itulah saya dapat makan macam2 makanan favourite saya sebab,memang menjadi kewajiban setiap hari raya,emak dan nenek akan memasak lemang,ketupat,rendang daging,ayam kicap,ayam merah,soto dan sebagainya untuk dijadikan juadah di pagi raya..Sedapnya!! ..Then,time raya nilah jugak saya berpeluang untuk main mercun dan bunga api..Bestnya!!Mercun yang paling saya suka main ialah mercun roket..coz saya suka sangat bila tengok benda berapi yang terbang...macam pelik pulak kan?~huhu~

Lepas tu,tiap-tiap kali nak raya jugak,abah akan belikan saya baju raya baru...selalunya abah akan belikan 2 @ 3 pasang...Memang happy habislah dapat pakai baju baru..terasa nak melompat-lompat je~huhu~..Dan perkara terakhir yang membuatkan diri saya sangat 'bahagia' sewaktu hari raya ialah x lain x bukan time dapat duit raya~Yahoo!!..kadang2 sebab nak duit raya lebihlah,saya sanggup buat muka x malu,pergi beraya kat kampung lain semata2 untuk kutip duit raya~aduhai~..Apepun,semua perkara yang best2 itu menjadi kenangan terindah dalam diari hidup saya lalu menyebabkan saya sentiasa merindui dan ternanti2 munculnya Hari Raya saban setiap tahun...

Namun,ketika itu tiba2 timbul persoalan dalam diri saya.."Kenapa ye saya menyambut Hari Raya"??Apa pentingnya Hari Raya kepada saya??So,saya pun mencari makna saya menyambut Hari Raya dengan menggunakan observation persekitaran yang saya lihat disekeliling saya. Maka dengan menggunakan akal seorang budak yang berumur 8 tahun,saya membuat kesimpulan bahawa Saya perlu menyambut hari raya sebab hari raya adalah hari untuk saya bergembira kerana time itu sajalah saya boleh makan banyak makanan yang sedap2,saya dapat baju raya baru,dapat main mercun roket dan yang paling best,saya dapat banyak duit raya!!Yahoo!!!...Maka definisi itu saya pegang dan sematkan dalam hati bagi menjadi penguat bagi mendapat keseronokan di Hari Raya.

Tetapi,kini,apabila saya semakin meningkat menjadi dewasa,apabila saya sudah tersentuh dengan sentuhan tarbiah..Barulah saya mengetahui hakikat sebenar "kenapa kita menyambut hari raya".Kita menyambut hari raya bukanlah sepertimana yang saya fikirkan semasa kecil iaitu..Bila ingat Hari Raya je..mesti automatik ingat nak makan juadah makanan yang sedap2 spt lemang,ketupat,rendang,X pun ingat nak main mercun,dapat beli baju baru dan dapat duit raya.Bukan itu semua!!!So kita tukar mindset kita kepada hakikat sebenar.

Hakikat sebenar yang saya maksudkan ialah...Kita beraya di Hari Raya adalah kerana kita meraikan satu kemenangan!!!Kemenangan apa pulak ni???Erm..kalau nak tahu,apa yang dimaksudkan dengan kemenangan itu,Jom sama2 kita selongkar balik tujuan utama kita berpuasa sebagaimana termaktub dalam Surat Cintanya pada Surah Al-Baqarah,ayat ke-183.

"Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 terdahulu daripada kamu,MUDAH-MUDAHAN KAMU BERTAQWA"(2:183)

So dalam ayat diatas,Saya cuma ingin meng'Bold'kan di hujung ayat itu iaitu "Mudah-mudahan kamu bertaqwa". Ayat itu telah menyatakan tujuan utama berpuasa iaitu untuk menjadi orang yang bertaqwa.Berbalik kepada maksud kemenangan itu,So kita dapat merumuskan bahawa Kemenangan yang dimaksudkan adalah kemenangan orang2 yang berpuasa dan dengan puasanya itu,dia menjadi orang yang bertaqwa.

So kita boleh buat hipotesis bahawa orang yang benar2 layak menyambut Hari Raya hanyalah orang2 yang puasanya menjadikanya bertaqwa!!!Setuju x dengan statement itu??Mesti ramai x setuju kan...Biasalah,perkara yang benar pasti ditentangi ramai...Memang adat dalam perjuangan..

Kadang2 sedih jugak bila tengok gelagat masyarakat kita beraya...Macam2 gaya dan cara..Bagi mereka,Hari Raya ni hanya hari suka2 kosong...Hari untuk berhibur dengan pelbagai lagu2 raya,Filem hindustan,filem melayu yang ntah apa2 dan bermacam2 lagi.Kalo tengok TV time raya,memang hancur habis,ramai artis yang mendefinisikan hari raya dengan cara memakai baju yang x cukup kainnya...Aduhai masyarakat~Bilalah agaknya mentality kita semua akan berubah?Alangkah baiknya jika kita semua tahu akan hakikat sebenar tentang Hari Raya..Moga2 menjadi kenyataan..Amiin